Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, March 25, 2009

Ada Berani??


Hari ni aku balik keja awal. Penat sket sebab mlm tadi balik lewat buat kije kat opis. Pg tadi pulak masuk awal sebab ada miting. Tu yang masuk tengahari mata rasa berpasir aje tak cukup tido. Pagi lepas miting sempatla aku sarapan nasik lemak. So petang tadi lepas bangun melelap mata balik dari kije perut rasa lapar.

Aku teringat aritu aku ada baca paper (paper apa aku tak ingat), ada terbaca pasal satu restoran ni, Restoran Sari Ratu, Desa Pandan, KL. (dekat la dengan umah aku). Aku teringat apa yang aku ada baca aritu, belut goreng, sup dan macam2 lah. Jadik aku pun cuba try test tengok. Perut pun dah berdendang dah ni..

Sampai kat restoran tu aku masuk dan terus duduk. Waiternya iaitu seorang pompuan Indon pun datang tanya nak makan apa (tak payah pg sini pun kalau nak jumpa pompuan Indon, melambak kat Malaysia nih!!). Aku pun mintak menu. Dia tanya aku balik “Milo??” Ni yang aku start hangin ni. Aku ulang balik cakap menu. Dia kata menu takde. Nak makan boleh pegi pilih lauk kat depan (Dekat meja besi letak lauk macam kat kedai mamak tu). Aku pun pegi usha, alahai, tak banyak choice sgt pun. Kedai mamak lagi banyak choice. Gerai makan sederet kat Desa Pandan tu lagi banyak lauk. Murah pulak tu.

Lapar punya pasal aku pun malas pikir byk dan order nasik putih, ayam rendang seketul, Gulai sotong satu mangkuk dean tempeh satu mangkuk kecik. Minum teh O ais. Rasa biasa-biasa aje, tak la sedap sangat. Dah makan aku pun cpt2 bayar kat kaunter. Tak selesa duk situ lama2. Suma sekali RM 34.66/-. Aku rasa aku diorang masak guna periuk dengan kuali emas la. tu yang murah tu. Lagi best kat sini ada banyak pencungkil gigi yang ada sampul tuh. Satu meja dia letak 20 batang kot. Keh keh…So sesiapa yang nak try dipersilakan.


Tu dia makanan yg order. Aku dah makan sket.

Pencungkil gigi eksklusif yang banyak diatas meja. Pasal ni la harga dia best kot.

Resit Total RM 34.66/- (tak berapa nak clear). Ada berani??


Read more...

Monday, March 23, 2009

Kerlipan Cinta by Rabbani


Hidayah
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Cita Keseorangan

Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Pada Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat Mu
Dengan Kalimah
Malam Siang ku
Berliku-liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jembala mentari
Biar di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk Mu
Untuk Mu

Ku kembara setia disisiNya
Ku inginkan Bahagia abadi
Ku impikan sentosa naunganNya
Selamanya

Hidayah
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Cita Keseorangan...


Read more...

MEMANG!!!


Memang!!


1. Memang aku marah sebab team aku kalah kali kedua berturut-turut. Kalah pulak dengan Fulim, oppss Fulham!! Team yang kali terakhir berjaya kalahkan team aku kat tempat diorang sejak 45 tahun yang lalu. Dan team aku tak pernah kalah 2 times in a row sejak 4 season yang lalu.


2. Memang aku bengang sebab Man Utd die hard haters mcm Ajak dan Karen Mok bersukaria dan kenduri sejak 2 minggu yang lepas celebrate kekalahan team aku. Macam2 diorang ulas..ewwaah, pandai pulak mengulas pasal team aku.. Piiiraaa mabuk!! Tunggu aje lah nanti Arsenal datang ke Old Trafford..time tu bila keranda dibawa, baru bercucuran air mata korang!!


3. Memang aku nak ulas kekalahan teman aku aritu, tapi tiba-tiba aku malas pulak, sebab walau apa pun yang terjadi, aku tetap sayang team aku dan sokong 110% walaupun kalah. Team aku masih top of the league, masih lebih point dan ada 1 game in hand. Mampuslah apa orang nak kata. Falsafah team aku ialah, kami memang suka pressure diri sendri dan bila menang premiere league dengan pressure, barulah fight dan lebih manis! (fight dengan Liverpool SHJ, Arsenal dah keluar dari persaingan pasal tak setarap!!)


4. Memang aku sedih, dan baru nilah aku rasa macam mana agaknya jadik penyokong Arsenal, yang team diorang asyik kalah dengan seri aje memanjang!!! Nasib baik team aku power tak macam team diorang!!!

5. Memang team aku akan jadik CHAMPION, dan aku tak pernah sangsi.


Lastly, tahniah kepada EP yang baru saja menjejakkan diri ke alam perkahwinan, aku bukan MEMANG tak nak datang, cuma tak sempat nak balik aritu. Semoga berbahagia sepanjang hayat.


Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Pengakuan Ikhlas...

Boring2 ari tu, aku ada baca paper kat internet, tapi bukan paper Malaysia (aku bukan paham sangat pun apa yang diorang tulis..), tapi paper The Independent (paper UK). Walaupun sekarang ni aku tinggal kat Malaysia, namun aku masih amik tau serba sedikit perkembangan di sana sebab kenangan masa tinggal di Birmingham dulu masih tersemat di sanubaRi (Cewwahh!). Kat bawah ni ada artikel yang aku baca.



Papers: Wenger backs Reds.
17/03/2009 09:36

Wenger backs Red Devils for title
Arsene Wenger reckons Liverpool's win over Manchester United "flattered" Rafael Benitez's side and insists United are still favourites to win the league. Wenger, whose side are 13 points behind United, is unconvinced anyone can catch the champions, despite Liverpool's win on Saturday. "There are two things I'd like to say. Firstly, congratulations to Liverpool for winning with an emphatic score, but I think... it is a very flattering score. For big spells in the game, Manchester United dominated but they made mistakes on the day that usually they don't do. Some players looked a bit mentally tired. It opens up the race for the title, even though I still believe Manchester United are in a strong position with the game in hand."

Sam Wallace, The Independent.

p/s: To Ajak dan Karen Mok, Lu Pikirla Sendri!!

Read more...

Masalah Computer La Ni.....


Masalah kompiter la ni......

1. Di situ ada butang 'start' tetapi tiada butang 'stop'. Tolong check ni ya.

2. Di menu kami jumpa 'Run'.Salah seorang dari kawan saya klik 'Run' dan terus berlari. Jadi kami minta anda buatkan menu 'sit', jadi kami boleh klik sambil duduk.

3. Satu keraguan adalah samaada mana-mana 're-scooter' didapati di sistem? Saya mencari hanya tetapi hanya jumpa 're-cycle', tetapi saya mempunyai sebuah skuter pada rumah saya.

4. Terdapat butang 'Find' tetapi ia adalah tidak berkerja dengan betul. Isteri saya hilang kunci pintu dan kita cuba satu bahagian mengesan kunci dengan ini butang'Find', tetapi adalah tidak dapat bagi mengesan. Tolong membetulkan masalah ini.

5. Anak-anak saya belajar 'Microsoft word' kini beliau mahu belajar 'Microsoft sentence', jadi bila anda nak provide ni?

6. Saya membawa komputer, CPU, tetikus dan papan kekunci, tetapi terdapat hanya satu ikon yang menunjukkan 'MY Computer': bila anda akan menyediakan bakinya spt CPU dll?

7. Mengejutkan apabila di 'My Pictures' takde satu pun gambar saya, jadi bila anda nak masukkannya dalam tu?

8. Di situ ada 'MICROSOFT OFFICE' bagaimana dengan 'MICROSOFT HOME' sedangkan saya menggunakan PC ni kat rumah sahaja?

9. Anda menyediakan 'My Recent Documents'. Bila anda akan menyediakan 'My Past Documents'?

10. Anda menyediakan juga 'My Network Places'. Minta tolong sesangat jangan sediakan 'My Secret Places'. Saya tak mahu isteri saya tahu ke mana saya pergi selepas pulang pejabat.

