Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, October 4, 2015

i jst dont care anymore

hahahaha

kesian blog aku nih, masih relevan lagikan untuk berblogger pada masa skrg nih??

Read more...

Tuesday, July 20, 2010

.....


Salam...



Aku berita terima berita baik tadi....aku memohon kepadaMu Ya Allah kabulkan doa ku dan jadikan berita tersebut satu kenyataan untuk diriku..



Anak kawan baik ku kini berada di hospital kerana sakit...aku memohon kepadaMu Ya Allah permudahkanlah urusan perubatan ke atas dirinya dan sembuhkan lah bayi itu dari penyakitnya sekarang....



Aku memohon pada Mu..Ya Allah..

Read more...

Monday, July 19, 2010

Tahniah!


Tahniah Spain karena memenangi Piala Dunia 2010!! Padan muka Arjen Robben!! Siap nangis lagik!! Puas hati aku!! Hahahaha!!

Read more...

Thursday, July 8, 2010

Ada Ubi Ada Batas!!


Salam...

Tak sempat nak tgk semi antara Jerman lwn Spain ari tuh. Bukan apa, ngantuk sgt. Aku pun kompiden yg Jerman akan menang. Last2 aku tersedar pagi tuh, tgk tv, game baru aje abis dan keputusannya seperti yg anda semua sedia maklum, Jerman menang 1-0!!

Damn...sakit betul la hati aku, Bukannya apa, walaupun aku tak sokong Jerman sgt, tapi bila tgk game diorang sebelum ni, dgn game yang simple tapi laju dan tepat, counter attack yg berkesan, aku mula minat dgn Jerman ni. Tak mcm Spain yg slow, banyak gentel, menang pulak 1-0 aje, Jerman sbl ni jaringannya pulak manjang 4 bijik aje. Antara mangsanya, England dan Argentina. Argentina tu!!! Pergh...

So bila Jerman kalah, aku sedikit kecewa. Namun bola tu bulat dan aku tahu Spain pasti bersedia dengan Jerman. Aku tgk game tu Spain byk control midfield, defend tak berani naik jauh sgt takut tak terkejar bila Jerman counter attack (senjata berbahaya Jerman) dan Torres yg tak berkesan tu tak main. Hasilnya diorang menang. Ye lah..inilah bola sepak. The beautiful game, tapi kalau main mcm sial pun takpe, yg penting result!! Jerman adalah team muda, dan diorang akan bangkit 4 tahun lagi!!

So final nnti adalah antara Spain dan Holland. Satu team amat laju dan satu lagi team yg mementingkan skil. Spain baru kali pertama ke Final, Holland dah beberapa kali ke final tapi tak pernah menang. Aku harap Holland menang lah. Walaupun aku tak suka Arjen Robben tapi 4 this time only, aku harap dia akan buat Spain menangis pada Final nnti!!

p/s: Takpe jan, Jerman akan bangkit dimasa depan, dan saya baru saja dilantik menjadi bendahari agung kelab sahabat 1Oranje!! Arjen Robben tidak akan mengecewakan kita!!

Read more...

Tuesday, July 6, 2010

Have to..


Aku kena buat sesuatu lah..kalo tak buat, bila lagi. Penat la mcm ni..aku harap aku boleh buat dalam masa 2 bulan nih. Iman kena kuat, disiplin pun kena kuat. Mental mau kuat jugak!!!Kena byk sabar dan byk bertahan. Kalo tak mcm biasalah..sekerat jalan, hasil pun tak dapat!! Kali ni ni aku mesti boleh, aku kena boleh!! Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini......minggu dpn aku akan start buat. Ya...aku akan buat. Tunggu aje lah!!

Read more...

Mak Aihh....


Salam..

Teringat game ari tuh....Argentina lawan Jerman. Ingatkan game balance. Sekali Argentina dilaukkan oleh Jerman daaa!!! 4-0!! Main mmg best la Jerman ni!! Simple, Fast and Accurate!! 4-0 tuuuu!!! Gilak Ahh!! Aku rasa mmg Jerman peberet la skrg utk menang World Cup ini taun!! Well...Maradona pun menyanyi selepas game tersebut.."Don't cry 4 me Argentinaaaa!!!" Keh keh keh!! Dah rehat 2 hari ni. Tak sabar tggu semi-final besok pagi. Yg gampangnya semua game lps ni main 2.30 pagi!! Siut la..pahal tak leh main pukul 10 mlm ke?? Oooo..kunci pak guard stadium tu pegang. Shift dia pkl 2.30 pagi. tu yg kena ikut masa dia!! Ada ka patut!! Berpasir lagi la mata aku kat opis!! Hmmmm....prediction 4 final...Jerman vs Holland!! Ok la kot prediction aku ni!! Yg penting..persembahan mesti terbaik. Baru enjoy game!

Anyway, meriah sungguh melihat Othman bersaudara dan Ajak pg menonton bola kat E&Y Taman Daya. Well guys, dah takde rejeki aku bersama korang untuk tgk bola live pada edisi kali ini. Maybe next time..ok!! Time tu kita akan bergabung semula beramai2 termasuk dgn Bijai sekali. Have fun 4 the next match!! Miss those days la!!

To Janos..congratulation. Jerman mmg power lah!!

Read more...

Friday, July 2, 2010

Laptop baru!!

Salam..

Sekarang ini Danial suka kacau saya. Kalu saya tgh guna laptop, dia pun akan menyempit nak guna gak. Sekarang Danial dah ada laptop baru!! Jangan kacau ayah lagi ok!! Happy surfing my son!!

"Laptop Danial baru punya - Brand Ben 10!!, bole bertukar menjadi robot bila diperlukan"


"keh keh keh, jgn lupa mau update blog la uncle Janos sama uncle Fulim!!"

Read more...

Alkisah Brasil!!


Salam..

Selamat hari Sabtu semua. Pagi ini selepas brekpas mi kolok yg sedap disediakan my Queen Lateefa, aku skrg tgh tgk game ulangan Ghana vs Uruguay. Sekarang minit ke 76 dgn kedudukan 1 sama. Aku bole aje terus tgk result dia, tapi, takpe layan je lah, kononnya mcm aku tgh tgk live tanpa perlu aku berjaga pagi..keh keh. Anyway utk game ini aku sokong Ghana sbb at least ada gak wakil benua Afrika ke peringkat seterusnya.

Malam tadi memang blockbuster. Brazil lwn Belanda. Walaupun aku tak sokoong 2 team ni, tapi hatiku lebih kepada Brasil. Ntah. tapi aku menyampah gak dgn Brasil nih. Memang mula kontrol game, tapi bila kena sebijik menggelabah. Mula nak main ganas. Memang la aku pun tak suka si Robben tuh, tapi yg ko pijak peha dia tu buat apa? kan dah kad merah. Lps tu pulak si Robinho pulak mental tak kuat. Ewah, yg ko ketetel bwk bola tu takpe, bila si Robben tunjuk skil ko pulak hangin tak tentu pasal!! Macam sial!!

Anyway, Kampung Oren menang, tahniah dan takziah utk Brasil!! 4 tahun lagi boleh cuba lagi di tpt sendri!! Puas hati tgk game mlm tadi!



Read more...

Tuesday, June 29, 2010

Bila agaknya??


Salam...

Sekarang saya tengah tgk World Cup game antara Jepun lwn Paraguay. Tgh break 15 minit. Masih terikat 0-0. Saya lebih suka tgk Jepun menang. Mungkin sebab saya orang Asia, jadi sentimen saya lebih ke arah itu agaknya. Sekurangnya2, biarlah ada team dari Asia yg mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

Semalam saya ada baca entry terbaru janjanos mengenai demam bola. Menarik kandungannya. Saya suka. Tapi dalam kesukaan saya itu, saya teringat ada beberapa iklan yg dibawa oleh pihak penaja siaran langsung edisi kali ini. Iklan yg dibawa oleh sebuah syarikat telekomunikasi ini membwa mesej semangat bola, dan iklan ini mengimbas kembali kejayaan skuad Malaya mengalahkan Korea untuk layak ke Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut dalam iklan ini pula ialah dalam hitam putih, yg membawa maksud, ianya peristiwa lama dan telah lama berlaku, dan ia juga adalah satu2nya kegemilangan diperingkat antarabangsa yang berjaya dikecap oleh Malaysia sehingga kini dalam sukan bola sepak.

Lagi satu iklan, Datuk Soh Chin Aun duk dalam hujan, pegang payung, tengok bebudak main bola, maka terngiang2 dalam kepalanya ulasan perlawanan ketika beliau mengetuai pasukan negara mengalahkan Korea pada malam itu untuk layak ke Sukan Olimpik. Aku kesian tgk beliau, aku kesian juga pada diri sendiri dan rakyat Malaysia. Sampai bila nak berbangga dengan sejarah lama, dan sampai bila nak menunggu sejarah baru kembali terukir.

Piala Dunia....kalo la negara aku layak menyertainya....indahkan:)

Read more...

Monday, June 28, 2010

Terpanggil...


Salam...

Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk menukilkan sesuatu. Banyak kawan2 saya telah memperli saya mengatakan saya juara ketandusan idea, blog saya makin bersawang la, saya ni hensem la (ni perli ke?) dan macam2 lagi. Terima kasih saya ucapkan. Ini menandakan kawan-kawan saya ini ambil berat terhadap saya. Syukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kawan-kawan seperti ini. Beri saya RM 15 juta pun saya tidak akan tukarkan nilai tersebut dengan kawan2 saya. Ini kerana saya tahu kawan2 saya tidak ternilai dan tiada siapa akan beri saya RM 15 juta.

Saya amat runsing sejak kebelakangan ini. Ada beberapa perkara yg amat menghantui pikiran saya. Saya telah selesaikan satu per satu, dan kini saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukannya. Walaubagaimanapun kerana perkara tersebut jugalah saya tiada mood untuk berblogging kerana saya rasa sendi saya untuk menaip amat lemah. Apa puncanya pun saya tak tahu. Cuma memang saya tiada mood kot.

Saya juga ada menghadapi masalah berukband sejak sebulan yang lepas. Berukband yg saya biasa pakai (iklan kaler biru itu) sangat gampang serbisnya. Itu juga antara punca saya malas berblogging. Tapi sekarang saya dah tukar pada berukband kaler oren yang lebih murah dan setakat 1 minggu saya pakai ni, tiada masalah nampaknya. Alhamdulillah, cuma tempoh pemasangannya saja yang agak singkat, iaitu lebihkurang 1 bulan lamanya. . Berukband ini ada menggunakan Wi Fi router, jadi saya dan isteri boleh guna 2 kompiter untuk surfing pada masa yg sama. Danial juga boleh pilih untuk kacau siapa antara kami berdua, tetapi biasanya saya yg jadi mangsa kerana ibunya tak selalu guna kompite.

Sekarang musim World Cup. Tahniah pada Janos kerana Jerman menang bergaya. Saya tak sokong sesapa, kerana saya lebih menyokong kelab saya yang anda tau siapa. Cuma saya kini lebih minat kepada kelab penyokong seperti kelab penyokong 1Jerman, 1Argentina dan 1Ghana. Sekarang sambil menaip, saya sedang juga layan Belanda lwn Slovakia. Saya tak sokong 2 team ini kerana saya tak suka arjen robben dan saya tak kenal sgt dengan slovakia ini. Saya juga ambil pedekatan tak sokong negara mana-mana sebab tak nak kecewa sgt dengan kejohanan yg berlansung 4 tahun sekali ini.

Saya lihat Janos dan Fulim telah mengubah wajah blog mereka. Andy tanya adakah mereka berpakat. Mungkin juga. Walau apa pun saya suka. Fulim juga mengatakan dia akan lebih berusaha lebih untuk berkarya. Saya sokong kerana saya juga ingin meminjam semangatnya untuk diri saya sekarang. Errrr..mungkin saya pun nak tukar wajah blog jugak lah. Tapi kalo blog aje tukar, kalo bersawang jugak tak guna. Nanti lah saya pikirkan. Mengenai entry Fulim yg terbaru, saya hanya mampu bersimpati. Memang tindakan sebelah pihak tu tak patut, memang patut diajar mereka yang membuat tindakan melulu seperti itu. Cuma masih ada lagi yg baik dalam seluruh pasukan dan janganlah kerana seekor kerbau, habis semua terpalit lumpurnya. Terima kasih juga pada Janos yang mencuit saya dalam entry terbaru blognya. Saya paham dan kami berhak!! keh keh keh..

Saya rasa patut saya berhenti dulu. Sebelum saya lebih banyak mengelirukan orang lain dan diri saya sendri ini. Keh keh keh. Salam.

Read more...

Wednesday, May 26, 2010

Pesbuk atau Blog??


Salam..

Lambat pulak wife aku masak lunch ari ni. Danial pulak tgh tido. Sempatlah aku menukilkan sesuatu. Bukan apa, kengkadang aku ada pikir, ye lah melihat dari sudut aku yg malas ni, aku ni hari2 mesti nak kena online. Tak bole tidak. Ntah, mungkin aku ni dahagakan info. Info ape2 aje lah. Politik, sukan, hiburan dan mcm2 lagi. Bukan apa, tak nak ketinggalan zaman. Aku tak nak aku tak tau apa yg org lain tau. Ye lah, profession aku pun memerlukan aku tau apa2 perkembangan terbaru dalam dan luar negara.

Tapi, macam yg orang lain juga buat, kalau online, Pesbuk juga haruslah online. Walaupun aku ni bukan jenis setiap 1/2 jam update status atau hari2 update status, kengkadang ada jugak aku online pesbuk tapi tak update apa2, tapi macam dah wajib la pulak utk hari2 online pesbuk. So, apa jadi dgn blog? Ntah, ada kengkawan aku yg rajin online Fb, juga rajin update blog. Ada jugak kengkawan aku termasuk aku sendri rajin jugak online FB tapi blog bersawang!! Tapi yelah, itu masing2 punya pasal la ye tak mana satu yg diorang nak update. Janos ckp FB update pendek, Blog bole cerita panjang. Tapi ada gak aku tgk org update status panjang kat FB. Ye lah, suka ati diorang lah nak panjang ke, pendek ke? (yang aku ni sendri tanya, sendri jawab ni apahal??)

Hmmmm...aku harap pembaca semua faham aku yg aku nak sampaikan ni. Aku rasa aku cuba mencari kerelevanan blog ni selepas kemunculan pesbuk. Tak penting pun, saja nak berpikir. At least, panjang gak penulisan aku kali ni. ok guys..see ya later, my wife is calling me 4 lunch!!

Read more...

I'm back!!

Salam...

Aku kembali semula ye kengkawan. Lama benar aku tak menulis. Ntah...mood takde utk menulis. Kesian aku tgk blog aku nih. Yelah, sampaikan bro Janos telah mengucapkan tahniah kepada aku kerana aku adalah penulis yg paling kering idea..keh keh keh..Tak tahulah kalo dia mmg umpan aku utk menulis semula atau pun saje je nak ucapkan tahniah kpd aku.

Byk bende dan perkara yg berlaku dalam kehidupan kita selama ni yg aku tak dapat atau aku malas sebenarnya utk nukilkan dalam blog nih. Ok..kalo aku nak ingat2 balik, Man Utd dpt tpt ke 2 EPL (Hampeh!!), Chelsea menang EPL dan FA Cup, (Lagi lah hampeh!!) Inter Milan menang Champion League (yg penting Bayern dan Robben kalah!!), PRK Hulu Selangor BN menang, PRK Sibu PR pulak yg menang, hmmmm apa lagi ye, kes budak kena tembak, dan mcm2 lagilah isu menarik utk dirungkaikan, samada politik luar dan dalam negara, sukan, hiburan dan mcm2 lagi. Aku rasa kalau aku tak cerita pun semua org tau dan boleh baca di blog2 yg lain.

Cuma aku memang saspek lah kat bro2 aku nih iaitu Janos, Fulim, Andy dan yg lelain nih. Bkn apa, walaupun apa yg berlaku, masalah dan cabaran, ada masa ke tidak, namun mereka tetap menguatkan diri utk menulis dan mengupdatekan blog mereka. Aku nak jadik mcm diorang lah. Semoga Tuhan memberi aku kekuatan seperti kengkawan aku nih utk terus berkarya. Yelah, bak kata Janos, tulislah walaupun hanya satu baris ayat. Insyaallah, dengan Danial dan Latifah di sisi, aku akan berusaha mencapai tahap terbaik untuk berkarya.

