Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Tuesday, June 29, 2010

Bila agaknya??


Salam...

Sekarang saya tengah tgk World Cup game antara Jepun lwn Paraguay. Tgh break 15 minit. Masih terikat 0-0. Saya lebih suka tgk Jepun menang. Mungkin sebab saya orang Asia, jadi sentimen saya lebih ke arah itu agaknya. Sekurangnya2, biarlah ada team dari Asia yg mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

Semalam saya ada baca entry terbaru janjanos mengenai demam bola. Menarik kandungannya. Saya suka. Tapi dalam kesukaan saya itu, saya teringat ada beberapa iklan yg dibawa oleh pihak penaja siaran langsung edisi kali ini. Iklan yg dibawa oleh sebuah syarikat telekomunikasi ini membwa mesej semangat bola, dan iklan ini mengimbas kembali kejayaan skuad Malaya mengalahkan Korea untuk layak ke Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut dalam iklan ini pula ialah dalam hitam putih, yg membawa maksud, ianya peristiwa lama dan telah lama berlaku, dan ia juga adalah satu2nya kegemilangan diperingkat antarabangsa yang berjaya dikecap oleh Malaysia sehingga kini dalam sukan bola sepak.

Lagi satu iklan, Datuk Soh Chin Aun duk dalam hujan, pegang payung, tengok bebudak main bola, maka terngiang2 dalam kepalanya ulasan perlawanan ketika beliau mengetuai pasukan negara mengalahkan Korea pada malam itu untuk layak ke Sukan Olimpik. Aku kesian tgk beliau, aku kesian juga pada diri sendiri dan rakyat Malaysia. Sampai bila nak berbangga dengan sejarah lama, dan sampai bila nak menunggu sejarah baru kembali terukir.

Piala Dunia....kalo la negara aku layak menyertainya....indahkan:)

No comments: