Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Showing posts with label Jalan-jalan Singgah Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Singgah Makan. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Mat Perak Nasik Kandaq!!

Salam..

Lama dah ruangan jalan2 singgah makan ni tak di update. Hari ni aku nak bg tau satu tempat makan menarik dan popular di Ulu Kinta tempat aku kursus nih. Nama kedai makan ni ialah "Mat Perak Nasi Kandar Penang". Kedai makan ni selain jual nasi kandar Penang, ada jual makanan lain seperti makanan western dan jugak goreng2.

Tokei kedai ni namanya Abg Mat Perak. Beliau dulu pernah kerja di Pelabuhan Penang. Beliau juga terer bermain badminton hinggalah menjadi wakil Penang pada sekitar tahun 70-80an. Sekarang tangan yang dulu hebat menyemash (betul ke perkataan nih?) bulu tangkis kini hebat memasak resepi nasi kandar.

Kalo nak datang dari Ipoh, terus menuju ke Tambun, terus ke Tanjung Rambutan, sampai trafik lite ke PGA Ulu Kinta, kedai dia betul2 kat simpang tu.

Servis bagus, pantas dan pembantu kedai ramah tamah. Harga makanan pulak berpatutan. Sedap dan maarii sungguh karinya!!!. Jom singgah!! (Lapaq la pulak aku nih!!)

Abg Mat Perak, ramah orangnya!!

Mailah makan, jgn lupa bayaq sudah!

Antara juadah....menyelerakan..

Baik punya!!

Besaqnya periuk!! Dapat kat Ajak settel dia sorang aje!!

Read more...

Saturday, October 24, 2009

Pasar Minggu Satok.

Salam..

Hari ini aku dan kawan aku sempat mengunjungi Pasar Minggu Satok, yang terletak di Satok, Kuching, Sarawak. Pasar minggu yang terkenal ini beroperasi pada pagi hari Sabtu sampai tengahari Ahad setiap minggu. Tempat ini famous dengan macam2 barang termasuklah barangan kraf, hasil kampung, makanan, heiwan peliharaan dan macam2 lagi. Masa aku sampai tengahari tadi, tempat ni dah penuh dengan orang ramai yang sibuk dengan urusan jual beli dan jenjalan bersama keluarga. Nice place for sightseeing, shopping and cucimata. Banyak pelancong kat sini. (aku ni kira pelancong ke?). Well korang layan ajelah gambar yg sempat aku snap kat bawah ni. Enjoy the pics.

Cantikkan pokok2 bunga orkid nih?? Nescaya kopak wallet aku kalau wife aku nampak nih!! heh heh heh!!

Macam2 jenis ikan dan makanan laut yg dimasinkan!! Ikan tenggiri masin pun ada. Seketul RM 2 hinggit!! Ada berani??

Ikan terubuk masin yang famous tuh!! Sedap nih kalo cicah sambal!! perggh!!

Ikan terubuk bakar!! Kenapalah aku tak beli tadi?? Sekarang terliur pulak!!

Antara hasil kampung, pucuk paku.

Sayur kampung.

Ulat Mulong dalam baldi. Ada berani??

Ulat Mulong @ ulat sagu, basuh bersih2, lepas tu bolehlah digoreng, masak kari, black pepper atau ikut suka koranglah. Sekor 30 sen, mahal jugak menatang nih!!

Buah Dabai, macam bijik kelapa sawit rupanya. Member aku ckp, rebus lepas tu makan, memang sedap!! Kat Sibu byk mende nih!!

Hasil2 kampung yg byk kat sini.

Lagi kek Lapis Sarawak yg best!!

Ubat2 tradisional...heh heh heh!!

Kek Lapis Sarawak yg masyhur utk korang rasa dulu sebelum beli. Sedap tahap dewa tu kuih ni!!

Mcm2 jenis rasa dan kaler Kek Lapis Sarawak utk korang pilih!!

Kayu hujan panas, didapati dari hutan, Ada kayu jantan dan betina. Disimpan kat umah utk tujuan perlindungan sebagaimana kepercayaan kaum tempatan.

Tanduk rusa dan seladang. Lupa pulak aku nak tanya tujuan mende2 ni.

Mcm2 jenis parang dan keris yg diukir cantik. Walaupun untuk perhiasan, tapi tajam tuu..

Antara kraftangan yang dijual untuk korang jadikkan cenderahati

Hasil sulaman kain yang cantik untuk hiasan atau alas meja. Kain ni dipanggil Pua Kumbu.

Macam2 jenis beg boleh pilih!!

Mari beli kuih muih Makcik Samsiah!! Sedap rasanya!!

Puppy yg kiut utk dijual.

Hamster pun ada kalau korang nak!

Arnab sedang menunggu bakal pemilik. Lihat ada sekor anak kucing disitu kan?? Dia menyangka dirinya juga seekor arnab sehingga hari ini!!

Ulat, tapi aku tak ingat untuk sapa makan, ikan ke atau hamster yg makan?? Err.. hamster makan ulat ke??

Ayam. Kat atas jantan, kat bawah betina. heh heh heh!!

Mcm2 ikan peliharaan utk dijual. Ikan lumba2 pun ada dijual kalau korang nasib baik!! Tuntung pun ada gak!!


Read more...

Sunday, October 18, 2009

Kari punya citer..


Salam..

Malam semalam sempat aku minum2 dengan kawan aku si Pahang. Keluar pun dah lewat lps gamu Man Utd main. So kitorang sempat minum kat Satok aje. Banyak jugak yang dibualkan. Maklumla, lama tak jumpa. Last jumpa pun masa grad UUM tahun 2001 dulu. Member tu dah masuk 5 tahun mengajar kat sekolah rendah kat sini. Kahwin pun orang sini. Lepas minum dia bwk aku pusing2 area Waterfront. Cuma dah lewat sangat, tak bole round lelama. Lps tu kitorang pun balik. Thanks, Pahang, bebila kita jumpa lagi.

Siang tadi sempat jugak aku pusing2 kat area Satok dengan budak aku. Aku cakap aku nak carik restoran mamak. Rindu aku dibuatnya dengan kari mamak ni. Padahal, masa kat Semenanjung, bukan rajin sangat aku makan kari mamak nih, setakat ngeteh teh tarik aje. Mungkin aku rindu teh tarik kot. Ye, ngeteh dengan kengkawan kat kedai mamak. Bestkan?, tapi kat sini nak carik kedai mamak, susah. Malam tadi ngeteh dengan Pahang pun kat gerai makan biasa. Pekena mi kolok goreng. Tu pun gerai dah nak tutup. Mi kolok ni macam maggi goreng atau mi yang org cina selalu makan tu la.

Kat sini takde kedai mamak 24 jam. Tengahari tadi jumpa satu kedai. Dapat la beli nasi putih dengan kari ayam. Alhamdulillah, tercapai juga hajat anak tekak aku ni. Sempat aku tanya mamak jaga kaunter tu bukak sampai pukul berapa hari ni, Ahad bukak setengah hari, dari pagi sampai 2.30 petang, kalo hari lain dari pagi sampai 4.30 petang. Malam tutup. Perggh, banyak senang, pekerja dia kat sini, malam bole relax, kalo kat semenanjung jangan harap la korang, kalo tak kerja 14 jam satu hari, jangan haraplah..keh keh keh.

Takpelah, at least, aku dah tau gak la pot-pot nak makan makanan semenanjung kat sini serba sikit. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku nak survey lepas nih. So jumpa lagi guys!

Read more...

Monday, June 22, 2009

Nasik ayam!!


Salam..

Aku suka makan nasi ayam. My mother in law pandai buat nasik ayam. Sedap. Tapi yang paling penting bole melantak banyak2. Kalo kat kedai aku takkan order nasik ayam, nak2 kalo tgh lapar. Sebab dah byk kali pengalaman, nasik ayam ni harga bole tahan mahal, yang paling best akan dapat nasik sikit sebab cedok pakai mangkuk l/kurang besar cawan minum teh cina, lepas tu pulak kat pinggan nasik tu dia akan letak daging ayam yang dipotong rata dan dilenyek nampak macam besar tapi sebenarnya sikit, bawah ayam tu ada timun satu potong sama daun salad satu keping, jirus dengan sos dalam botol campur dengan air suam (jadik banyak!!), last sekali atas pinggan nasik yang sama akan diletakkan mangkuk sup dgn sup yang tawar!! Penuhkan pinggan korang?? Kompom lps 1/2 jam akan lapar nasik balik.

Aritu aku tergerak nak try satu gerai nasik ayam ni dekat area gerai panjang kat Desa Pandan. Gerai dia tengah2 opposite DBKL, pejabat cawangan Titiwangsa. International Chicken Rice nama gerainya. Apa yang bole aku komen, puas ati!! Nasik ayam dia banyak. Dia bole buat stail pattaya, letak telur, nasik ayam campur nasi goreng dan mcm2 lagi. Ayam dia beso dan banyak. Agak mencabar jugakla nak mengabiskannya. Sup sedap, sayur banyak. Peniaganya budak muda yang agak berhemah, pelayannya minah2 Indon yang peramah dan pantas bekerja!! Harga RM 5.50 hingga RM 6.50 (bergantung pada menu). Coba lah!!


Hidangan peberet aku "Mongol Chicken Rice". Nasi ayam bungkus telur ala Pattaya!!

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Mexican Treat!!






Tempat: Carlos Mexican Canteena, Lot C3-03, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Bukit Bintang.

Bila: Sabtu petang

The food critics: Felipe Fulim & Joe Diego De La Vega

Makanan best: Mcm2 makanan Mexican, seafood and steak and manymore.

Harga: ok!!

Menu kitorang hari tu:

A Dozen of fresh oylster

Beef Steak Medium Raw (aku punya)

Rib Eye Steak (Felipe Fulim punye)

Wajah puas Felipe selepas melantak.. Adios!!











Read more...

Sotong yang bersalah!!

Kalo ada 10 org customer amik lauk mcm aku aritu, besoknya tokei tu bole keluar BMW 7 series gamaknya!!Huhhh!!

Salam..
Tu ari waktu lunch, aku singgah makan sensorang kat satu warong ni. Warong ni terletak kat satu area tapak gerai kat Desa Pandan. Aku biasa makan kat warong ni. Makanan dia ok-ok aje la. Aku ni tak memilih sgt. Aku ingat nak makan bungkus aje ari tu. So aku amik nasi putih, ayam goreng seketul dgn begedel seketul. Sayur aku amik kacang panjang goreng. Sayur tu dia goreng sekali dengan sotong kecik2. So takkan aku nak asing2kan sotong tu dgn kacang panjang. Aku amik sekali la. Air aku tak beli pasal kat opis belambak air meneral.

Bila kira, akak yang jaga tu dengan muka mcm tgh menyelesaikan masalah matematik NASA terus je kata RM 7.50!! Mak aiii..aku tanya apahal mahal sgt, biasa aku makan situ siap teh o ais je paling mahal RM 5.50. Dia kata pasal aku amik sotong. Abis tu, dah ko masak sekali sayur kacang tu dgn sotong tu sapa suruh!! Apasal ko tak kira sekali dengan minyak masak, bawang, kunyit, garam, lada, yang ko campur sekali dalam sayur tu, bole lagi untung besar!! Last2 tokei dia dtg dan aku pun explain kat dia, dia kira balik dan kata 6 hinggit ajelah. Aku ckp takpe, aku bayar jugak RM 7.50 sbb aku bkn takde duit. Tapi itu last la aku mkn kast situ.

Ha%j$d*h sungguh!! Nak menipu pun agak2 la!! Macamana la bangsa Melayu ni nak maju!! Huhh!!

Read more...

Wednesday, March 25, 2009

Ada Berani??


Hari ni aku balik keja awal. Penat sket sebab mlm tadi balik lewat buat kije kat opis. Pg tadi pulak masuk awal sebab ada miting. Tu yang masuk tengahari mata rasa berpasir aje tak cukup tido. Pagi lepas miting sempatla aku sarapan nasik lemak. So petang tadi lepas bangun melelap mata balik dari kije perut rasa lapar.

Aku teringat aritu aku ada baca paper (paper apa aku tak ingat), ada terbaca pasal satu restoran ni, Restoran Sari Ratu, Desa Pandan, KL. (dekat la dengan umah aku). Aku teringat apa yang aku ada baca aritu, belut goreng, sup dan macam2 lah. Jadik aku pun cuba try test tengok. Perut pun dah berdendang dah ni..

Sampai kat restoran tu aku masuk dan terus duduk. Waiternya iaitu seorang pompuan Indon pun datang tanya nak makan apa (tak payah pg sini pun kalau nak jumpa pompuan Indon, melambak kat Malaysia nih!!). Aku pun mintak menu. Dia tanya aku balik “Milo??” Ni yang aku start hangin ni. Aku ulang balik cakap menu. Dia kata menu takde. Nak makan boleh pegi pilih lauk kat depan (Dekat meja besi letak lauk macam kat kedai mamak tu). Aku pun pegi usha, alahai, tak banyak choice sgt pun. Kedai mamak lagi banyak choice. Gerai makan sederet kat Desa Pandan tu lagi banyak lauk. Murah pulak tu.

Lapar punya pasal aku pun malas pikir byk dan order nasik putih, ayam rendang seketul, Gulai sotong satu mangkuk dean tempeh satu mangkuk kecik. Minum teh O ais. Rasa biasa-biasa aje, tak la sedap sangat. Dah makan aku pun cpt2 bayar kat kaunter. Tak selesa duk situ lama2. Suma sekali RM 34.66/-. Aku rasa aku diorang masak guna periuk dengan kuali emas la. tu yang murah tu. Lagi best kat sini ada banyak pencungkil gigi yang ada sampul tuh. Satu meja dia letak 20 batang kot. Keh keh…So sesiapa yang nak try dipersilakan.


Tu dia makanan yg order. Aku dah makan sket.

Pencungkil gigi eksklusif yang banyak diatas meja. Pasal ni la harga dia best kot.

Resit Total RM 34.66/- (tak berapa nak clear). Ada berani??


Read more...

Saturday, February 14, 2009

Mee Rebus






Sabtu 14/2, ptg, aku dan wife pg Balai trafik, kat sebelah stadium tertutup JB, untuk buat repot eksiden aritu. Putera kitorang Danial tak ikut, duduk dengan atuknya aje kat umah. (Lain kali nanti ayah bawak ye Sayang!!). Lepas tu masa nak balik rasa lapar la pulak. Kat mana nak singgah makan ye, haa... kita pegi makan mee rebus jom..Mee rebus ni adalah salah satu makanan peberet org Johor selain asam pedas, mee bandung dll.

So kami pun menghala ke Jalan Mahmoodiah kat JB (dekat Muzium Seni) untuk pekena mee rebus tulang. Tempat ni agak famous jugak. Ramai artis dan VIP datang makan kat sini. Nama tempat ni Restoran Mee Rebus Tulang ZZ. Apa maksud ZZ ni aku pun tak tau. Dalam gambar dah tak nampak pun nama restoran ni kat banner dia. Hilang dah kot. Aku dah ke sini sejak aku bujang lagi. Kat sini selain mee rebus tulang, mee rebus biasa, ikan bakar, jongkang -jongkit pun ada! Kah kah kah!!. Korang bole makan bawah pondok atau makan bersila. (pun bawah pondok gak).

Dulu mee rebus dia siap ada cikedis. Lepas tu sekarang ni ganti dengan bawang goreng aje. Bila tanya tokay apasal tukar, dia jawab "biasa la dik, sekarang harga barang semua naik". Nasib baik rasa dia masih sedap macam dulu. Harga makin mahal pulak. Dulu tak silap, harga sepinggan mee rebus tulang RM 5, skrg dah RM 7. Aku order mee rebus tulang n wife order mee rebus biasa. Balik bungkus 2 lagi mee rebus tulang untuk parent aku. Anyway it still delicious and when you come here, just enjoy the food ok!! Chow!!

Read more...