Salam semua.
Setelah aku pikir, aku amik keputusan teruskan jugak menulis. Rehat sekejap ajelah . Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi buah pandangan. Dalam artikel aku kali ini, ingin aku gantikan kata nama "aku" sebagai "kami" yang membawa pengertian yang lebih mendalam.
Kepada Karen Mok dan Ajak dan semua penyokong Arsenal, kami ingin berbicara dari sudut hati yang tulus lagi murni. Dengarkan ya.....
Ye kami dah lama tau, team kami mmg hebat. Kami telah ke Final tahun lepas dan kami ke final lagi tahun ini. Kami menang tahun lepas dan kami akan menang lagi tahun ini. Itu lah kami, The Greatest Football Team EVER!! in the World and the Universe!!
Tahniah juga kepada Arsenal kerana berani mencuba. Bukan itu sahaja, anda berani berangan untuk menang ke atas kami. Bukan itu sahaja, anda berani berangan untuk ke Final dan menang Champion League. Tak mengapa, tak salah mencuba dan tak salah berangan. Teruskan mencuba dan berangan dan bila anda rasakan anda sudah berupaya untuk bersaing dengan kami, kami akan bawa anda semula berpijak di bumi nyata dengan mengalahkan anda lagi dan lagi dan lagi.
Kami tak riak, kami tak takbur. Tapi inilah kami. Dilahirkan sebagai juara. Atas dasar itulah ramai orang tak suka dan benci pada kami. Tapi apa kami boleh buat. Kami tak minta dijadikan sebegini hebat dan terer. Salahkah kami terer, power, magical, mystical dan sebagainya?? Inilah resam dunia, memang mereka sentiasa cemburukan kami yang sentiasa lebih daripada mereka. Bila kami bantai Arsenal 3-1, dengan jaringan free kick yang cantik daripada Ronaldo, dengan jaringan counter attack yang efektif dan berkesan, kami tidak berniat memalukan mereka, walaupun mereka patut rasa malu dengan diri mereka!! Kami cuma hanya tunjukkan kepada mereka bahawa jika ingin bersaing di peringkat dunia, inilah standard yang perlu mereka ada dalam pasukan mereka. Jika mereka masih enggan mengakui kebobrokan yang ada dalam diri mereka, sampai bilalah mereka takkan belajar!!
Selama 4 tahun, mereka hanya mampu mendabik dada, kamilah itu, kamilah ini, tapi jangankan kejuaraan, satu piala pun mereka tak ada. Kami bukannya benci, kami lebih kepada kasihan. Kami rela membantu, tapi nanti kami dilihat sebagai menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Pada kami, mengalahkan mereka adalah salah satu cara untuk membantu mereka. Entahlah. Kalau kamilah, tak sanggup berhadapan dengan dunia tanpa apa-apa kejuaraan untuk dipamerkan. Mungkin muka mereka sudah agak tebal, tak tahu lah. Maklumlah, kata orang, alah bisa, tegal biasa. Memang mereka ini spesies muka tak malu agaknya.
Hujung bulan Mei ini kami amat sibuk. Ini kerana tidak seperti org lain, kami akan berada di ROME setelah kami bergelar juara bertahan liga perdana Inggeris (LAGI!!!) season ini. Tapi kami akan sentiasa cuba meluangkan masa untuk menulis, kerana kami tahu anda pasti merindui kami yang Champion ini! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!
p/s: Apa yg anda baca ini ikhlas, kami tiada sedikit pun niat untuk menunjuk2 dan berlagak! mahupun menghina walaupun nampak macam begitu, kami cuma merungkaikan apa yang kami rasa!!! HAHAHAHAHAHAHA!!!!

No comments:
Post a Comment