Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Saturday, October 24, 2009

Orang Tua.



Salam...

Tu hari ada baca posting pasal respect org tua kat blog bro Letssharehere.blogspot.com. Bro Fulim ada mengulas topic respect dan peningkatan usia yg semakin dewasa. Interesting topic. Memang kita ni semakin dewasa. Bila dah berkeluarga dan ada anak ni, rasa makin tua pulak. Bila bercakap pasal tua ni, teringat kat orang tua aku, terutama bapak aku.

Banyak memori aku pasal bapak aku. Walaupun kami ada berbeza pendapat kengkadang, bapak aku adalah bapak Mithali. Aku respek kat bapak aku terutama dari segi cara dia bagaimana dia besarkan kami adik beradik walaupun kehidupan kami tak berapa senang. Bila aku dah jadik seorang bapak, bapak aku adalah role model dan contoh terbaik untuk aku ikut bagaimana caranya besarkan anak-anak.

Bapak aku dulu seorang askar. Kerja kat P.Dickson dan aku dijaga nenek aku kat B.Pahat. Pernah satu ketika bapak aku balik sensorang tgh2 malam ke kampung semata2 nak amik aku untuk dibawa balik kejap kat PD. Mak aku keje masa tu. Kerana kerinduan yang amat sangat, dia tetap balik untuk tgk dan jaga aku kejap. Masa tu umur aku l/kurang 1 tahun lebih, baya2 anak aku sekarang. Dia masukkan aku kat dalam walker, walker tu pulak letak kat seat penumpang depan, ikat dengan seatbelt. Yang bagusnya aku tak nangis pulak tu. Sampai kat tengah jalan kena tahan dengan polis buat roadblock. Polis tu datang kat tepi keta bapak aku dia tanya:

Polis: Ni anak sapa awak kidnap ni??
Bapak: Kidnap?? Ni anak sayalah, rindu punya pasal la aku amik dia tgh2 malam ni. Kenapa? nak tgk surat beranak ke?
Polis: Nak balik mana?
Bapak: Kem askar.
Polis: Ok, jalan jalan.

Skrg ni, aku pun dah macam bapak aku jugak, tgh2 malam sanggup balik untuk tgk Danial. Aku rasa apa yang bapak aku rasa. Aku rasa apa yang setiap bapak rasa.

Kenal A. Ramli?? Bapak aku cukup minat dengan A.Ramli (al-fatihah untuk allahyarham). Allahyarham A. Ramli ni seorang penyanyi yang amat terkenal masa zaman2 60an dulu. Masa aku kecik2 lagu penyanyi inilah yang bapak aku suka main kuat2 sampailah sekarang kat radio. termasuk radio kereta. So sampai sekarang, bila aku terdengar lagu nyanyian A.Ramli, aku teringat kat bapak aku. Dan pada masa yang sama, aku pun minat lagu2 A.Ramli ni dan semua lagu2 lama. Sampai siaran klasik nasional fm kat radio tu pun aku minat dengar. Tu belum Final Bintang Klasik Nasional secara lansung kat TV. Hmm..dah tua ke aku? Entah, tapi mungkin aku sekarang ialah cermin diri kepada bapak aku satu ketika dulu kot.

Apapun, Aku memohon kepada Tuhan untuk panjangkan umur bapak dan mak aku, kedua mertua aku, sihatkanlah mereka, terimalah amal ibadat mereka, bahagiakan mereka, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi aku ketika kecil, berikanlah mereka kesejahteraan dan matikanlah mereka dalam keadaan iman. Aku sayang orang tua aku dan keluarga aku.

Ada seorang penyanyi nih. Namanya Rozaimi Bin Razali, orang kata dia ni jelmaan A.Ramli. Suara dan wajah sejibik sama. Korang bole layan video persembahannya kat atas. Enjoy!!

1 comment:

mohafiz said...

kalau lu berbual dgn bapak lu... mmg gua duduk diam2 aje bro.... bebual mcm nk gaduh... tapi mesra... kikiki...