Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Tuesday, March 31, 2009

Mrs Doubtfire


Salam sejahtera semua..

Aku harap semuanya sihat walafiat. Kali ini aku nak bercerita pasal satu filem. Tu ari masa aku boring duk kat umah, aku pun bukak astro, tgk2 diorang tgh tayang satu filem bertajuk “Mrs. Doubtfire”.Aku pun layanla. Aku rasa ramai yang dah tgk cerita ni. Aku pun masuk aritu dah berbelas ratus kali kot aku tgk filem keluaran tahun 1993 ni.

Ceritanya memang funny. Tgk berapa kali pun memang tak boring. Mengisahkan seorang lelaki (lakonan Robin Williams) yang bekerja sebagai seorang pelakon yang agak bermasalah dari segi kerjaya dan rumahtangga. Sedang dalam proses perceraian, beliau terpaksa membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau telah berubah dan bekerjaya untuk tidak hilang hak penjagaan anak-anaknya kepada isterinya.

Akhirnya beliau yang terlalu rindukan anak-anaknya menggunakan skil lakonannya dengan bantuan mekap dan topeng menyamar sebagai Mrs Doubtfire untuk bekerja sebagai pembantu rumah di rumah isterinya untuk lebih dekat dengan anak-anaknya setiap hari.

Macam-macam hal lucu berlaku sehinggalah pada suatu hari beliau akhirnya kantoi dan mahkamah mengetahui perkara ini.Pada babak-babak akhir ketika Robin Williams dan isterinya di mahkamah untuk mengetahui keputusan penjagaan anak-anak mereka, mahkamah telah putuskan walaupun niat beliau baik, tetapi tindakan beliau menyamar sebagai perempuan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima dan boleh mempengaruhi kanak-kanak. Oleh itu isterinya telah dapat hak penjagaan anak-anaknya dan beliau cuma boleh tgk mereka seminggu sekali pada hari Sabtu dan dengan pengawasan psikiatris.

Pada aku sebelum ni, memang kalau aku tgk citer ni, aku akan rasa kelakar yang amat sgt. Tapi tu dulu. Kali ni turut jugak bersama aku ialah satu perasaan yang buat aku teramat sayu dan buat aku pikir sejenak.

Terutamanya masa babak diorang kat court dan Robin Williams dipanggil bela diri. Dia telah menuturkan kata-kata seperti di bawah:

“Your Honour, in the past two months,
I've secured a residence, refurbished it
and made it "an environment
fit for children". Those are your words.
I'm also holding down a job as a shipping
clerk. So I believe I met your requirements.
Ahead of schedule.
In regards to my behaviour,
I can only plead insanity.

Because, ever since my children were born,
the moment I looked at them,
I was crazy about them.
Once I held them, I was hooked.
I'm addicted to my children, sir.
I love them with all my heart.
And the idea of someone telling me I can't
be with them, I can't see them every day...
It's like someone saying I can't have air.
I can't live without air,
and I can't live without them.

Listen, I would do anything. I just want
to be with them. I know I need that, sir.

We have a history.
And I just... They mean everything to me.
And they need me as much as I need them.

So, please.
Don't take my kids away from me.

Thank you”.

Ayat-ayat diatas menggambarkan bagaimana kuatnya kasih-sayang seorang ayah kepada anak-anaknya. Dan itulah yang aku rasa setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik sejak aku bergelar seorang ayah. Aku pun tak sanggup kehilangan udara untuk bernafas. Anak aku adalah udara aku!!

Aku sekarang berjauhan dengan anak aku namun Danial tetap di hati aku di setiap detik jantung ku bergetar (macam lagu Indon la pulak!!). Dan ketika aku menulis coretan ni, kerinduan aku pada Danial (dan maknya juga!!) tersangat la menebal.

Bagi sesapa yg belum penah tgk citer ni, disarankan tgk. Moral dan sivik anda pasti meningkat setelah menontonnya. Anyway thanks for reading my post this time and we’ll meet again folks!! Stay happy and take care!!

P/S: Karen Mok jgn emosi pulak baca post aku kali ni! Banyakkan bersabor ye Bro!!


Read more...

Saturday, March 28, 2009

Lagu....

Pekabar semua!!

Hari ni ada spesel aku nak cerita sket. Tapi aku ingat malas la pulak nak tulis pepanjang. Lantakla, aku pun tgh boring gak ni. Well, aku agak ramai yang banyak kali bila tgk tv aje mesti terpandang iklan filem terbaru arahan Yasmin Ahmad bertajuk “Talentime” tu. Tapi yang menariknya aku agak ramai yang akan tertanya-tanya lagu tema filem tersebut. Bunyi macam lagu Hindustan dan agak menarikkan? Sampai anak sedara aku pun bole tanya “ ayah, ni lagu apa ni, sedap kan??” So aku sebagai seorang uncle mithali pun buat lah sikit research.

Lagu ni bertajuk “O Re Piya” (dibaca tidak dengan menggunakan loghat Kelate ye!), dinyanyikan oleh seorang penyanyi lagu klasik Pakistan tersohor bernama Rahat fateh Ali Khan. Maklumat yang aku dapat mengatakan lagu ni dinyanyikan dalam bahasa Urdu. Lagu ni adalah lagu tema sebuah filem Hindustan bertajuk “Aaja Nachle” yang mana pelakon utama filem tersebut ialah Madhuri Dixit (pelakon peberet Ajak dan Janos!). So untuk menghilangkan rasa nak tahu sangat engkorang tu, aku lampirkan bersama petikan klip dari filem “Aaja Nachle” dan satu klip lagi lagu tersebut secara penuh dan satu secara LIVE.

Lirik dan maksud lagu tersebut turut dilampirkan bersama. Enjoy!!

p/s" Lagu yang best ni jugak aku tujukan buat wife aku yang tersayang,, i love u 4 eva!!!

Lirik Lagu Ore Piya

o re piyaa haaye o re piyaa…
(O beloved…)

uRne lagaa kyon man baawlaa re
(Oh, why did my crazy soul begin to fly?)

aayaa kahaa.n se yah ho.nslaa re
(Oh, where did this courage come from?)

o re piyaa o re piyaa haaye
(O beloved…)

taanaa-baanaa taanaa-baanaa buntii hawaa haaye buntii hawaa
(The breeze teases and taunts me, oh, the breeze plays havoc with me.)

buu.nde.n bhii to aaye nahii.n baaz yahaa.n
(Even the raindrops won’t shower here again.)

saazish me.n shaamil saaraa jahaa.n hai
(The whole world is part of the intrigue.)

har zarre zarre ki yah intezaar hai
(I never stop waiting.)

o re piyaa
(O beloved!)

o re piyaa haaye o re piyaa haaye
(O beloved…)

o re piyaa
(O beloved!)

ni re re re ga ga ga ma ma ma pa pa ma ga re sa sa re re sa ga ga re ma ma
ga pa pa ma dha dha pa ni ni sa sa pa pa sa ma pa dha ni sa ni re ni sa sa sa…
[Notes in Indian classical music.]

nazare.n bole.n duniyaa bole
(The glances are telling, the world is telling)

dil kii zabaan haaye dil kii zabaan
(the story of my heart, oh, the story of my heart.)

ishq maa.nge ishq chaahe koii tuufaan
(Love prays, love wishes for a hurricane.)

chalnaa aahiste ishq nayaa hai
(A new love slowly walks in.)

pahalaa yah waadaa ham ne kiyaa hai
(This is the first promise we gave.)

o re piyaa haaye o re piyaa haaye
(O beloved…)

o re piyaa piyaa
(O beloved, beloved.)

yah piyaa
(This beloved.)

na.nge pairo.n pe a.ngaro.n chaltii rahii haaye chaltii rahii
(You were stepping on burning charcoal barefoot, oh, you kept walking.)

lagtaa hai ke gairo.n me.n me.n paltii rahii haaye
(Oh, it seems that you were brought up among strangers.)

le chal wahaa.n jo mulk teraa hai
(Take me to your country.)

zaahil zamaanaa dushman meraa hai haaye
(Oh, the cruel world is my enemy.)

o re piyaa haaye o re piyaa haaye…
(O beloved…)


Read more...

Friday, March 27, 2009

Jon Bergelap!!



Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF (bukan wrestling tu tau!!) bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tindak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.

Acara ini diilhamkan oleh WWF-australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.

Pada 28 March 2009- 8.30pm, Untk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)

So.. saya menyeru kepada semua rakyat malaysia, marilah kita sama2 mengorbankan waktu kita selama satu jam untuk memadamkan suis lampu anda, pada 28 Mac 2009, pukul 8.30 malam hingga 9.30 sebagai tanda kita menyokong BUMI, dan mengatakan tidak kepada fenomena Pemanasan Global.. tindakan kita hari ni, mungkin mampu menyelamatkan masa depan generasi akan datang...

Jom padam suis lampu!!! :)

So, kengkawan aku yang proaktif dan sensitif terhadap alam sekitar, moh la kita tutup lampu. Tapi masa bergelap tu jgn la buat yang bukan - bukan pulak!! (u know what i mean...keh keh keh!!).

For more info, go to their official website http://www.earthhour.org.my

Read more...

Thursday, March 26, 2009

Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat, Selamat beramal.....

- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).


- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam

(Dipetik dari Isuhangat.blogspot.com)

Read more...

Congratulation Part 2

Bro Fulim kini seorang He-Man!! (and the Masters of the Universe) Hehehe!!


Tahniah diucapkan kepada Bro Fulim kerana beliau kini berada di sebuah universiti di utara tanahair untuk majlis konvokesyennya. Beliau kini telah memperolehi Masternya dalam bidang Business Admin (MBA). Kami di joetiefa.com dan kengkawan lain amat berbangga dengan kejayaan bro ini. Kejayaan bro sedikit sebanyak memotivasikan aku ingin membuat Master juga. Insyaallah dalam masa akan datang. Keep it up Bro!! Balik nanti kita selebret!!

Read more...

Wednesday, March 25, 2009

Iqra'



Aku ada banyak hobi. Antaranya ialah membaca. Banyak benda yang aku suka baca. Majalah, novel, suratkhabar, rencana, blog, isu semasa dan macam-macam lagi. Genre pulak macam2, sukan, hiburan, seram, komedi, politik dan lain-lain. Walaupun sesibuk mana, mesti aku tetap luangkan masa dalam sehari untuk membaca sesuatu yang baru walaupun tak banyak.

Kali ni aku nak cerita sket mengenai novel yang aku ada baca. Aku minat dengan seorang penulis iaitu Dan Brown (macam nama aku jugak l/kurang). Dia ni penulis novel "The Da Vinci Code" yang glamer tu sehingga novel tu diadaptasikan ke dalam filem. Antara novel lain yang ditulisnya ialah "Angels & Demons", "Deception Point" dan "Digital Fortress". Genre penulisan mamat ni lebih kepada misteri, penyiasatan, politik dan konspirasi. Satu genre yang amat aku minat.

Setakat ni aku dah baca 2 buku beliau iaitu "The Da Vinci Code" dan "Angels & Demons". Best citer dia. Dan untuk informasi Filem "Angels & Demons" yang diadaptasikan dari novel beliau akan menemui penonton pada pertengahan tahun ini. Filem ini sebenarnya adalah prequel kepada "The Da Vinci Code". Pelakonnya masih Tom Hanks yang memegang watak Robert Langdon, seorang professor dari Universiti Harvard (tempat aku belajar dulu..) dan seorang pakar dalam symbologist dan sorang lagi Ewan Mcgreggor, pelakon filem Starwars yang jadi Obi Wan Kenob tuh. Sama-sama kita nantikan filem tersebut.

