Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Saturday, October 17, 2009

1st Open House

Salam...

Malam tadi member ajak aku pergi ke jamuan Aidilfitri kat Dewan kat HQ Sarawak ni. So secara tak lansung ia adalah open house pertama yang aku hadiri kat Kuching ni. Banyak jugak makanan yang dihidangkan. L/kurang makanan kat semenanjung aje. Cuma yang menariknya ialah Laksa Sarawak. Pagi semalam aku breakfast makanan ni. Tak sangka malamnya jumpa lagi. Tak macam laksa Johor atau Penang, ia menggunakan mi hoon sebagai bahan utama. Ada telur goreng yang dipotong nipis, sambal belacan, limau nipis, dan kuah yang tak berapa masam la pada aku. Yang penting, rasanya memang sedap. Marvellous!!

Lepas tu balik umah, sambil rehat2kan diri, ingat nak update blog, tapi macam nak relax, tu yang update petang ni. Hmm.. kalu nampak gaya, hari2 aku update blog, boleh mencabar si Hardiness ni, heh heh heh. Kalo ada masa ingat petang ni nak ajak member aku pusing2 kat bandar Kuching ni, Tu pun kalo dia angkat call aku. Takde, surf Internet aje lah petang ni.

Well, thats all 4 now. see ya soon.

Inilah dia Laksa Sarawak. Rasa memang sedap, nak suh wife aku belajar masak nih!!

The famous Sarawak Kek Lapis. (Dapat snap dari jauh aje..)

Hudangan rutin iaitu mee hoon goreng!! Bedal aje lah!!


1 comment:

hardiness said...

Hardiness pun tak serajin joe update blog :p