Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Friday, January 29, 2010

Clash of The Titans lagi!!


Salam..

Ok..ok..Besok ada satu lagi Clash of The Titan bagi semua peminat bolasepak dunia termasuklah aku, Ajak, Hardiness, Janos dan lain2 lagi. Manchester United VS Arsenal. Venue: Emirates Stadium.

Perspektif United: 1st game Utd menang dgn Arsenal 2-1 di Old Trafford. Itu jugalah yang akan terjadi besok dan selama-lamanya iaitu Utd tetap menang dan menang dan menang lagi manakala Arsengal tetap akan kalah dan kalah dan kalah sampai bila2!! Wayne Rooney sedang ompom, manakala Vidic pula akan kembali turun utk memperkuatkan pertahanan. Cuma Perdinand pulak tak dpt main sbb kena ban pasal hayun muka player masa lawan Hull ari tu!! (Kayu punya org!!). Utd pulak makin berkobar-kobar lps mng terhadap City ari tuh!! Arahan terbaru Ferguson, pakuk kaki dulu, baru bola!! keh keh keh!!

Perspektif Arsengal: FA Cup dah out lwn team lauk. Haritu game midweek pulak seri o-o lawan Aston Villa. Thomas Vermaelen patah kaki maka sup cendawan Campbell si kuda tua mungkin akan diturunkan dan mungkin juga akan patak kaki jugak bila bermain, Eduardo hamstring dgn cirit birit. Van Persie demam denggie. So prestasi Arsengal sejak kebelakangan ni agak sengal walaupun memang diketahui mereka mmg sengal. Harap Pabregas ajelah.

Prediction: Mestilah team aku menang kurang2 pun 4-0!! Tapi aku tak kisah yang penting menang, kalau tidak telinga aku tidak akan mampu menahan abuse dari Ajak dan Hardiness!! Tu tak masuk serangan bertalu talu di Muka Buku lagi!! Nasib baik saya telah stenby sebuah jet pribadi utk bawa saya bersembunyi di Uganda jika ditakdirkan perlawanan ini tidak memihak kepada team saya!! Keh keh keh!!

Go Go Utd!!

"Sen, tolong lah..mintak bebudak ko score tak lebih 6 bijik, malu aku nanti Sen dgn org kampung!!"


"Ye lah, yelah..tgk lah nnti aku cakap kat budak Runi tu, dia kalo main, ko tau lah, dah macam badak sumbu dah, aku pun tak leh nak ngontrolnya!! Ko ni pun..dah tua2 asik nak merajuk aje!!"

No comments: