Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, March 25, 2009

Ada Berani??


Hari ni aku balik keja awal. Penat sket sebab mlm tadi balik lewat buat kije kat opis. Pg tadi pulak masuk awal sebab ada miting. Tu yang masuk tengahari mata rasa berpasir aje tak cukup tido. Pagi lepas miting sempatla aku sarapan nasik lemak. So petang tadi lepas bangun melelap mata balik dari kije perut rasa lapar.

Aku teringat aritu aku ada baca paper (paper apa aku tak ingat), ada terbaca pasal satu restoran ni, Restoran Sari Ratu, Desa Pandan, KL. (dekat la dengan umah aku). Aku teringat apa yang aku ada baca aritu, belut goreng, sup dan macam2 lah. Jadik aku pun cuba try test tengok. Perut pun dah berdendang dah ni..

Sampai kat restoran tu aku masuk dan terus duduk. Waiternya iaitu seorang pompuan Indon pun datang tanya nak makan apa (tak payah pg sini pun kalau nak jumpa pompuan Indon, melambak kat Malaysia nih!!). Aku pun mintak menu. Dia tanya aku balik “Milo??” Ni yang aku start hangin ni. Aku ulang balik cakap menu. Dia kata menu takde. Nak makan boleh pegi pilih lauk kat depan (Dekat meja besi letak lauk macam kat kedai mamak tu). Aku pun pegi usha, alahai, tak banyak choice sgt pun. Kedai mamak lagi banyak choice. Gerai makan sederet kat Desa Pandan tu lagi banyak lauk. Murah pulak tu.

Lapar punya pasal aku pun malas pikir byk dan order nasik putih, ayam rendang seketul, Gulai sotong satu mangkuk dean tempeh satu mangkuk kecik. Minum teh O ais. Rasa biasa-biasa aje, tak la sedap sangat. Dah makan aku pun cpt2 bayar kat kaunter. Tak selesa duk situ lama2. Suma sekali RM 34.66/-. Aku rasa aku diorang masak guna periuk dengan kuali emas la. tu yang murah tu. Lagi best kat sini ada banyak pencungkil gigi yang ada sampul tuh. Satu meja dia letak 20 batang kot. Keh keh…So sesiapa yang nak try dipersilakan.


Tu dia makanan yg order. Aku dah makan sket.

Pencungkil gigi eksklusif yang banyak diatas meja. Pasal ni la harga dia best kot.

Resit Total RM 34.66/- (tak berapa nak clear). Ada berani??

No comments: