Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, March 15, 2009

They may won the BATTLE, but we WILL win the WAR!!



Assalamualaikum semua..Dah lama aku tak menulis. Ntah, satu sebab pasal aku takde mood. Satu lagi pasal beban kerja yang agak banyak. Banyak betul sms yang aku terima kebelakangan ni. Tak semua aku sempat balas!! (malas dan benci sebenarnya!!) anyway Alhamdulillah, hari aku diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Kali ni aku nak bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman menarik aku pada hujung minggu lepas.


Hari tu hari Sabtu. Aku bangun agak lewat sedikit. Maklumla cuti. Lepas makan bro Fulim telefon aku tanya apa program malam tu. Dia ada acara bowling tengahari tu. Aku ingat program malam tu, sudah semestinya adalah untuk menyaksikan BPL Clash Of The Titan yang cukup hebat iaitu team kesayangan aku Man Utd lwn Liverpool. Bro Fulim cakap kena cari venue yang best sket untuk tgk, pasal game besar.

So lepas makan tengahari, aku pun surf internet untuk jenguk2 venue yang best. Dalam sibuk surf tu, aku stumble on satu blog khas untuk Man Utd fan macam aku ni iaitu MyManUtd.com. Aku pun tgkla apa yang menarik dalam blog tu. Blog tu dah lama wujud dan banyak member yang berforum dalam tu. Kira macam community blog la kiranya. Dan yang paling best dan yang dicari2 telah aku jumpa:


Grand Matchview Man Utd vs Liverpool

Venue: Elephantpark, Sunway Lagoon

14 March 2009



So aku pun buat keputusan untuk pergi. Ye la, bukan selalu ada peluang tgk game besar reramai mcm ni, biasa asyik tgk kat umah sensorang atau kedai mamak 2-3 orang. Aku pun apa lagi terus bgtau bro Fulim program tu. Dia otw balik ke umah. Dia kata apa2 dia kol balik. Aku terus carik jersi aku, sebab maklumat dalam blog kata fans 2-2 team sure ramai dan time ni la nak rasa bersorak macam kat stadium reramai dengan die hard fan yang lain. Aku carik jersi aku tak jumpa, mmg dah lama aku tak pakai pun. Kol wife tanya, dia cakap jersi aku mmg takde kat JB. Sah jersi aku dah hilang, time ni pulak la nak hilang. Mana aku letak pun aku tak ingat. Banyak benda aku nak teringat sampai jersi pun lupa mana letak. Kampang betulla!! Nasib baik aku masih ada jersi lama aku (yang kolar putih bentuk V). Hujan tgh lebat nih. Takpe..lepas asar aku akan bertolak. Hahahaha…akhirnya impian untuk bersama fans lain tgk bola reramai tercapai jugak!!Sebelum bertolak Bro Fulim bg msg tak dpt join atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Takpe..aku tak patah semangat.

Pkl 6 aku bertolak dari rumah memulakan perjalanan penuh emosi ini. Apasal aku kata emosi? Memang…wife aku memang dah lama tau. Kengkawan aku pun memang tau perangai aku. Kalau melibatkan Man Utd, aku cukup emosi. Sanggup tgk team aku main tgh2 pagi buta, sanggup amik cuti tgk game, sanggup susun jadual kerja pasal game dan bila team aku kalah, mood akan terus berubah. Murung, sedih, rasa nak lempang orang, makan tak lalu, termimpi-mimpi dan macam-macam lagi. Pernah wife aku bagitau yang aku ni selalu meracau time tido memalam pasal Man Utd (terutama lepas team aku kalah). Macam2 ayat keluar, “Ferguson, kenapa tak bg Teves main?”, “Shootla bola tu Ronaldo!!” , “Kenapa Arsenal bodoh sangat!!” dan macam2 lagi!! Aku pun tak sedar yang aku ni kira tahap Fanatik yang AMAT gituh pasal bola nih!!

Berbalik pasal perjalanan aku td, jam l/kurang 6.45 aku sampai ke tempat yang dituju. Jalan pun tak berapa jem. Hujan pun dah mula reda. Alhamdulillah, sampai jugak aku walaupun aku tak pernah drive ke Sunway sensorang dan tak familiar tempat ni. Tempat ni kat sebelah Sunway Medical Center. Selepas dapat parking yang agak jauh dari pintu masuk ke tempat tu, aku pun mula berjalan. Time ni aku tgk dah ramai dah fans 2-2 team yang berlegar-legar kat kawasan tu. Semua siap pakai jersi masing dan ada yang bwk banner, bendera team pun ada. Semangat betul! Sebelum masuk kena daftar dan amik pas dulu kat booth kat pintu. Bukan apa, untuk rekod kehadiran dan untuk free gift. Masuk free aje.

Tu dia parking bukan main panjang. Keta aku kat ujung (tak nampak!)

Daftar reramai untuk amik pas

Blockquote
Perjalanan ke Amphitheater (jauh tu menapak!!)

Aku pun mula berjalan masuk saing dengan fans yang yang lain. Mak aiih, rupanya nak sampai ke tempat berlumpul tgk bola tu kena berjalan lagi turun bukit lebih kurang 500 meter. Masa berjalan sempat jugak aku tgk banner sponsor event ni yang digantung di dkiri dan kanan aku. Antaranya ialah , Football Focus Asia (Rancangan kat Astro tu), Maxis (On the ball tu) dan Carlsberg (Air kencing setan tuuu!!). Bila sampai di tempat tu…tu dia…orang dah mula ramai.

Aku sembahyang maghrib di surau yang disediakan. Lps tu aku beli Coke sebotol, itu aje yang ada selain Carlsberg!!, dengan pizza kecik buat bekal takut lapar. Tinggi tempat ni. Tak sanggup aku nak turun naik. Rupa-rupanya aku akan tgk kat dalam amphitheater. Tinggi macam stadium. Siap berbumbung lagi. Ada screen besar dan speaker besar. Fans Utd duk ruang sebelah kanan dan Liverpool sebelah kiri. Tgh untuk VIP, campur dan dan berkecuali..keh keh. Aku amik tempat atas sekali di ruang tengah. Baru clear sket view aku. Walaupun screen besar, dia agak condong ke kiri sket. Aku tgk orang makin ramai memenuhi amphitheater ni. Ada 3 orang brader fans Utd duk sebelah aku. Kesian kot tgk aku duk sorang ataupun diorang lebih selesa duk sebelah fan yang sama macam diorang.

Kitorang bersalaman, borak lebih kurang dan bincang mengenai strategi dan sbgnya (Mcm kitorang plak manager!!). Friendly gak diorang ni. Dah satu team ye tak, mana tak friendly. Fans 2-2 team l/kurang sama aje ramainya. Ntah.. 2000 orang ada kot malam ni.Sebelum game pada malam tu, MC Ross (Hitz fm and Utd Supporter) dan sorang lagi pompuan (tak kenal) memulakan acara. Ada cabutan bertuah, kuiz dan interview dengan United dan Liverpool legends iaitu David May (Defend Utd tahun 90 an, terer giler) dan Phil Babb (tak kena sbb tak tererl!!). Ada BPL dancers (Sexy Giler!!) dan lain-lain selingan.

Game dah start. Suasana makin havoc!! Sebijik stadium!! Memula Utd score dulu, kitorang reramai siap nyanyi2 lagu Glory Glory Man Utd lagi kat fans Liverpool. Diorang dah senyap dah time ni. Padan muka korang!! Lepas tu Moment of madness berlaku. Bola dihantar ke belakang. Vidic dan Torres sama-sama mengejar bola. Vidic lebih hampir, tapi dia lambat, Torres naik kaki dulu, Vidic terjatuh, Torres one by one dgn Van Der Sar dan kemudian……sendri mau ingatla!!. Takpe baru 1 sama. Lepas tu apa yang berlaku tak payah la aku cerita. Buat sakit hati aku aje!! (Suka la ko ajak!!). Game abis..

Kami pun berjalan balik. Aku tak pernah rasa sesakit hati macam tadi. Memang sakit hati bila team aku kalah, tapi manner team aku kalah lagi aku sakit hati. Makin aku sakit hati very strong bila tgk gelagat fans Liverpool yang siap joget2 lagi sepanjang game. Ye la..cuba kalo team aku yang menang, aku lagi teruk dancing kot!! Sepanjang perjalanan menuju ke kereta, aku berjalan dengan beberapa fan termasuk Liverpool punya fan. Ada yang sedih, ada yang bagi macam-macam alasan penyedap hati “Saje nak tolong Liverpool, diorang kan sekend” , “Team kita leading point lagi” dan macam2 lagi. Kelakar bunyiknya pun ada!! Macam2 gelagat. Dah la kali ni balik nak kena jalan naik bukit! Kalah pulak tu! Hampeh!!

Sampe kat keta, kitorang pun bersalam (walau tak kenal) dan masing2 balik ke destinasi masing2. Dalam perjalanan balik aku mula berfikir, selain dari sakit hati team aku kalah, aku enjoy dan puas sebab dapat berada dalam event ni dan yang buat aku fikir sejenak, walaupun berlainan bangsa, agama, ideology politik dan lain lain perbezaan, when it comes to football, Rakyat Malaysia akan bersatu walaupun tak kenal antara satu sama lain. Memang team bola lain-lain, tapi masih boleh datang sekali, gelak sekali, minum sekali, duduk sekali dan mengutuk berkali-kali!!

Walaupun team aku kalah, aku tetap dibelakang mereka dan sokong mereka. Itu baru tanda Die Hard Fan sebenar!! Bukan sokong time menang aje. Kalau ada rezeki, mampusla Liverpool, Utd akan bantai dalam Champion League nanti (Balas dendam)!! Kitorang masih lagi dalam buruan 5 piala musim ni (dah menang 2, 3 lagi OTW!! Tak macam Arsenal yang tak mng apa pong!!) dan yang paling penting “They may won the BATTLE, but we WILL win the WAR!!”.

Well boys and girl, until next time, take care and Glory-Glory Man Utd!!

p/s: Aku memang suka makan asam pedas!! Korang tunggula bila Arsenal kalah nanti, aku sediakan sayur kangkung goreng Arsenal berempah!! Huhh!! Kepada Jann TQ sebab tunjuk jalan, hang memang best!!!!



Booth main game bola.


Booth Man Utd (Ramai!!)

Ahli kelab MyManUtd di Booth

Gajah yang menyambut para pengunjung (Mcm kat New Delhi pulak!!)

Booth Liverpool (tak de org!!)

Masuk ke Amphitheater

Baru nak ramai

Skrin besar

View Baekk!!

Nak start dah...

United's Fans and Liverpool's Fans side by side!!

No comments: