Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Showing posts with label Family dan Kengkawan aku. Show all posts
Showing posts with label Family dan Kengkawan aku. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

.....


Salam...



Aku berita terima berita baik tadi....aku memohon kepadaMu Ya Allah kabulkan doa ku dan jadikan berita tersebut satu kenyataan untuk diriku..



Anak kawan baik ku kini berada di hospital kerana sakit...aku memohon kepadaMu Ya Allah permudahkanlah urusan perubatan ke atas dirinya dan sembuhkan lah bayi itu dari penyakitnya sekarang....



Aku memohon pada Mu..Ya Allah..

Read more...

Friday, July 2, 2010

Laptop baru!!

Salam..

Sekarang ini Danial suka kacau saya. Kalu saya tgh guna laptop, dia pun akan menyempit nak guna gak. Sekarang Danial dah ada laptop baru!! Jangan kacau ayah lagi ok!! Happy surfing my son!!

"Laptop Danial baru punya - Brand Ben 10!!, bole bertukar menjadi robot bila diperlukan"


"keh keh keh, jgn lupa mau update blog la uncle Janos sama uncle Fulim!!"

Read more...

Sunday, March 28, 2010

Al-Fatihah..

Salam...

Hari Sabtu pagi semalam telah terima sms dari Bro Fulim menyatakan ayahandanya telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tersebut. Salam takziah dari saya sekeluarga kepada Bro Fulim dan Hardiness. Harapan saya agar Bro berdua tabah dan sentiasa kuatkan semangat. Allah lebih menyayangi Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai olehNya. Take care Bro's. Al-Fatihah.....

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Take Care Bro!!


Salam...



Adik aku bernama Mohd Fitri@ wonder Pet@ Antonio Valencia@ Umaga ialah seorang yang sangat sayangkan binatang. Beliau amat suka singa, zirafah dan kuda belang. Atas sebab itu apabila company beliau hendak menghantar beliau ke S.Africa untuk bertugas, beliau berguling2 kegembiraan macam kanggaroo. Alhamdulillah, pada hari Isnin lepas, beliau telah selamat sampai di sana dan kini berada di Johannesburg. Malam td sempat chatting dgnnya. Katanya sekarang kat sana sejuk. Umah pun besar, makan pun sedap, cuaca pun bagus. Alhamdulilah sekali lagi.



Aku ucapkan semoga adik aku sentiasa tabah dan bersemangat apabila berada di perantauan. Jgn bimbang, apabila aku makan beriani di sini, aku akan sentiasa ingatkan beliau. Semoga Allah lindungi adikku yang kini bertugas di sana. Adikku juga gembira kerana akan dapat menonton World Cup live disana. Apa2 pun aku harap beliau sentiasa jaga diri disana.



Miss U bro n take care. See you in 3 month time!!.

Read more...

Friday, February 5, 2010

Danial and Calvin!!


Terjumpa plak gambo ni. Lebih kurang la pulak kan?? Danial is Calvin and I am his Hobbes!! Love Danial soooooo much!!

Read more...

Tahniah!!

Salam..

Aku nak ucap tahniah pada Bob n family sebab dapat cahayamata lelaki beberapa minggu lepas. Makin besar la nampaknya keluarga En.Othman. Bob, kalo buat kenouri aqiqah ke, majlis tari-menari ke, prom night ke, jgn lupa jemput aku sekali ye!!

2ndly, aku juga nak ucap tahniah pada Hisyam sebab masuk umah baru di Setia Indah. Kalo buat majlis house warming juga jgn lupa jemput aku sekali!! Yg penting ada sate!!

Hmmmm....itu je kot..

Read more...

Sunday, January 31, 2010

Mmmmuuuuaaaaahhhh!!!!


Danial....Ayah and Mak love you so much!! Hugs n kissess from us to you!!

Read more...

Sunday, November 1, 2009

Everyday I Love You.


I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Read more...

Friday, October 30, 2009

Rehat Sat.

Salam..

Dah beberapa hari aku tak update blog. Bukan apa, skrg ada kat JB dgn family. Bila dah bersama family ni, aktiviti 'rakan blogger' (bak kata saudara Letssharehere) agak terhad sket. Maklumla, dah lama tak bersama family..heh heh.

Bsk kami anak beranak nak berlepas ke Kuching, Sarawak. Nak bercuti sat dalam 2-3 ari. Wife aku nak tinjau2 umah kitorang kat sini nanti. If anything aku update nanti ajelah bila dah sampai sana nanti. Ok guys, see ya soon, stay safe ok!! Bye.

Read more...

Saturday, October 24, 2009

Orang Tua.



Salam...

Tu hari ada baca posting pasal respect org tua kat blog bro Letssharehere.blogspot.com. Bro Fulim ada mengulas topic respect dan peningkatan usia yg semakin dewasa. Interesting topic. Memang kita ni semakin dewasa. Bila dah berkeluarga dan ada anak ni, rasa makin tua pulak. Bila bercakap pasal tua ni, teringat kat orang tua aku, terutama bapak aku.

Banyak memori aku pasal bapak aku. Walaupun kami ada berbeza pendapat kengkadang, bapak aku adalah bapak Mithali. Aku respek kat bapak aku terutama dari segi cara dia bagaimana dia besarkan kami adik beradik walaupun kehidupan kami tak berapa senang. Bila aku dah jadik seorang bapak, bapak aku adalah role model dan contoh terbaik untuk aku ikut bagaimana caranya besarkan anak-anak.

Bapak aku dulu seorang askar. Kerja kat P.Dickson dan aku dijaga nenek aku kat B.Pahat. Pernah satu ketika bapak aku balik sensorang tgh2 malam ke kampung semata2 nak amik aku untuk dibawa balik kejap kat PD. Mak aku keje masa tu. Kerana kerinduan yang amat sangat, dia tetap balik untuk tgk dan jaga aku kejap. Masa tu umur aku l/kurang 1 tahun lebih, baya2 anak aku sekarang. Dia masukkan aku kat dalam walker, walker tu pulak letak kat seat penumpang depan, ikat dengan seatbelt. Yang bagusnya aku tak nangis pulak tu. Sampai kat tengah jalan kena tahan dengan polis buat roadblock. Polis tu datang kat tepi keta bapak aku dia tanya:

Polis: Ni anak sapa awak kidnap ni??
Bapak: Kidnap?? Ni anak sayalah, rindu punya pasal la aku amik dia tgh2 malam ni. Kenapa? nak tgk surat beranak ke?
Polis: Nak balik mana?
Bapak: Kem askar.
Polis: Ok, jalan jalan.

Skrg ni, aku pun dah macam bapak aku jugak, tgh2 malam sanggup balik untuk tgk Danial. Aku rasa apa yang bapak aku rasa. Aku rasa apa yang setiap bapak rasa.

Kenal A. Ramli?? Bapak aku cukup minat dengan A.Ramli (al-fatihah untuk allahyarham). Allahyarham A. Ramli ni seorang penyanyi yang amat terkenal masa zaman2 60an dulu. Masa aku kecik2 lagu penyanyi inilah yang bapak aku suka main kuat2 sampailah sekarang kat radio. termasuk radio kereta. So sampai sekarang, bila aku terdengar lagu nyanyian A.Ramli, aku teringat kat bapak aku. Dan pada masa yang sama, aku pun minat lagu2 A.Ramli ni dan semua lagu2 lama. Sampai siaran klasik nasional fm kat radio tu pun aku minat dengar. Tu belum Final Bintang Klasik Nasional secara lansung kat TV. Hmm..dah tua ke aku? Entah, tapi mungkin aku sekarang ialah cermin diri kepada bapak aku satu ketika dulu kot.

Apapun, Aku memohon kepada Tuhan untuk panjangkan umur bapak dan mak aku, kedua mertua aku, sihatkanlah mereka, terimalah amal ibadat mereka, bahagiakan mereka, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi aku ketika kecil, berikanlah mereka kesejahteraan dan matikanlah mereka dalam keadaan iman. Aku sayang orang tua aku dan keluarga aku.

Ada seorang penyanyi nih. Namanya Rozaimi Bin Razali, orang kata dia ni jelmaan A.Ramli. Suara dan wajah sejibik sama. Korang bole layan video persembahannya kat atas. Enjoy!!
Read more...

Thursday, October 22, 2009

MJ Station.

Salam..

Kepada kengkawan dan pembaca blog aku yang berada di lembah Klang, member aku Janjanos and co' telah pun membuka kedai printing dan alatulis. Butiran seperti di bawah.

MJ Station

Alhamdulillah, Mozal Jaya berjaya membuka cawangan kedai fotostat dan perkhidmatan seangkatan dengannya di alamat berikut:

10G, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.

Ianya bersebelahan dengan IZZI Laundry.

Perkhidmatan:

1. Fotostat
2. Binding
3. Laminating
4. Prepaid Top Up
5. Lain-Lain perkhidmatan yang seangkatan dengannya...

Sila beri sokongan.

Terima kasih.



Read more...

Monday, July 13, 2009

Spital lagi..!!

Danial with his grandma. "Doakan saya cepat sembuh ya!!"

Salam..

Sepatutnya hari Ahad aritu aku dah balik KL dah. Tapi Ahad pagi Danial demam, panas lak tu. Bawak pegi klinik biasa tuh, dia kata demam biasa je. Bagi ubat demam, sakit tekak dengan anti biotik. Tak jadik balik la aku. Tak sanggup nak tinggalkan anak aku masa dia demam. Tangguh sampai Senin, subuh2 danial demam panas balik, malam tu sebelum tido ok dah. Pg balik klinik yang sama ari Selasa pagi. bagi ubat yg sama gak. Bila makan ubat baik. Antibiotik abis panas balik. Aku tak puas ati. Asik sekejap baik, sekejap panas, sampai bila nak mcm ni. Mlm td pukul 11 aku gerak ke Puteri Specialist. Badan Danial tgh panas. Kena tahan wad. Kesian tgk baby aku kena cucuk kat tangan. Nangis siap jerit ayah..ayah lagi!! Aku pulak rasa nak nangis.

Semalaman aku kat wad. Air pun dah masuk kat badan Danial. Pagi tadi doktor dah check. Dia bgtau ada jangkitan virus sket kat hidung dan kawasan telinga. Ubat yang dokter bagi sebelum ni tak berapa bagus dan antibiotiknya tak tahan lama. Sebab tu bila kesan antibiotik tu abis, demam naik balik. So after some advise and giving some dose of meds to my son, dokter tu cakap akan check balik condition Danial petang ni. Tadi aku rasa demam anak aku kurang dah. Skrg ni aku kat umah, amik baju wife and Danial mana tau kena stay lama lagi. Harap keadaan beransur baik dan petang ni jugak bole discaj. Balik ni pun nak amik Elmo anak aku. Semalaman dia carik, aku tak sempat bwk smlm pasal kelam kabut. Terpaksalah aku buat nyanyi suara Elmo sampai dia tido..keh keh!

Ok guys..sori pasal aku senyap je lately. Hope u all understand. Banyak benda nak kena setel. Anyway keep in touch!! Nak kena pg spital balik nih!!

Read more...

Sunday, July 12, 2009

New Frenz!!

Danial's new frenz:

Tigger

Elmo

Danial tak berapa sihat. Elmo dengan Tigger temankan Danial tido ok!!





Read more...

Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day


The things you taught me I will always know.
How could I not? The roots have sunk so deep:
All lessons of the heart that I will keep
No matter who I am or where I go.
Kids learn from what their parents are, and so

You are my book of life, the thoughts I reap;
Only in your arms I quiet sleep;
Under my words your voice sings soft and slow.
From you I learned the rules of right and wrong
Against which I at times had to rebel,
Though with regret I carry with me still.
How lucky I am to have been loved so well,
Even as I pushed against your will,
Relying on a father fair and strong

Perhaps we'll never understand each other.
Loving doesn't mean that we agree.
If that were so, then I would say, why bother?
But there are things I know I'll never see.
I'm sure your heart knows what I don't yet know:
The pain of loving a reluctant son;
The anger, coming fast and building slow,
Of being helpless to control someone.

You want only that I grow up right,
But you know what right is, and I still don't.
I have to learn to wield my inner light,
And if I follow yours, well, then I won't.
I'm sorry for the anger in the air;
Though we fight, my love is always there.

Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!
Happy Father's Day.

Read more...

John Q


Salam..

Tu ari layan movie kat RTM 2. Tgk citer John Q yang ditayangkan sempena Sambutan Hari Bapa. Aku rasa korang semua dah penah tgk cerita ni. Pelakon utama dia memang hebat. Sapa tak kenal Denzel Washington. Citer pasal kasih seorang ayah yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya termasuk berkorban nyawa. Sedih citer ni. Nak2 masa sampai part Denzel sampaikan beberapa 'pesan' terakhir untuk anaknya sebelum beliau menjalankan 'pembedahan' pemindahan jantungnya kepada anaknya. Meleleh la jugak air mata, perasaan bercampur-baur bila tgk citer ni. Dulu masa bujang bila tgk citer ni tak terasa apa-apa pong. Aku yang sekarang telah bergelar bapa, aku cukup terharu dengan jalan cerita John Q ni. Tak terucap perasaan bila tgk citer ni. Damn good movie, Damn good storyline and Damn good acting by Denzel!!

Danial....ayah love you very much!!

Read more...

The Posse!!

Danial's buddies:
Edwin the Octopus

Evra The Frog

Anderson the Lion

Barney Ferguson the Dinosour

Group Picture
From left: Evra, Anderson, Danial, Barney and Edwin!!

Read more...

Sunday, June 14, 2009

Family & Friends.

Salam..

Minggu ni cukup mencabar. Hari Jumaat tu ari sebelum balik JB, sempat aku tipon Janos. Dia bgtau dia tak sihat kebelakangan ni. Dada dia sakit. Aku pun dah beberapa ari tak jumpa dia. So aku harap dia jangan lupa makan ubat dan cepat2 sembuh. Dan aku akan bersama2 Janos untuk membantu beliau dengan azam barunya di bulan 6 ini iaitu berhenti merokok. Ya..aku sahut cabaran hang tu. Jom kita berhenti merokok Jan, Fulim, Ajak , Karen Mok dan rakan2 lain! Itulah punca kita sakit kebelakangan ni. Batuk, kahak, sakit dada, tu semua rokok punya pasal la!! Tapi aku tau cabarannya berat, nak2 perokok tegar macam kita ni. Bangun tido nak kena sebtg, lepas makan sebtg, masa melabur nak sebtg, bersembang mesti berbtg2, tu belum campur tgk bola dan aktbt2 sosial lain. Tapi tak cuba tak tau. Dan apa kata kali ni kita cuba beramai2. Kalo reramai baru la semangat sket kot. Dapat kurangkan pun kira ok la. Mende ni pun bukan bole terus mendadak.

Mlm tadi Fulim msg aku, dia tak berkomunikasi lately sebab bapak dia sakit masuk spital sebab sakit water retention. Moga your father cepat sembuh Bro! Our prayers will always be with you and your family. Keep us update with his condition and just call us if you need help or anything, ok Bro.

Lastly, on my way back home that Friday, my wife called and told me that my biras has passed away that evening at hospital K.Terengganu. He was in coma about a week ago due to a car accident. He was a good guy and he will always be remembered. Allah lebih menyayanginya dari kami semua dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al Fatihah.


Read more...

Al Fatihah.

Salam...

Biras aku bernama Tajul Ariffin Kan Bin Abdullah telah kembali ke Rahmatullah pada petang 12 Jun 2009. Dari Allah kita datang dan kepadaNya-lah kita akan dikembalikan... Semoga Allah S.W.T merahmati dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Al-Fatihah...

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Sepetang di Tesco Ampang.

Salam.

Semalam bro Fulim dgn Jan MC (cuti sakit, bukan MC hammer!!). Aku tak mc. Ada miting dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah, badan pun dah sihat dan agak kuat. So petang tu kitorang sepakat menghabiskan masa petang kat Tesco Ampang. Bole la aku beli barang sket nak letak kat opis.

Aku dgn Fulim sampai dulu. Terus masuk dalam Tesco. Jalan punya jalan, sampai kat area barang elektronik. Sampai kat rak kamera, aku pun jenguk2. Kebetulan memang aku bercadang nak carik kamera digital dalam masa terdekat. Ye la, bulan Julai, Man Utd turun Bukit Jalil tu! takkan nak snap gambo pakai h/phone! Apa kelas!! Aku musti prepare awal. Kamera terunggul untuk bergambar bersama team terunggul!! Chaiyok!!

Akhirnya dengan nasihat profesional bro Fulim aka "rakan blogger", alhamdulillah aku telah berjaya menyambar sebijik kamera 'Olympus stylus TOUGH 8000'. (Dah macam cyborg citer terminator la pulak bunyiknye!!).

Lepas tu kitorang lepak kat kedai mamak Restoran Kandar Che Abang Tesco Ampang untuk minum petang menanti bro Janos sampai sambil test kamera baru!! keh keh!!

2 of my best buddies in the whole wide world!!

ABC yg best. (Fulim punya tapi aku yang habiskan!! keh keh!!)

Snek petang: mee goreng mamak dan teh tarik!! (snek??)

Read more...

Sunday, May 24, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, majlis doa selamat dan aqiqah anak aku berlansung dengan selamat dan jayanya. Thanks to orang surau Bukit Jaya, kengkawan, sanak saudara dan mereka yang menjayakan majlis samada secara lansung atau tidak. Allah saja yang membalas budi kalian. Nanti aku upload gambo majlis. (kameraman tak bg lagi kat aku!). Ok bye.

Read more...