Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Showing posts with label Macam-macam Ceghiter. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam Ceghiter. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Begin.....

Salam..

Hari ni hari kedua masuk opis selepas 3 bulan berkursus. Macam biasa opis aku tenang, kerja bertimbun dan banyak bende perlu dihandle. Agak sibuk gak 2-3 minggu kebelakangan ni. Tu yang sampai takde masa nak update blog. Banyak jugak bende yang nak diulas tapi terlepas. Harap2 lepas ni aku lebih rajin untuk berkarya hendaknya.

Read more...

Friday, January 29, 2010

Ucapan Kemenangan!!


Salam..

Pagi semalam ada pertandingan tarik tali Final dan team saya telah menang mudah straight set.

"T/Kasih pada yang mendoakan kejayaan saya dan pada yang memberi sokongan. Alhamdulillah, Saya tujukan kemenangan ini pada kedua ibu bapa saya, isteri kesayangan yang tidak jemu memberi sokongan, anak saya Danial yang menjadi sumber inspirasi saya dan kepada semua peminat saya yang sentiasa berada di sisi saya sejak hari pertama lagi. Tanpa saya siapalah anda semua!! Tq skali lagi!!"

Keh keh keh!!

Read more...

Thursday, January 28, 2010

Tarik Tali


Salam..

Pg tadi aku ada pertandingan tarik tali antara platun. Macam nak patah bahu aku dibuatnya. Nasib baik menang masuk Final pagi besok. Kuat jugak aku ni!! Keh keh keh!! Ok Guys..doakan kemenangan aku besok ye!!
Read more...

Bukak La Wei!!


Salam..

Ingat pg nnti nak tgk bola. Utd vs City, semi final Carling Cup. Sbl ni Carling cup nih taklah penting sgt. Tak ngk pun takpe. Tapi kali ni best. Tu ari dah kalah 2-1. So this time is revebge time at Old Trafford. Teves pulak gaduh dgn Neville. Tu yg buatkan game ni lagi panas.

Plan nak tgk kat mes. Mlm tadi aku suh member aku bgtau budak mes supaya jgn kunci pintu mes sbb kitorang nak tgk bola pagi nanti. So, bila member aku pg, pintu tak kunci, budaknya takde. Member aku balik bilik jap. Bila dia kuar balik 1/2 jam kemudian, pintu dah kunci dan budak mes dah balik, padahal jam blm pkl 10 mlm lagi. Hamjadah punya budak. Abis tu nak tgk kat ner? Kat area Tambun ni bukan mcm KL or JB, ada kedai mamak 24 jam. Kalo ada pun tak tyg bola. Kayu btl.

Akhirnya kami pun membuta sampai pg tak tgk bola. Sakit ati betul!!



Read more...

Sunday, November 22, 2009

Cilakak punya kedai sama ini olang!!


Salam..

Alhamdulillah aku selamat sampai ke Ipoh dr JB. L/kurang 6 jam gak aku drive. Berenti 2 kali isi minyak dan berehat. Stenby untuk acara 'penderaan fizikal' esok.

Semalam aku pegi satu kedai tayar kat tempat aku. Aku nak balancing sama alignment tayar keta aku. dah makan ke kanan dah. Bawak pun tak best. Aku pegi satu kedai Bridgestone signboard kaler merah kat depan kedai CK ujung yg jual beras (bagi mereka yg tinggal setempat dgn aku tau tpt nih!). Aku tak penah pegi kedai nih. 1st time saje nak try.

Yg buat keje nih ada satu Cina, tokei dia la tu. Lepas dia buat semua, dia try keta aku. lps tu dia ckp tayar rosak (ayat standard suh beli tayar kat kedai dia!). Aku ckp takkan la, baru l/kurang setahun aku pakai tayar tu. Lepas tu dia diam, dia cakap suma 45 renggit. Aku bg duit, aku balik. Tak perasan lagi keta aku ada problem nih.

Tgh ni masa nak bertolak balik Ipoh, aku rasa keta aku dah makan kiri pulak dah. Patah balik kedai tu, aku ckp dgn pekerja dia yg Melayu, napa keta aku dah alignment makan kiri pulak. Terus tokei dia kat tepi ckp ,

Tokei: wa sudah ckp lu punya tayar rosak, tapi lu cakap lu baru tukar ini tayar (sambil betulkan keta org lain dgn buat muka mcm BABI!!).

Aku; Dah lu pun cakap tayar gua rosak, rosak macamana? belah mana? bunga abis ke? makan sebelah ke? bengkak ke? lining abis ke? Lu tak cakap betul2 mana gua tau!! Setakap ckp tayar rosak, budak tak sekolah pun boleh cakap!! Cibai! Lu meniaga ini macam ka?? Cibai!! (sekali lagi!!)

Tokei: (Diam dan masih buat muka macam BABI!!!)

Lepas tu pekerja dia budak melayu tu terus test keta aku, lepas tukar tayar aku belah depan dari kanan ke kiri balik, dia kata memang tayar aku problem, lining tak elok, tapi mata kasar memang tak nampak. Dah alignment pun takleh buat apa. Kena tukar 2 belah tayar baru. Baru aku puas ati, bila ada explanation. Ni setakat cakap tayar rosak, dia ingat satu tayar harga 5 hinggit apa! Lepas tu aku terus blah dari kedai tu.

Sial punya kedai!! Dah la aku nak jalan jauh ni, nasib baik aku boleh sabar lagi. Haramjadah!! Sial punya olang!! Last la aku pegi kedai sial nih!! Ko tunggulah aku publish gambar dgn alamat kedai sial kau ni kat Blog aku nih!!

Huhh!! Dengar lagu Ramlah Ram lagi baik!!



Read more...

Tuesday, November 3, 2009

PRICELESS!!!!

Salam.

Bukan apa, bila aku tengok blog aku nih, mesti ada rasa bersalah timbul. Sebabnya pasal aku kata nak upload gambo2 Man Utd datang Bukit Jalil aritu, sampai kesudah takde. Bagi tidak mengecewakan para pembaca setia blog aku nih (macam ramai sgt je!!), dan bagi membayar utang aku nih, korang bole tgk gambo2 tersebut kat link fotopages aku. Kebanyakan gambo tu aku snap masa diorang memula sampai utk masuk ke bilik persalinan masa sesi training. Enjoy!! (kalo korang bukan peminat Utd, susahla sket nak enjoy kot!! Keh keh keh!!)

Ooh ye, kat bwh ni aku upload gambo autograph player2 Man Utd yang sempat diorang sign kat jersi aku. Diorang yg berebut sgt nak sign baju aku, aku buat dek je!! Keh keh keh!!

Dah takleh pakai baju ni. Skrg dah masuk frame dah pun!!

Micheal Carrick Signature!!

Anderson Signature!!

Nani Signature!!

Wayne Rooney Signature!!


Read more...

Monday, October 26, 2009

Jatuh & Bangun!!

Salam...

Topik hari ni yg cukup hangat, kekalahan Man Utd kpd Liverpool 0-2. Kat mana2 org bercerita. H/phone aku tak abis2 msg masuk, sampai jem h/phone aku. Facebook pulak toksah ckp, PANAS!! berbalas kutukan, makian sesama sendri mempertahankan team masing2 berlaku!! Memang Makan Dalam!! Dah lah luka, lepas tu ditaruk garam, air limau. Tak cukup tu, letak pulak kerengga dgn semut api kat luka tu!! Perggh!!

Aduhh!! Mau makan seminggu nak pulihkan semangat nih!! Tapi kita kena bangun lepas jatuh. Itulah pengajaran dalam hidup. Bukan pasal bola aje, dalam kehidupan pun sama. Jatuh, bangun, jatuh, bangun balik dan terus ke depan. Barulah kita dinamakan org yang belajar dan cekal!! Bila jatuh, sekurang2 nya buat kita tersedar dari lamunan dan mimpi yang melekakan. Ia juga buat kita sedar yang kita ni lemah dan harus sentiasa bersedia hadapi segala kemungkinan, walaupun kemungkinan yang datang tu mungkin pahit untuk diterima.

Aku harus positif, ini bukan kali pertama aku jatuh, aku kena bangun kembali. Saje je aku nak lepas marah aku, dan aku tahu memang aku kena bangun kembali, demi keluarga, demi kehidupan, demi Man Utd, aku akan bangun!!!!! GLORY GLORY MAN UTD AND JOETIEFA!!

Read more...

Saturday, October 24, 2009

BLOCKBUSTER!!


Salam..

Besok ada Blockbuster!! Man Utd vs Liverpool!! Main kat Highbury. Torres dgn Gerrard injured. Rooney dengan Fletcher pun injured. Semua tak kompom main besok. Man Utd tgh ompom. Liverpool pulak tgh melalui permulaan paling buruk dalam liga sebab dah 4 kali kalah stret. Skrg diorang berada di tpt ke 8 dan ketinggalan 7 point di belakang Man Utd.

Tapi tu semua tak penting. Yang penting besok kena menang. Aku masih ingat season lepas, aku konpiden Man Utd menang. Siap tgk kat Sunway Lagoon lagi!! Man Utd tgh ompom dgn rekod tanpa kalah beberapa game, Liverpool pulak keadaannya sama mcm skrg, iaitu lemau, main pulak kat Old Trafford. Last2 Liverpool menang 5-2!! Hangin je aku. So aku takkan tertipu lagi. Aku takkan oberkompiden!! Team aku mesti menang. Kalo terpaksa sembunyikan spanar dalam seluar pun takpe!! (Mcm Shaolin Soccer!) Yang penting Man Utd Menang!! GO GO MAN UTD!!

Read more...

Saturday, October 17, 2009

1st Open House

Salam...

Malam tadi member ajak aku pergi ke jamuan Aidilfitri kat Dewan kat HQ Sarawak ni. So secara tak lansung ia adalah open house pertama yang aku hadiri kat Kuching ni. Banyak jugak makanan yang dihidangkan. L/kurang makanan kat semenanjung aje. Cuma yang menariknya ialah Laksa Sarawak. Pagi semalam aku breakfast makanan ni. Tak sangka malamnya jumpa lagi. Tak macam laksa Johor atau Penang, ia menggunakan mi hoon sebagai bahan utama. Ada telur goreng yang dipotong nipis, sambal belacan, limau nipis, dan kuah yang tak berapa masam la pada aku. Yang penting, rasanya memang sedap. Marvellous!!

Lepas tu balik umah, sambil rehat2kan diri, ingat nak update blog, tapi macam nak relax, tu yang update petang ni. Hmm.. kalu nampak gaya, hari2 aku update blog, boleh mencabar si Hardiness ni, heh heh heh. Kalo ada masa ingat petang ni nak ajak member aku pusing2 kat bandar Kuching ni, Tu pun kalo dia angkat call aku. Takde, surf Internet aje lah petang ni.

Well, thats all 4 now. see ya soon.

Inilah dia Laksa Sarawak. Rasa memang sedap, nak suh wife aku belajar masak nih!!

The famous Sarawak Kek Lapis. (Dapat snap dari jauh aje..)

Hudangan rutin iaitu mee hoon goreng!! Bedal aje lah!!



Read more...

Friday, July 17, 2009

Dream come true part 1


Salam..

Hehehehe....masa aku mula nak menaip artikel ni, aku masih lagi tersenyum, macam tak percaya. Sesuatu yang aku impi2 telah berlaku dalam hidup aku. Macam tak percaya tapi itulah kenyataan. Aku nak start citer aku ni macam mana pun aku tak tau. Ntah, aku terlalu happy, macam bebudak pun ada agaknya!! Yahooooo!!! Hmmm...sabar, aku harus mulakan artikel ni. Ok, macam ni ceritanya...

Semua org tau Kelab terunggul dunia AKA kelab peberet aku iaitu Man Utd akan datang ke Malaysia. 17 Julai 2009 adalah sesi training dan 18 Julai 2009 adalah merupakan perlawanan persahabatan menentang Team Malaysia. Venue training dan perlawanan adalah di Stadium Bukit Jalil. Sebagaimana peminat hardcore lain, aku harus stenb, dan sebagai die hard fan, aku harus bersedia. Bukan selalu dapat bertemu dgn idola. Tempat sendri plak tu!! Nak harap pegi Old Trafford (lokasi idaman pada masa akan datang), lambat lagi. Jadik aku harus pastikan kesemuanya lengkap. Jersi Man Utd, siap! Kamera digital yang power, siap! Majalah dan poster untuk mintak tandatangan, siap! Banner, siap! Muka tak malu aka confident mintak tandatangan dan bergambar, SIAP!! Setelah pastikan semuanya lengkap, aku masukkan dalam beg dan Stadium Bukit Jalil, here I come!!

Jumaat, 17/7/2009 jam 3.00 petang aku dan member aku dah terpacak di stadium. Ada yang terpacak awal lagi pun ada. Tengok peminat Man Utd dah ramai yang datang dan masuk ke stadium. Diberitakan Team Man Utd akan datang jam 5.00 ptg. Jam 4 ptg team Malaysia sampai. Lepas masuk bilik persalinan diorang, team Malaysia masuk ke padang untuk sesi latihan. Terdengar gak la sorakan gemuruh dari peminat yang sebenarnya aku tahu lebih sokong Man Utd dari team Malaysia. Sempat gak aku berborak dgn coach Malaysia yang steady aje manjang iaitu K.Rajagobal dan beberapa pegawai FAM lain mengenai isu2 bolasepak tempatan dan antarabangsa. Apa yang kitorang borak nantilah aku citer lain kali. Antaranya bekas player iaitu Brader Khalid Shahdan dan Azmin Azram (bekas keeper Selangor). Skrg diorang ni jadik pegawai kat FAM.

Jam 4.45 ptg, team Malaysia habis training dan masuk bilik persalinan. L/kurang jam 5.15 ptg team peberet aku sampai. Aku pun mula stenby kamera. Akhirnya setelah sekian lama menunggu, mereka pun sampai. Mula2 nampak pegawai diorang, kit men dan last skali tu dia...Giggs, Scholes, Berbatov, Rooney dan lain2. Mak aiihh,, time ni rasa bergegar lutut pun ada. Ye lah, biasa tengok dalam TV aje. Kali ni live depan mata!! Mimpi jadik realiti!! time ni baru nampak, yang Rooney ni memang bagak gile badan, Fletcher dgn Berbatov kurus kering, Wes Brown, Ferdinand, O'Shea tinggi giler, Van der Sar tinggi nak mampus!! Nani dan Anderson mcm player Malaysia aje tingginya dan Sir Alex, He's the Man!!! dan macam2 lagilah. Scholes merupakan player yang 1st skali masuk padang. Otai kan, mana ada rasa segan!! Time dia lalu depan aku, rasa macam masa ni berhenti seketika!! (nama pun Fanatik!!! keh keh keh!!).

Bodiguard diorang memang banyak, tapi aku pedulik hapa. Player pulak masing2 mcm nak cepat masuk padang. Cuma last sekali yang aku nak cakap, Aku dapat bergambar dengan Patrice Evra, dapat autograph dari Nani, Anderson, O'Shea, Giggsy dan yang paling grand, Rooney la!!! Diorang sign kat Jersi yang aku bawak!! Nak bergambar ngan Rooney ni tak dapat, dia jalan laju, dapat sign pun ok la!! Si Evra dia jalan lambat sket, tu yang aku dapat tahan dia selamba aje!!

Well, guys, penat dah ni, bsk gue nak tgk bola lagi di Bukit Jalil. Ketemu lagi ya!! Hip hip Hoorey!! Nanti aku upload gambo-gambo menarik!! Nak kena carik kedai frame la pulak lepas nih!! keh keh!!


Read more...

Sunday, July 12, 2009

Maikel Jeksen..


Salam..

Dalam masa aku demam ari tu, memacam hal jugak berlaku. Parent aku datang ke KL untuk jenjalan sambil teman adik aku masuk sem 2 kat kolej perubatan Sg. Buloh, aku demam, jadik tak sempat nak booking hotel. So diorang port umah aku je lah. Best gak, time2 demam, mak aku ada umah. lama tak manja dgn mak!! keh keh..love u mom!!

Kemudian Ajak dtg umah. Port umah aku gak. Dia ada reunion bebudak sekolah lama kat KL, kat restoran nelayan Titiwangsa. Kebetulan malam 2-3 ari sebelumnya aku bawak parent ngan adik aku makan kat restoran tu. Tak penah try, saje nak try, makan steambot. Pada aku boleh la. dari 10 bintang aku bagi 5. Nak ulas bebanyak pong, Ajak dah ulas dalam blog dia. Sila masuk ke razakmasoud.blogspot.com.

Kemudian berita paling gempar, Icon Pop dunia, Maikel Jeksen mati. Semua org terkejut. Aku pong. Nak kata aku minat kat dia, tak lah sangat. Cuma akui minat dng sesetengah lagu dia mcm Billie Jean dan yang paling best tarian dia. Sempat gak aku dapatkan DVD dia live in Russia dan Number Ones kat pasar borong dgn Ajak ari tu sebelum dia meninggal. Masa tgk dia punya memorial LIVE kat staples center dalam TV ari tu, rasa sebak ada gak. Tak kiralah apa kontroversi dia pasal kulit dia tu, pada aku tu hak dia dan dia tak kaco org pun. Pasal skandal dia dengan bebudak tu, ntah betul atau tidak dan benda tu pun tak dibuktikan di mahkamah. Cuma pada aku dia ni manusia baik, lagu dia banyak berunsur kemanusiaan dan banyak benda baik yang cuba dia lakukan untuk dunia ni. Dan pada aku la, dia ni LEGEND!! thanks Maikel, u rock my world!! Kat atas ada video klip peberet aku from MJ featuring Chris Tucker, Marlon Brando and manymore!! Enjoy!!