Kebanyakan novel mamat ni digarap kemas kombinasi dari fakta benar dan juga fiction dan itulah yang menjadikan novel-novel tersebut agak controversial sehinggakan menjadi perdebatan ilmiah antara cendekiawan2, historian dan juga pemikir filem seantero dunia. Sebagai contoh, "The Da Vinci Code" yang menjadi perdebatan mengenai faktanya mengenai Jesus yang agak kontroversi sehingga menimbulkan kekecohan antara pihak Gereja di Vatican City dengan cendekiawan yang lain sehingga menjadikan Dan Brown ni popular seluruh dunia dalam sekelip mata. Sehingga National Geographic pun telah wujudkan beberapa siri rencana mengenai isu ini. Kita sebagai umat Islam ada pegangan sendiri mengenai Nabi Isa. So bahan bacaan sebegini kita jadikan sebagai pengetahuan am dan tidak sedikit pun akan menggoyahkan akidah kita. Bior diorang kat sana ajelah yang berdebat sesama sendri!

Berbalik kepada novel tadi, sekarang ni aku sedang membaca novel beliau bertajuk "Deception Point" yang mengisahkan penemuan alien di antartika oleh NASA dan penglibatan white house dalam hal ini. Menarikkan? ya.. memang menarik sehingga novel yang aku baca dari awal 2008 ni aku masih tak abis baca sampai sekarang ni sebab aku terlalu sibuk sejak kije kat KL nih. So aku berazam nak abiskan baca dalam tahun ni. Sehari satu page hujung tahun abis la kot, ye tak? Hehehe.

Kat area Peberet Aku, aku ada masukkan link ke laman rasmi web Dan Brown. Sesiapa yang nak tau lebih lanjut, boleh la tgk. Kita kan wajib menambah ilmu pengetahuan. Dari duduk sesaja, why not take reading as a hobby? Well, ketemu lagi di lain masa!!

Read more...

Muzik Aktif!!


Aku dulu tak berapa gemar tgk RTM. Pada aku rancangan dia tak menepati sanubari aku (dulu!).Sekarang aku agak minat jugak la. Bukan apa semenjak bapak mertua aku duk sekali dengan aku, bapak aku ni minat tgk Bintang Klasik Nasional, Bintang RTM, Orkestra RTM dan mcm2 rancangan hiburan klasik kat RTM terutamanya RTM 1. So aku yang menantu mithali ni (cewwah) turut sama terjebak dengan minat bapak aku nih. Lagipun aku ni kan berjiwa sentimental dan patriotic. (ye ke??)

Sekarang ni selaras dengan inovasi dan hasrat untuk lebih global, RTM telah mewujudkan beberapa channel baru selain dari RTM 1 dan 2 yang dah agak lapok tu. Diorang skrg dah go into digital la beb. Antaranya ialah channel RTM Musik Aktif. Setakat ni diorang dalam proses percubaan yang mana setakat ni channel ni hanya bole ditgk oleh org yang ada Astro aje iaitu di saluran 180.

Pengisiannya setakat ni aku tgk ok la untuk permulaan, Siaran muzik 24 jam yang mengetengahkan artis2 dan muzik2 dulu dan terkini. Ada dangdut, tradisional, nasyid dan macam2 lagi. time2 maghrib ada nasyid. Best jgk la. Sapa2 yang rindu kat Amelina dgn Mas Idayu, bole tgk channel ni, kompom terubat rindu. Tu ari ada Konsert Diraja. Best jugak la layan.

Ketika post ini ditulis, aku tgh layan channel ni, tgh dengar lagu Waheeda. Ok la, aku tak minat dia ni, dia aje minat kat aku. So, sapa-sapa yang berhasrat nak tukar taste, apa kata engkorang bertukar ke RTM Muzik Aktif di saluran 180 ASTRO.

P/S: Aku bukan promote RTM tau, jgn salah sangka ye. Aku cuma bagitau info terkini kat you guys aje. Cubala try test tengok. (dah macam RTM plak aku nih, keh keh keh!)

Read more...