Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Tuesday, June 29, 2010

Bila agaknya??


Salam...

Sekarang saya tengah tgk World Cup game antara Jepun lwn Paraguay. Tgh break 15 minit. Masih terikat 0-0. Saya lebih suka tgk Jepun menang. Mungkin sebab saya orang Asia, jadi sentimen saya lebih ke arah itu agaknya. Sekurangnya2, biarlah ada team dari Asia yg mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

Semalam saya ada baca entry terbaru janjanos mengenai demam bola. Menarik kandungannya. Saya suka. Tapi dalam kesukaan saya itu, saya teringat ada beberapa iklan yg dibawa oleh pihak penaja siaran langsung edisi kali ini. Iklan yg dibawa oleh sebuah syarikat telekomunikasi ini membwa mesej semangat bola, dan iklan ini mengimbas kembali kejayaan skuad Malaya mengalahkan Korea untuk layak ke Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut dalam iklan ini pula ialah dalam hitam putih, yg membawa maksud, ianya peristiwa lama dan telah lama berlaku, dan ia juga adalah satu2nya kegemilangan diperingkat antarabangsa yang berjaya dikecap oleh Malaysia sehingga kini dalam sukan bola sepak.

Lagi satu iklan, Datuk Soh Chin Aun duk dalam hujan, pegang payung, tengok bebudak main bola, maka terngiang2 dalam kepalanya ulasan perlawanan ketika beliau mengetuai pasukan negara mengalahkan Korea pada malam itu untuk layak ke Sukan Olimpik. Aku kesian tgk beliau, aku kesian juga pada diri sendiri dan rakyat Malaysia. Sampai bila nak berbangga dengan sejarah lama, dan sampai bila nak menunggu sejarah baru kembali terukir.

Piala Dunia....kalo la negara aku layak menyertainya....indahkan:)

Read more...

Monday, June 28, 2010

Terpanggil...


Salam...

Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk menukilkan sesuatu. Banyak kawan2 saya telah memperli saya mengatakan saya juara ketandusan idea, blog saya makin bersawang la, saya ni hensem la (ni perli ke?) dan macam2 lagi. Terima kasih saya ucapkan. Ini menandakan kawan-kawan saya ini ambil berat terhadap saya. Syukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kawan-kawan seperti ini. Beri saya RM 15 juta pun saya tidak akan tukarkan nilai tersebut dengan kawan2 saya. Ini kerana saya tahu kawan2 saya tidak ternilai dan tiada siapa akan beri saya RM 15 juta.

Saya amat runsing sejak kebelakangan ini. Ada beberapa perkara yg amat menghantui pikiran saya. Saya telah selesaikan satu per satu, dan kini saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukannya. Walaubagaimanapun kerana perkara tersebut jugalah saya tiada mood untuk berblogging kerana saya rasa sendi saya untuk menaip amat lemah. Apa puncanya pun saya tak tahu. Cuma memang saya tiada mood kot.

Saya juga ada menghadapi masalah berukband sejak sebulan yang lepas. Berukband yg saya biasa pakai (iklan kaler biru itu) sangat gampang serbisnya. Itu juga antara punca saya malas berblogging. Tapi sekarang saya dah tukar pada berukband kaler oren yang lebih murah dan setakat 1 minggu saya pakai ni, tiada masalah nampaknya. Alhamdulillah, cuma tempoh pemasangannya saja yang agak singkat, iaitu lebihkurang 1 bulan lamanya. . Berukband ini ada menggunakan Wi Fi router, jadi saya dan isteri boleh guna 2 kompiter untuk surfing pada masa yg sama. Danial juga boleh pilih untuk kacau siapa antara kami berdua, tetapi biasanya saya yg jadi mangsa kerana ibunya tak selalu guna kompite.

Sekarang musim World Cup. Tahniah pada Janos kerana Jerman menang bergaya. Saya tak sokong sesapa, kerana saya lebih menyokong kelab saya yang anda tau siapa. Cuma saya kini lebih minat kepada kelab penyokong seperti kelab penyokong 1Jerman, 1Argentina dan 1Ghana. Sekarang sambil menaip, saya sedang juga layan Belanda lwn Slovakia. Saya tak sokong 2 team ini kerana saya tak suka arjen robben dan saya tak kenal sgt dengan slovakia ini. Saya juga ambil pedekatan tak sokong negara mana-mana sebab tak nak kecewa sgt dengan kejohanan yg berlansung 4 tahun sekali ini.

Saya lihat Janos dan Fulim telah mengubah wajah blog mereka. Andy tanya adakah mereka berpakat. Mungkin juga. Walau apa pun saya suka. Fulim juga mengatakan dia akan lebih berusaha lebih untuk berkarya. Saya sokong kerana saya juga ingin meminjam semangatnya untuk diri saya sekarang. Errrr..mungkin saya pun nak tukar wajah blog jugak lah. Tapi kalo blog aje tukar, kalo bersawang jugak tak guna. Nanti lah saya pikirkan. Mengenai entry Fulim yg terbaru, saya hanya mampu bersimpati. Memang tindakan sebelah pihak tu tak patut, memang patut diajar mereka yang membuat tindakan melulu seperti itu. Cuma masih ada lagi yg baik dalam seluruh pasukan dan janganlah kerana seekor kerbau, habis semua terpalit lumpurnya. Terima kasih juga pada Janos yang mencuit saya dalam entry terbaru blognya. Saya paham dan kami berhak!! keh keh keh..

Saya rasa patut saya berhenti dulu. Sebelum saya lebih banyak mengelirukan orang lain dan diri saya sendri ini. Keh keh keh. Salam.

Read more...