Read more...

Virus kot??

Salam..

3 minggu lepas, teruk aku demam. Tak tau apahal, balik dari JB, Senin pg kerja, mlm sepatutnya ada miting dgn bebudak. Lepas isyak badan terus rasa lain mcm. Badan aku panas, kepala sakit, sah aku demam. Dengan berbekalkan ubat-ubatan di mini farmasi kat umah aku, keadaan makin teruk. Jam 10 mlm, nasib baik bro Fulim ada kat umah dia. Dia tlg bwk aku pg klinik. Teringat aku apahal aku bole demam. Memang skrg ni musim demam, virus dan memacam lagi. Tu tak masuk selsema Babi lagi. Balik JB ari tu, wife dgn anak aku baru baik demam. lepas tu pekena pulak derian 8 rengit sekilo reramai anak beranak!! Perghh!!! tu yang badan panas aje kot menunggu meletop nak demam. Alhamdulillah, skrg aku dah sihat. Bole menaip sket2. Kalo tak, bukak blog pun malas!!

Adios..


Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Konpius la aku!!

Salam..

Aku ada soalan sket la. Korang kalo tgk Tv, lepas tu mesti ada penah tgk satu iklan minuman penambah tenaga ni. Mula2 mamat tu macam baru bangun tido, pg toilet, tgh shave jambang dia, lepas tu dia tgk tingkap ada satu mamat kurus tgh tembak pecah batu, tunjuk muscle kat lengan yang tak seberapa kemudian minum minuman penambah tenaga dalam tin tu!! So.. apa mesejnya?? apa masalahnya?? Apa kena mengena shave jambang dengan tembak batu kat depan umah org?? Sial la!! Aku tak paham la...Kalo korang paham korang bagitau aku!!

p/s: Tiba2 je aku nak marah tiap kali aku tgk iklan tu!! Sial sungguh!!

Read more...

Lagu..

Salam..

Lagu kegilaan ramai, Love Story nyanyian Taylor Swift telah pun di’gabung’kan menjadi satu karya indah oleh seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, iaitu Sarah, anak kepada John Schmidt. Cerita’nya begini, satu ketika anak perempuan John Schmidt ini telah point bahagian dalam lagu tersebut yang menjadi kegemaran beliau. John Schmidt berpendapat lagu tersebut mempunyai kesinambungan dari segi rentak dengan lagu Viva La Vida dari ColdPlay.

Maka, hasil susunan John Schmidt di’bantu oleh rakan cello & percussion, Steven Sharp Nelson merealisasi’kan impian’nya untuk mendedikasi’kan lagu ini buat anak perempuan’nya. Sangat sweet kan? Pendek cerita, anda lihat & tonton sendiri video rakaman yang telah mereka hasil’kan.


Read more...

Sunday, May 31, 2009

Hins..Hins!!


Salam..

Tak sangka, rerupanya blog kita ni dipantau skuad penilai carta blogger janjanos. tak tau la pulak. Tiba2 aje I dapat tempat pertama!! Hins hins hins... I bukan apa, menulis bukannya kerana pujian, juara carta dan sebagainya, tapi ikhlas untuk berkongsi cerita yang tak seberapa dengan khalayak yang sudi membacanya. Walaupun begitu, I tetap ingin mengucapkan terima kasih very strong kepada Bro Janos. Ini semua akan membuatkan I lebih berusaha untuk terus menulis dan menyajikan bahan rencana yang lebih bermutu untuk menguatkan minda.

Ok guys, see ya again. bye....

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Cerita spital swasta!!


Salam.

Pg tadi aku pg spital. Ada rasa sakit kat bahagian rusuk kiri. Sakit dah lama dah. Cuma kali ni makin serious plak. Kalo makan aje musti rasa tak selesa rusuk aku nih. Tapi aku bukan nak cerita pasal sakit aku nih. Aku nak cerite pasal 2 spital swasta yang aku penah pergi dan beza yang amat ketara dari segi serbis.

Dulu aku biasa pegi ke satu spital swasta kat area Pandan Indah sebab rawatan kidney stone aku. 1st sekali bila patient @ customer datang (bukan kes emergency), dia akan suh korang bg IC dan duduk. Akan ada satu staffnurse muda belia isi korang punya borang pendaftaran. Korang takyah buat apa pong. Lepas tu dia akan tanya masalah perubatan, samada korang akan terus ke klinik pakar atau jumpa physicist. Nurse tu pulak akan stenby korang punya fail siap masuk beg, dan bawak korang secara beriringan jumpa doktor. Sambil tu dia akan tanya korang ada insuran ke atau pakai GL. Dia akan uruskan semua. Siap dpt air mineral free sebotol.

Lepas korang jumpa doktor, p.a doktor yang juga awek lawa akan panggil nurse tadi amik korang untuk amik ubat, set apoinment dan terus buat payment. Korang tak payah tanya banyak atau tunggu lelama. Orang pun tak ramai. Keadaan memang selesa. Nurse pulak muda-muda dan comel lote. Bila ngkorang balik umah, besoknya akan ada satu staff dari hospital akan tipon korang untuk buat survey serbis yang diberikan dan korang boleh komplen apa yang korang tak puas ati. Nak ngorat staff tu pun bole. (org lain yg buat, bukan aku, keh keh!!)

Pg tadi kat satu spital swasta area berdekatan Ampang, sampai aje org cukup ramai, so dah stat tak selesa. Pg kaunter satu awek kategori ok ok aje tanya nak bayar pakai apa, GL ke insurans. Aku cakap pakai GL company, awek kaunter suh pg satu ruang kat hujung, tulis nama lepas tu akan ada org panggil utk kompom GL. So aku pong pg tunggu kat ruang tu, org ramai jugak tgh tunggu, kena tulis nama sendri. Nasib baik awek yang panggil aku utk kompomkan GL ni lawa. So takpe.

Lepas dia print GL, dia suh aku naik lif sendri pg tkt 2 bilik no 5 bwk GL yang dah siap print. Aku sampai kat bilik tu, ada 6 patient tgh tggu doktor. Aku dah hangin. Nasib baik kerani kat bilik doktor tu lawa. Takpe lagi. Setelah aku tertidur hampir sejam, aku dipanggil jumpa doktor. Dia tanya apa masalah, aku pun citer. Yang bestnya dia boleh agak2 apa masalahnya, cuma punca dia tak kompom. Dia nak bagi ubat, aku cakap tak perlu X-ray ke, scan ke, dia ckp terpulang aku lah. Tu yang aku rasa nak lempang aje doktor tu. So setelah aku insist, dia hantar aku pg X-ray.

Skali lagi aku kena jalan sensorang pg ground floor carik bilik x-ray. Setelah puas menunggu aku pun buat x-ray. Jam masa tu pukul 1. Lepas tu bila selesai, tukang x-ray kata aku boleh amik result pukul 2.30 ptg pasal diorang nak lunch. Aku sound balik, patient kena tggu korang lunch ke?? Spital swasta hamjadah apa nih?? Pompuan tu ckp doktor takde, dia pun muka dah agak kaget. Aku pun blah. Terpaksa aku ke shopping complex berdekatan pg saloon gunting rambut aku! (terpaksa konon!!).

2.30 ptg sampai, amik result x-ray, pg balik bilik doktor, ada notis kat pintu, pukul 3 baru bukak. Aku pun pg smayang zohor, datang balik pukul 3, pukul 3 lebih baru doktor masuk. Aku jumpa dia, dia tgk x-ray, dia kata semua normal. Pg bawah amik ubat, kena tunggu dalam 1/2 jam lagi, baru bole balik.

Habis satu hari pengalaman aku di spital ini. So guys, kalo korang ada choice, buat la pilihan yang terbaik sbb kat Malaysia ni ada byk spital swasta utk dipilih. Pada pendapat peribadi aku dari segi serbis dan kecomelan nursenya, spital swasta tempat aku berubat kidney stone tu is the best. Tapi tu terhad jugak pada panel spital mana yg company korang punya. Kalo ok, ok lah, kalo idak, Spital gomen aje lah Yeob!! Ok chow.

Moral of the story: Lebih bagus serbis dan tahap kecomelan nurse sesebuah spital itu, lebih tinggi peratus untuk anda lebih sihat dan bermotivasi!! keh keh!!


Read more...

Sepetang di Tesco Ampang.

Salam.

Semalam bro Fulim dgn Jan MC (cuti sakit, bukan MC hammer!!). Aku tak mc. Ada miting dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah, badan pun dah sihat dan agak kuat. So petang tu kitorang sepakat menghabiskan masa petang kat Tesco Ampang. Bole la aku beli barang sket nak letak kat opis.

Aku dgn Fulim sampai dulu. Terus masuk dalam Tesco. Jalan punya jalan, sampai kat area barang elektronik. Sampai kat rak kamera, aku pun jenguk2. Kebetulan memang aku bercadang nak carik kamera digital dalam masa terdekat. Ye la, bulan Julai, Man Utd turun Bukit Jalil tu! takkan nak snap gambo pakai h/phone! Apa kelas!! Aku musti prepare awal. Kamera terunggul untuk bergambar bersama team terunggul!! Chaiyok!!

Akhirnya dengan nasihat profesional bro Fulim aka "rakan blogger", alhamdulillah aku telah berjaya menyambar sebijik kamera 'Olympus stylus TOUGH 8000'. (Dah macam cyborg citer terminator la pulak bunyiknye!!).

Lepas tu kitorang lepak kat kedai mamak Restoran Kandar Che Abang Tesco Ampang untuk minum petang menanti bro Janos sampai sambil test kamera baru!! keh keh!!

2 of my best buddies in the whole wide world!!

ABC yg best. (Fulim punya tapi aku yang habiskan!! keh keh!!)

Snek petang: mee goreng mamak dan teh tarik!! (snek??)

Read more...

Sunday, May 24, 2009

Berita Gempar!!

Bintang baru Man.Utd!!

Berita Gempar!!

Alex Ferguson dikhabarkan telah berjaya menandatangani bintang baru untuk Manchester United bagi menggantikan Carlos Teves. Pemain yang juga diintai oleh Barcelona dan Real Madrid ini bermain di posisi striker dan akan di 'unveil' dalam sidang akhbar minggu depan. Pemain yang dikenali dengan nama Danial ini dikhabarkan bernilai hampir 500 juta pound dan mempunyai kemahiran menggelecek bola, larian yang pantas serta shooting yang amat tepat ke arah pintu gol. Kelebihan lain yang dimilikinya ialah beliau dapat membuatkan pemain lawan tidak sampai hati merebut bola darinya kerana ke'kiut'annya yang amat sangat. Sama-sama kita nantikan kemunculannya!! (keratan akhbar 'The Times, Oliver Neil, 25/5/09)

Read more...

"Shopping!!"

'koleksi ubat aku. Ni tak masuk ubat klinik bagi. Dah boleh buat farmasi sendri nih!!'

Salam..

Ntah, dah 3-4 hari aku tak sihat. Badan letih, lesu. Nak kata demam tak plak. Pening pun idak. Cuma kengkadang sakit kepala dan mengantuk. Semalam pg klinik, Dr kata blood pressure ok, demam takde, cuma tekak bengkak sket. Dr kata kalau tekak bengkak pun badan boleh pancit. Ntah ye atau tidak. Lepas amik ubat aku pun balik. Mintak-mintak la ada perubahan. Jan cakap mungkin aku stress dgn keje. Mungkin jugak. Macam2 hal berlaku kat opis skrg ni.

Siang sebelumnya sempat aku shopping kat Tesco blakang umah. Bukan apa, shopping ubat. Sampai budak yang jaga farmasi tu tanya aku "abang ni nak buat first aid ke bebanyak ni?". Tapi aku senyum aje. Banyak jugak la ubat-ubatan yang aku beli utk stenby kat umah. Dari panadol sampai la ke Ameltz Yoko yoko. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Doakan aku ye semua kengkawan!! Amin.

Read more...

Teloq!!

Korang tgk ayat kat belakang lori nih! keh keh keh!!

Salam..

Tu ari gi pusing-pusing Ampang dgn Bro Fulim, jalan pulak jem, kitorang duk belakang satu lori ni. Aku pun snap gambar ni. Ingat, walau apa pun jenis telur yang korang makan, pastikan ianya "telur yang prihatin!!" kah kah kah kah!!

p/s: Jak, telur ko prihatin tak?? keh keh keh!!

Read more...