Dan yang akhir sekali dari saya kepada Bill Gates :

Tuan, bagaimana nama anda Gates sedangkan anda jual WINDOWS?

Artikel kat atas aku amik kat blog peberet aku, isuhangat.blogspot. Enjoy!!

Read more...

Sunday, March 15, 2009

They may won the BATTLE, but we WILL win the WAR!!



Assalamualaikum semua..Dah lama aku tak menulis. Ntah, satu sebab pasal aku takde mood. Satu lagi pasal beban kerja yang agak banyak. Banyak betul sms yang aku terima kebelakangan ni. Tak semua aku sempat balas!! (malas dan benci sebenarnya!!) anyway Alhamdulillah, hari aku diberi kekuatan untuk mencoretkan sesuatu. Kali ni aku nak bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman menarik aku pada hujung minggu lepas.

Hari tu hari Sabtu. Aku bangun agak lewat sedikit. Maklumla cuti. Lepas makan bro Fulim telefon aku tanya apa program malam tu. Dia ada acara bowling tengahari tu. Aku ingat program malam tu, sudah semestinya adalah untuk menyaksikan BPL Clash Of The Titan yang cukup hebat iaitu team kesayangan aku Man Utd lwn Liverpool. Bro Fulim cakap kena cari venue yang best sket untuk tgk, pasal game besar.

So lepas makan tengahari, aku pun surf internet untuk jenguk2 venue yang best. Dalam sibuk surf tu, aku stumble on satu blog khas untuk Man Utd fan macam aku ni iaitu MyManUtd.com. Aku pun tgkla apa yang menarik dalam blog tu. Blog tu dah lama wujud dan banyak member yang berforum dalam tu. Kira macam community blog la kiranya. Dan yang paling best dan yang dicari2 telah aku jumpa:


Grand Matchview Man Utd vs Liverpool

Venue: Elephantpark, Sunway Lagoon

14 March 2009



So aku pun buat keputusan untuk pergi. Ye la, bukan selalu ada peluang tgk game besar reramai mcm ni, biasa asyik tgk kat umah sensorang atau kedai mamak 2-3 orang. Aku pun apa lagi terus bgtau bro Fulim program tu. Dia otw balik ke umah. Dia kata apa2 dia kol balik. Aku terus carik jersi aku, sebab maklumat dalam blog kata fans 2-2 team sure ramai dan time ni la nak rasa bersorak macam kat stadium reramai dengan die hard fan yang lain. Aku carik jersi aku tak jumpa, mmg dah lama aku tak pakai pun. Kol wife tanya, dia cakap jersi aku mmg takde kat JB. Sah jersi aku dah hilang, time ni pulak la nak hilang. Mana aku letak pun aku tak ingat. Banyak benda aku nak teringat sampai jersi pun lupa mana letak. Kampang betulla!! Nasib baik aku masih ada jersi lama aku (yang kolar putih bentuk V). Hujan tgh lebat nih. Takpe..lepas asar aku akan bertolak. Hahahaha…akhirnya impian untuk bersama fans lain tgk bola reramai tercapai jugak!!Sebelum bertolak Bro Fulim bg msg tak dpt join atas sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan. Takpe..aku tak patah semangat.

Pkl 6 aku bertolak dari rumah memulakan perjalanan penuh emosi ini. Apasal aku kata emosi? Memang…wife aku memang dah lama tau. Kengkawan aku pun memang tau perangai aku. Kalau melibatkan Man Utd, aku cukup emosi. Sanggup tgk team aku main tgh2 pagi buta, sanggup amik cuti tgk game, sanggup susun jadual kerja pasal game dan bila team aku kalah, mood akan terus berubah. Murung, sedih, rasa nak lempang orang, makan tak lalu, termimpi-mimpi dan macam-macam lagi. Pernah wife aku bagitau yang aku ni selalu meracau time tido memalam pasal Man Utd (terutama lepas team aku kalah). Macam2 ayat keluar, “Ferguson, kenapa tak bg Teves main?”, “Shootla bola tu Ronaldo!!” , “Kenapa Arsenal bodoh sangat!!” dan macam2 lagi!! Aku pun tak sedar yang aku ni kira tahap Fanatik yang AMAT gituh pasal bola nih!!

Berbalik pasal perjalanan aku td, jam l/kurang 6.45 aku sampai ke tempat yang dituju. Jalan pun tak berapa jem. Hujan pun dah mula reda. Alhamdulillah, sampai jugak aku walaupun aku tak pernah drive ke Sunway sensorang dan tak familiar tempat ni. Tempat ni kat sebelah Sunway Medical Center. Selepas dapat parking yang agak jauh dari pintu masuk ke tempat tu, aku pun mula berjalan. Time ni aku tgk dah ramai dah fans 2-2 team yang berlegar-legar kat kawasan tu. Semua siap pakai jersi masing dan ada yang bwk banner, bendera team pun ada. Semangat betul! Sebelum masuk kena daftar dan amik pas dulu kat booth kat pintu. Bukan apa, untuk rekod kehadiran dan untuk free gift. Masuk free aje.

Tu dia parking bukan main panjang. Keta aku kat ujung (tak nampak!)

Daftar reramai untuk amik pas

Blockquote
Perjalanan ke Amphitheater (jauh tu menapak!!)

Aku pun mula berjalan masuk saing dengan fans yang yang lain. Mak aiih, rupanya nak sampai ke tempat berlumpul tgk bola tu kena berjalan lagi turun bukit lebih kurang 500 meter. Masa berjalan sempat jugak aku tgk banner sponsor event ni yang digantung di dkiri dan kanan aku. Antaranya ialah , Football Focus Asia (Rancangan kat Astro tu), Maxis (On the ball tu) dan Carlsberg (Air kencing setan tuuu!!). Bila sampai di tempat tu…tu dia…orang dah mula ramai.

Aku sembahyang maghrib di surau yang disediakan. Lps tu aku beli Coke sebotol, itu aje yang ada selain Carlsberg!!, dengan pizza kecik buat bekal takut lapar. Tinggi tempat ni. Tak sanggup aku nak turun naik. Rupa-rupanya aku akan tgk kat dalam amphitheater. Tinggi macam stadium. Siap berbumbung lagi. Ada screen besar dan speaker besar. Fans Utd duk ruang sebelah kanan dan Liverpool sebelah kiri. Tgh untuk VIP, campur dan dan berkecuali..keh keh. Aku amik tempat atas sekali di ruang tengah. Baru clear sket view aku. Walaupun screen besar, dia agak condong ke kiri sket. Aku tgk orang makin ramai memenuhi amphitheater ni. Ada 3 orang brader fans Utd duk sebelah aku. Kesian kot tgk aku duk sorang ataupun diorang lebih selesa duk sebelah fan yang sama macam diorang.

Kitorang bersalaman, borak lebih kurang dan bincang mengenai strategi dan sbgnya (Mcm kitorang plak manager!!). Friendly gak diorang ni. Dah satu team ye tak, mana tak friendly. Fans 2-2 team l/kurang sama aje ramainya. Ntah.. 2000 orang ada kot malam ni.Sebelum game pada malam tu, MC Ross (Hitz fm and Utd Supporter) dan sorang lagi pompuan (tak kenal) memulakan acara. Ada cabutan bertuah, kuiz dan interview dengan United dan Liverpool legends iaitu David May (Defend Utd tahun 90 an, terer giler) dan Phil Babb (tak kena sbb tak tererl!!). Ada BPL dancers (Sexy Giler!!) dan lain-lain selingan.

Game dah start. Suasana makin havoc!! Sebijik stadium!! Memula Utd score dulu, kitorang reramai siap nyanyi2 lagu Glory Glory Man Utd lagi kat fans Liverpool. Diorang dah senyap dah time ni. Padan muka korang!! Lepas tu Moment of madness berlaku. Bola dihantar ke belakang. Vidic dan Torres sama-sama mengejar bola. Vidic lebih hampir, tapi dia lambat, Torres naik kaki dulu, Vidic terjatuh, Torres one by one dgn Van Der Sar dan kemudian……sendri mau ingatla!!. Takpe baru 1 sama. Lepas tu apa yang berlaku tak payah la aku cerita. Buat sakit hati aku aje!! (Suka la ko ajak!!). Game abis..

Kami pun berjalan balik. Aku tak pernah rasa sesakit hati macam tadi. Memang sakit hati bila team aku kalah, tapi manner team aku kalah lagi aku sakit hati. Makin aku sakit hati very strong bila tgk gelagat fans Liverpool yang siap joget2 lagi sepanjang game. Ye la..cuba kalo team aku yang menang, aku lagi teruk dancing kot!! Sepanjang perjalanan menuju ke kereta, aku berjalan dengan beberapa fan termasuk Liverpool punya fan. Ada yang sedih, ada yang bagi macam-macam alasan penyedap hati “Saje nak tolong Liverpool, diorang kan sekend” , “Team kita leading point lagi” dan macam2 lagi. Kelakar bunyiknya pun ada!! Macam2 gelagat. Dah la kali ni balik nak kena jalan naik bukit! Kalah pulak tu! Hampeh!!

Sampe kat keta, kitorang pun bersalam (walau tak kenal) dan masing2 balik ke destinasi masing2. Dalam perjalanan balik aku mula berfikir, selain dari sakit hati team aku kalah, aku enjoy dan puas sebab dapat berada dalam event ni dan yang buat aku fikir sejenak, walaupun berlainan bangsa, agama, ideology politik dan lain lain perbezaan, when it comes to football, Rakyat Malaysia akan bersatu walaupun tak kenal antara satu sama lain. Memang team bola lain-lain, tapi masih boleh datang sekali, gelak sekali, minum sekali, duduk sekali dan mengutuk berkali-kali!!

Walaupun team aku kalah, aku tetap dibelakang mereka dan sokong mereka. Itu baru tanda Die Hard Fan sebenar!! Bukan sokong time menang aje. Kalau ada rezeki, mampusla Liverpool, Utd akan bantai dalam Champion League nanti (Balas dendam)!! Kitorang masih lagi dalam buruan 5 piala musim ni (dah menang 2, 3 lagi OTW!! Tak macam Arsenal yang tak mng apa pong!!) dan yang paling penting “They may won the BATTLE, but we WILL win the WAR!!”.

Well boys and girl, until next time, take care and Glory-Glory Man Utd!!

p/s: Aku memang suka makan asam pedas!! Korang tunggula bila Arsenal kalah nanti, aku sediakan sayur kangkung goreng Arsenal berempah!! Huhh!! Kepada Jann TQ sebab tunjuk jalan, hang memang best!!!!




Booth main game bola.


Booth Man Utd (Ramai!!)

Ahli kelab MyManUtd di Booth

Gajah yang menyambut para pengunjung (Mcm kat New Delhi pulak!!)

Booth Liverpool (tak de org!!)

Masuk ke Amphitheater

Baru nak ramai

Skrin besar

View Baekk!!

Nak start dah...

United's Fans and Liverpool's Fans side by side!!


Read more...

Friday, March 6, 2009

Old Trafford,, European Capital Of Trophies!!


Allo..

Lama jugak tak update blog ni. Bukan apa kije agak byk kebelakangan ni. Minggu ni ada kat JB. So byk benda nak dibuat kat umah ni. Tu belum main-main dengan Danial lagi. Siang malam main dengan anak aku ni, melepas rindu, sampai tak ingat nak update blog. Anyway 1st of all, congratulation to Man Utd for winning again another cup to add to this wonderful season, yes.. the Carling Cup 2009. 2 down 3 more to go!! Hahahaha!! Aku dah agak dah team aku memang champion!! Pg ahad ni ada game FA Cup lawan Fulham pulak. Harap rythm kemenangan tu dapat diteruskan. Well guys see ya..

Read more...