Kepada Fulim, tahniah kerana mendapat Blackberry baru, kurangkan sikap bersedekah blackberry anda kpd org lain ye...hehehe..

Kepada Ben, selamat berjaya ditempat baru, hijrah itu baik dan Tuhan sentiasa bersama org yg sabar,

Kepada Andy, aku sanjungi keberanian saudara yg berjuang berhabis-habisan di klinik gigi,

Kepada Janos, aku saspek hang kerana hang selalu hupdet blog dan menceriakan kami dgn penulisan anda,

kepada Fitri adik aku, tak lama lagi dah nak balik, bawak2 bersabor la ye, miss u bro,

kepada Ajak dan Karen Mok, lps ni kita layan sesama world cup online dari jauh aje lah ye, miss those days at Rosmerah Stadium!!

kepada anak bini aku, aku sayang korang semua,

kepada pembaca blog ni tak kira sapa pun, aku berazam akan terus menulis. World Cup pun nak dekat, so byk bende yg boleh diulaskan nnti. Ok guys...see ya later. Nak solat Isyak sat.

Read more...

Sunday, March 28, 2010

Al-Fatihah..

Salam...

Hari Sabtu pagi semalam telah terima sms dari Bro Fulim menyatakan ayahandanya telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tersebut. Salam takziah dari saya sekeluarga kepada Bro Fulim dan Hardiness. Harapan saya agar Bro berdua tabah dan sentiasa kuatkan semangat. Allah lebih menyayangi Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai olehNya. Take care Bro's. Al-Fatihah.....

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Take Care Bro!!


Salam...



Adik aku bernama Mohd Fitri@ wonder Pet@ Antonio Valencia@ Umaga ialah seorang yang sangat sayangkan binatang. Beliau amat suka singa, zirafah dan kuda belang. Atas sebab itu apabila company beliau hendak menghantar beliau ke S.Africa untuk bertugas, beliau berguling2 kegembiraan macam kanggaroo. Alhamdulillah, pada hari Isnin lepas, beliau telah selamat sampai di sana dan kini berada di Johannesburg. Malam td sempat chatting dgnnya. Katanya sekarang kat sana sejuk. Umah pun besar, makan pun sedap, cuaca pun bagus. Alhamdulilah sekali lagi.



Aku ucapkan semoga adik aku sentiasa tabah dan bersemangat apabila berada di perantauan. Jgn bimbang, apabila aku makan beriani di sini, aku akan sentiasa ingatkan beliau. Semoga Allah lindungi adikku yang kini bertugas di sana. Adikku juga gembira kerana akan dapat menonton World Cup live disana. Apa2 pun aku harap beliau sentiasa jaga diri disana.



Miss U bro n take care. See you in 3 month time!!.

Read more...

Syabas!!


Salam 1 Malaysia.


Aku rasa ide aku dah sampai kot sket. Firstly hari ni ialah Hari Polis ke 203. Aku mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang bertungkus lumus dan banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan Malaysia ini bebas dari anasir-anasir buruk samada dari dalam atau dari luar negara. Semoga warga PDRM dapat meningkatkan lagi usaha dan semangat untuk terus bekerja menguatkuasakan undang-undang dan mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini. Syabas beteh!!


Read more...

memulanyer!

Salam..

Ok, memula, tahniah kpd team kesayangan ku kerana dgn selambe ajer membelasah AC Mizal....oops silap, AC Milan dan Libepool tempohari.

and then hmmmmmmm.........ntah..td banyak pulak idea aku, skrg dah takde!! tgk lah mlm nanti camne, kalu rajin aku update la blog nih!
Read more...

Saturday, March 13, 2010

Tahniah!!

Tahniah kpd man Utd yg membelasah team kuat iaitu AC Milan 4-0!! Tahniah juga pada Arsengal yang mengalahkan team tak kuat iaitu Porno 5-0!! Ada rezeki jumpa di Final!!!
Read more...

Sunday, February 28, 2010

We win!! (Again!!)


Tahniah!!

