Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, October 18, 2009

Kari punya citer..


Salam..

Malam semalam sempat aku minum2 dengan kawan aku si Pahang. Keluar pun dah lewat lps gamu Man Utd main. So kitorang sempat minum kat Satok aje. Banyak jugak yang dibualkan. Maklumla, lama tak jumpa. Last jumpa pun masa grad UUM tahun 2001 dulu. Member tu dah masuk 5 tahun mengajar kat sekolah rendah kat sini. Kahwin pun orang sini. Lepas minum dia bwk aku pusing2 area Waterfront. Cuma dah lewat sangat, tak bole round lelama. Lps tu kitorang pun balik. Thanks, Pahang, bebila kita jumpa lagi.

Siang tadi sempat jugak aku pusing2 kat area Satok dengan budak aku. Aku cakap aku nak carik restoran mamak. Rindu aku dibuatnya dengan kari mamak ni. Padahal, masa kat Semenanjung, bukan rajin sangat aku makan kari mamak nih, setakat ngeteh teh tarik aje. Mungkin aku rindu teh tarik kot. Ye, ngeteh dengan kengkawan kat kedai mamak. Bestkan?, tapi kat sini nak carik kedai mamak, susah. Malam tadi ngeteh dengan Pahang pun kat gerai makan biasa. Pekena mi kolok goreng. Tu pun gerai dah nak tutup. Mi kolok ni macam maggi goreng atau mi yang org cina selalu makan tu la.

Kat sini takde kedai mamak 24 jam. Tengahari tadi jumpa satu kedai. Dapat la beli nasi putih dengan kari ayam. Alhamdulillah, tercapai juga hajat anak tekak aku ni. Sempat aku tanya mamak jaga kaunter tu bukak sampai pukul berapa hari ni, Ahad bukak setengah hari, dari pagi sampai 2.30 petang, kalo hari lain dari pagi sampai 4.30 petang. Malam tutup. Perggh, banyak senang, pekerja dia kat sini, malam bole relax, kalo kat semenanjung jangan harap la korang, kalo tak kerja 14 jam satu hari, jangan haraplah..keh keh keh.

Takpelah, at least, aku dah tau gak la pot-pot nak makan makanan semenanjung kat sini serba sikit. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku nak survey lepas nih. So jumpa lagi guys!

No comments: