Salam..
Sebelum apa-apa aku nak ucapkan selamat kepada kawan baik aku si Karen Mok yang telah pun berlepas ke Arab ari tu dengan membawa bersama keluarganya. Tak sempat aku nak ucap apa-apa hari tu. Aku harap bro aku lagi kuat bekerja dengan keluarga disisi sebagai penyumbang motivasi.
Aku pulak touchdown kat airport Kuching jan 2.30 ptg tadi. Barang aku bawak tak banyak. 3 luggage aje!! Pada aku taklah berat sangat. Sampai kat Senai masa nak bertolak memula pergi kaunter check in. Tiket aku beli taklah mahal. Seratus lebih aje pasal dah booking awal. Tapi yang buat aku nganga kejap pasal berat luggage aku dah lebih dari yg dibenarkan, so kena caj lebih. 1 kg di caj RM 15.00. So semua sekali aku kena caj RM 405.00!!! Mak aih!! aku bawak si Ajak ke apa yang kena mahal sgt nih. Korang kira berapa beratnya!! Nasib baik ada bwk duit extra. Dah mcm naik 1st class lah pulak!!
Sampai kat airport, bebudak aku dah tunggu. Kitorang minum kejap kat Kuching, sebelum aku pg ke opis dan tempat menginap aku. Malam tadi keluar makan lak kat satu tempat kat Kuching. Makan kat restoran tah apa nama tah. Pekena Nasi ayam penyet. Ramai jugak pengunjungnya. Tak sempat nak snap gambo pasal dah lapo sangat. Lain kali lah ye! Dah mcm satu priviledge pulak dapat makan makanan semenanjung macam ni, padahal kat KL berlambak aku tak kisah pun nak makan mende2 macam ni. Member aku pun cakap nak makan makanan semenanjung kat sini kena tau tempat, baru senang. Takpelah, lama-lama aku tau la tu.
Sini pukul 6 ptg dah gelap. 6.30 dah maghrib. So aku tak jenjalan mana-mana sangat ni ari. Masih nak sesuaikan diri dengan masa dan tempat kat sini. Dari pandangan pertama aku, Kuching ni memang bandaraya besar dan maju, macam JB dan KL gak la lebih kurang. Opis baru aku ni pulak memang baru, tempat tinggal pun baru. Aku harap akan bertemu ketenangan kat sini. Cuma buat masa sekarang ni, aku terlalu rindukan keluarga aku terutama si Danial. Rindu sangat2!! Aku harap tak lama lagi, bolehlah aku bawak anak bini aku tinggal dengan aku kat sini selepas aku setelkan beberapa perkara.
Besok dengan rasminya aku akan bergelar seorang penjawat awam yang bertugas di Sarawak. Semoga pekerjaan dan perjalanan aku ini dipermudahkan oeh Allah SWT. Korang doakan aku ye kengkawan!! Nanti kita sembang lain. Buat Jan dan Fulim, moga2 apa yang kita usahakan berjaya dan dirahmati Allah hendaknya. Usaha tangga kejayaan ye Bro!! OK bye 4 now!!

No comments:
Post a Comment