Kami memang terer, sebab tu kami menang!! Dan kami akan menang EPL, Champion League, Superleague, pemilihan JKKK, Juara Lagu dan lain2 lagi!! Asal ada pertandingan je kami akan menang!! Tak kira lah pertandingan apa pun sbb kami bukan sengal mcm Arsengal!! Hahahahahahaha!!
Read more...

Tuesday, February 23, 2010

Emosi sket!!


Salam..

Sebenarnya dari aritu lagi nak ulas. Bukan apa, tak sempat pasal sibuk sgt. Well, better late than never, I guess. Sebenarnya ada 2 perkara aku nak ulas sket. 1st, pasal team aku iaitu Man Utd dan keduanya pasal team kengkawan aku yang aku sayangi iaitu Arsengal.

Man Utd hari tu menang 3-2 dgn Milan. Lepas tu kalah dgn Everton 3-1. Pg tadi menang balik dgn West Ham 3-0. Bukan tak boleh terima kekalahan, tapi cara kalah tu yg buat sakit hati. Sejak kebelakangan ni, defend Utd dah macam defend sekolah menengah Tiram dah aku tgk. Bila Perdinand dgn Vidic takde, Hancus!! Time Rooney tgh ompom, time tu lah defend buat taik. Paling sakit hati masa lwn Everton ari tu. Kudos buat Everton yg ari tu main sungguh2, taktikal dan teknikal yg cantik. Man Utd pulak kata kalah sebab penat main dgn Milan aritu. Penat kejadahnya, Milan aritu main pun standad Norwich City aje dah kata penat. Tu pun boleh bolos dgn si Seedorf si kuda tua tu!! Nasib baik menang!! Masa lawan Everton pulak masa gol ketiga, si Jonny Evans bole lari beriringan dgn striker tu dpn gol!!! Keluarlah kaki, Bodo!! kalau nak berlari beriringan ke, hapa ke, masuk lah rancangan Sehati Berdansa!! Takyah main bola!! Kayu macam Ajak betul la!! Huhh!! Baik si Pegesen amik player Harimau Muda lagi bagus!!

Malam sebelum game Arsengal lwn Porto aritu Ajak ada cakap, biarlah orang lain yg main, jgn si Fabianski tu yg jadik keeper sebab dia terlalu sengal. Last2 betul, 2 gol tu memang salah dia. Sampai Pabregas pun bole cakap gol yg bolos tu standad gol budak sekolah. Dah la sebelum tu lawan Chelsea kalah, memang la Arsengal ni tak boleh harap. Lps ni title EPL ni Utd dgn Chelsea ajelah yg fight. Nak harapkan Arsengal, lauk patin masak lemak cili api la jawabnya. Aku tak kisah sebenarnya, lagi Arsengal ni ni sengal, lagi la aku suka. Cuma masalahnya aku kesian kat kengkawan aku yang kebanyakannya penyokong Arsengal mcm Ajak, Haji Karen Mok, Isyam, Ep (Othman bersaudara!!), Hardiness dan banyak lagi. Diorang ni tak abih2 di sogok dgn janji2 dan harapan palsu yang mengatakan team diorang ni bole menang EPL. Yang lebih kesian lagi pasal diorang percaya pulak tu walaupun pada dasarnya diorang tau team Arsengal ni terlalu sengal utk menang!! Sedih aku melihat mereka!! ye lah, dah la muka tak berapa nak hensem, team pulak kayu!! Aku sedih pasal aku sayangkan kengkawan aku ni dan aku tak mahu lihat mereka kecewa setiap tahun. Hahahahahahaha!!!!! (ooopss lupa...takleh ketawa sebab aku sedih!! hihihih..)

Akhir sekali semoga kedua-dua team ini dan juga penyokong2nya lebih maju dan berjaya di masa2 mendatang. Majulah sukan bola sepak untuk negara kita!! Chow guys.

Read more...

Begin.....

Salam..

Hari ni hari kedua masuk opis selepas 3 bulan berkursus. Macam biasa opis aku tenang, kerja bertimbun dan banyak bende perlu dihandle. Agak sibuk gak 2-3 minggu kebelakangan ni. Tu yang sampai takde masa nak update blog. Banyak jugak bende yang nak diulas tapi terlepas. Harap2 lepas ni aku lebih rajin untuk berkarya hendaknya.

Read more...