Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Tuesday, May 26, 2009

Cerita spital swasta!!


Salam.

Pg tadi aku pg spital. Ada rasa sakit kat bahagian rusuk kiri. Sakit dah lama dah. Cuma kali ni makin serious plak. Kalo makan aje musti rasa tak selesa rusuk aku nih. Tapi aku bukan nak cerita pasal sakit aku nih. Aku nak cerite pasal 2 spital swasta yang aku penah pergi dan beza yang amat ketara dari segi serbis.

Dulu aku biasa pegi ke satu spital swasta kat area Pandan Indah sebab rawatan kidney stone aku. 1st sekali bila patient @ customer datang (bukan kes emergency), dia akan suh korang bg IC dan duduk. Akan ada satu staffnurse muda belia isi korang punya borang pendaftaran. Korang takyah buat apa pong. Lepas tu dia akan tanya masalah perubatan, samada korang akan terus ke klinik pakar atau jumpa physicist. Nurse tu pulak akan stenby korang punya fail siap masuk beg, dan bawak korang secara beriringan jumpa doktor. Sambil tu dia akan tanya korang ada insuran ke atau pakai GL. Dia akan uruskan semua. Siap dpt air mineral free sebotol.

Lepas korang jumpa doktor, p.a doktor yang juga awek lawa akan panggil nurse tadi amik korang untuk amik ubat, set apoinment dan terus buat payment. Korang tak payah tanya banyak atau tunggu lelama. Orang pun tak ramai. Keadaan memang selesa. Nurse pulak muda-muda dan comel lote. Bila ngkorang balik umah, besoknya akan ada satu staff dari hospital akan tipon korang untuk buat survey serbis yang diberikan dan korang boleh komplen apa yang korang tak puas ati. Nak ngorat staff tu pun bole. (org lain yg buat, bukan aku, keh keh!!)

Pg tadi kat satu spital swasta area berdekatan Ampang, sampai aje org cukup ramai, so dah stat tak selesa. Pg kaunter satu awek kategori ok ok aje tanya nak bayar pakai apa, GL ke insurans. Aku cakap pakai GL company, awek kaunter suh pg satu ruang kat hujung, tulis nama lepas tu akan ada org panggil utk kompom GL. So aku pong pg tunggu kat ruang tu, org ramai jugak tgh tunggu, kena tulis nama sendri. Nasib baik awek yang panggil aku utk kompomkan GL ni lawa. So takpe.

Lepas dia print GL, dia suh aku naik lif sendri pg tkt 2 bilik no 5 bwk GL yang dah siap print. Aku sampai kat bilik tu, ada 6 patient tgh tggu doktor. Aku dah hangin. Nasib baik kerani kat bilik doktor tu lawa. Takpe lagi. Setelah aku tertidur hampir sejam, aku dipanggil jumpa doktor. Dia tanya apa masalah, aku pun citer. Yang bestnya dia boleh agak2 apa masalahnya, cuma punca dia tak kompom. Dia nak bagi ubat, aku cakap tak perlu X-ray ke, scan ke, dia ckp terpulang aku lah. Tu yang aku rasa nak lempang aje doktor tu. So setelah aku insist, dia hantar aku pg X-ray.

Skali lagi aku kena jalan sensorang pg ground floor carik bilik x-ray. Setelah puas menunggu aku pun buat x-ray. Jam masa tu pukul 1. Lepas tu bila selesai, tukang x-ray kata aku boleh amik result pukul 2.30 ptg pasal diorang nak lunch. Aku sound balik, patient kena tggu korang lunch ke?? Spital swasta hamjadah apa nih?? Pompuan tu ckp doktor takde, dia pun muka dah agak kaget. Aku pun blah. Terpaksa aku ke shopping complex berdekatan pg saloon gunting rambut aku! (terpaksa konon!!).

2.30 ptg sampai, amik result x-ray, pg balik bilik doktor, ada notis kat pintu, pukul 3 baru bukak. Aku pun pg smayang zohor, datang balik pukul 3, pukul 3 lebih baru doktor masuk. Aku jumpa dia, dia tgk x-ray, dia kata semua normal. Pg bawah amik ubat, kena tunggu dalam 1/2 jam lagi, baru bole balik.

Habis satu hari pengalaman aku di spital ini. So guys, kalo korang ada choice, buat la pilihan yang terbaik sbb kat Malaysia ni ada byk spital swasta utk dipilih. Pada pendapat peribadi aku dari segi serbis dan kecomelan nursenya, spital swasta tempat aku berubat kidney stone tu is the best. Tapi tu terhad jugak pada panel spital mana yg company korang punya. Kalo ok, ok lah, kalo idak, Spital gomen aje lah Yeob!! Ok chow.

Moral of the story: Lebih bagus serbis dan tahap kecomelan nurse sesebuah spital itu, lebih tinggi peratus untuk anda lebih sihat dan bermotivasi!! keh keh!!

2 comments:

Anonymous said...

Setiap hospital ada SOP sendiri dan tidak semestinya SOP itu sama antara satu hospital dengan hospital yang lain. Macam yang kiter tahu bahawa hospital swasta akan memberi servis yang lebih cepat berbanding hospital kerajaan sbb dia tahu yang pelanggan mereka hendakkan maklumat yang dikeluarkan cepat. Tapi sekiranya kita pergi ke hospital kerajaan, kadang-kadang kiter terpaksa menuggu keputusan sehingga berminggu-minggu. Cepat atau lambat tidak menunjukkan mutu kerja baik atau buruk, semua ini berlaku kerana 'Standard Operation Procedure' (SOP). So, fikir-fikirkan la.

Joe said...

SOP tak SOP!! Mampusla!!!!!