Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, May 26, 2010

I'm back!!

Salam...

Aku kembali semula ye kengkawan. Lama benar aku tak menulis. Ntah...mood takde utk menulis. Kesian aku tgk blog aku nih. Yelah, sampaikan bro Janos telah mengucapkan tahniah kepada aku kerana aku adalah penulis yg paling kering idea..keh keh keh..Tak tahulah kalo dia mmg umpan aku utk menulis semula atau pun saje je nak ucapkan tahniah kpd aku.

Byk bende dan perkara yg berlaku dalam kehidupan kita selama ni yg aku tak dapat atau aku malas sebenarnya utk nukilkan dalam blog nih. Ok..kalo aku nak ingat2 balik, Man Utd dpt tpt ke 2 EPL (Hampeh!!), Chelsea menang EPL dan FA Cup, (Lagi lah hampeh!!) Inter Milan menang Champion League (yg penting Bayern dan Robben kalah!!), PRK Hulu Selangor BN menang, PRK Sibu PR pulak yg menang, hmmmm apa lagi ye, kes budak kena tembak, dan mcm2 lagilah isu menarik utk dirungkaikan, samada politik luar dan dalam negara, sukan, hiburan dan mcm2 lagi. Aku rasa kalau aku tak cerita pun semua org tau dan boleh baca di blog2 yg lain.

Cuma aku memang saspek lah kat bro2 aku nih iaitu Janos, Fulim, Andy dan yg lelain nih. Bkn apa, walaupun apa yg berlaku, masalah dan cabaran, ada masa ke tidak, namun mereka tetap menguatkan diri utk menulis dan mengupdatekan blog mereka. Aku nak jadik mcm diorang lah. Semoga Tuhan memberi aku kekuatan seperti kengkawan aku nih utk terus berkarya. Yelah, bak kata Janos, tulislah walaupun hanya satu baris ayat. Insyaallah, dengan Danial dan Latifah di sisi, aku akan berusaha mencapai tahap terbaik untuk berkarya.

Kepada Fulim, tahniah kerana mendapat Blackberry baru, kurangkan sikap bersedekah blackberry anda kpd org lain ye...hehehe..

Kepada Ben, selamat berjaya ditempat baru, hijrah itu baik dan Tuhan sentiasa bersama org yg sabar,

Kepada Andy, aku sanjungi keberanian saudara yg berjuang berhabis-habisan di klinik gigi,

Kepada Janos, aku saspek hang kerana hang selalu hupdet blog dan menceriakan kami dgn penulisan anda,

kepada Fitri adik aku, tak lama lagi dah nak balik, bawak2 bersabor la ye, miss u bro,

kepada Ajak dan Karen Mok, lps ni kita layan sesama world cup online dari jauh aje lah ye, miss those days at Rosmerah Stadium!!

kepada anak bini aku, aku sayang korang semua,

kepada pembaca blog ni tak kira sapa pun, aku berazam akan terus menulis. World Cup pun nak dekat, so byk bende yg boleh diulaskan nnti. Ok guys...see ya later. Nak solat Isyak sat.

No comments: