Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Tuesday, July 6, 2010

Mak Aihh....


Salam..

Teringat game ari tuh....Argentina lawan Jerman. Ingatkan game balance. Sekali Argentina dilaukkan oleh Jerman daaa!!! 4-0!! Main mmg best la Jerman ni!! Simple, Fast and Accurate!! 4-0 tuuuu!!! Gilak Ahh!! Aku rasa mmg Jerman peberet la skrg utk menang World Cup ini taun!! Well...Maradona pun menyanyi selepas game tersebut.."Don't cry 4 me Argentinaaaa!!!" Keh keh keh!! Dah rehat 2 hari ni. Tak sabar tggu semi-final besok pagi. Yg gampangnya semua game lps ni main 2.30 pagi!! Siut la..pahal tak leh main pukul 10 mlm ke?? Oooo..kunci pak guard stadium tu pegang. Shift dia pkl 2.30 pagi. tu yg kena ikut masa dia!! Ada ka patut!! Berpasir lagi la mata aku kat opis!! Hmmmm....prediction 4 final...Jerman vs Holland!! Ok la kot prediction aku ni!! Yg penting..persembahan mesti terbaik. Baru enjoy game!

Anyway, meriah sungguh melihat Othman bersaudara dan Ajak pg menonton bola kat E&Y Taman Daya. Well guys, dah takde rejeki aku bersama korang untuk tgk bola live pada edisi kali ini. Maybe next time..ok!! Time tu kita akan bergabung semula beramai2 termasuk dgn Bijai sekali. Have fun 4 the next match!! Miss those days la!!

To Janos..congratulation. Jerman mmg power lah!!

Read more...

Friday, July 2, 2010

Laptop baru!!

Salam..

Sekarang ini Danial suka kacau saya. Kalu saya tgh guna laptop, dia pun akan menyempit nak guna gak. Sekarang Danial dah ada laptop baru!! Jangan kacau ayah lagi ok!! Happy surfing my son!!

"Laptop Danial baru punya - Brand Ben 10!!, bole bertukar menjadi robot bila diperlukan"


"keh keh keh, jgn lupa mau update blog la uncle Janos sama uncle Fulim!!"

Read more...

Alkisah Brasil!!


Salam..

Selamat hari Sabtu semua. Pagi ini selepas brekpas mi kolok yg sedap disediakan my Queen Lateefa, aku skrg tgh tgk game ulangan Ghana vs Uruguay. Sekarang minit ke 76 dgn kedudukan 1 sama. Aku bole aje terus tgk result dia, tapi, takpe layan je lah, kononnya mcm aku tgh tgk live tanpa perlu aku berjaga pagi..keh keh. Anyway utk game ini aku sokong Ghana sbb at least ada gak wakil benua Afrika ke peringkat seterusnya.

Malam tadi memang blockbuster. Brazil lwn Belanda. Walaupun aku tak sokoong 2 team ni, tapi hatiku lebih kepada Brasil. Ntah. tapi aku menyampah gak dgn Brasil nih. Memang mula kontrol game, tapi bila kena sebijik menggelabah. Mula nak main ganas. Memang la aku pun tak suka si Robben tuh, tapi yg ko pijak peha dia tu buat apa? kan dah kad merah. Lps tu pulak si Robinho pulak mental tak kuat. Ewah, yg ko ketetel bwk bola tu takpe, bila si Robben tunjuk skil ko pulak hangin tak tentu pasal!! Macam sial!!

Anyway, Kampung Oren menang, tahniah dan takziah utk Brasil!! 4 tahun lagi boleh cuba lagi di tpt sendri!! Puas hati tgk game mlm tadi!



Read more...

Tuesday, June 29, 2010

Bila agaknya??


Salam...

Sekarang saya tengah tgk World Cup game antara Jepun lwn Paraguay. Tgh break 15 minit. Masih terikat 0-0. Saya lebih suka tgk Jepun menang. Mungkin sebab saya orang Asia, jadi sentimen saya lebih ke arah itu agaknya. Sekurangnya2, biarlah ada team dari Asia yg mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

Semalam saya ada baca entry terbaru janjanos mengenai demam bola. Menarik kandungannya. Saya suka. Tapi dalam kesukaan saya itu, saya teringat ada beberapa iklan yg dibawa oleh pihak penaja siaran langsung edisi kali ini. Iklan yg dibawa oleh sebuah syarikat telekomunikasi ini membwa mesej semangat bola, dan iklan ini mengimbas kembali kejayaan skuad Malaya mengalahkan Korea untuk layak ke Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut dalam iklan ini pula ialah dalam hitam putih, yg membawa maksud, ianya peristiwa lama dan telah lama berlaku, dan ia juga adalah satu2nya kegemilangan diperingkat antarabangsa yang berjaya dikecap oleh Malaysia sehingga kini dalam sukan bola sepak.

Lagi satu iklan, Datuk Soh Chin Aun duk dalam hujan, pegang payung, tengok bebudak main bola, maka terngiang2 dalam kepalanya ulasan perlawanan ketika beliau mengetuai pasukan negara mengalahkan Korea pada malam itu untuk layak ke Sukan Olimpik. Aku kesian tgk beliau, aku kesian juga pada diri sendiri dan rakyat Malaysia. Sampai bila nak berbangga dengan sejarah lama, dan sampai bila nak menunggu sejarah baru kembali terukir.

Piala Dunia....kalo la negara aku layak menyertainya....indahkan:)

Read more...

Monday, June 28, 2010

Terpanggil...


Salam...

Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk menukilkan sesuatu. Banyak kawan2 saya telah memperli saya mengatakan saya juara ketandusan idea, blog saya makin bersawang la, saya ni hensem la (ni perli ke?) dan macam2 lagi. Terima kasih saya ucapkan. Ini menandakan kawan-kawan saya ini ambil berat terhadap saya. Syukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kawan-kawan seperti ini. Beri saya RM 15 juta pun saya tidak akan tukarkan nilai tersebut dengan kawan2 saya. Ini kerana saya tahu kawan2 saya tidak ternilai dan tiada siapa akan beri saya RM 15 juta.

Saya amat runsing sejak kebelakangan ini. Ada beberapa perkara yg amat menghantui pikiran saya. Saya telah selesaikan satu per satu, dan kini saya hanya mampu berdoa dan berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukannya. Walaubagaimanapun kerana perkara tersebut jugalah saya tiada mood untuk berblogging kerana saya rasa sendi saya untuk menaip amat lemah. Apa puncanya pun saya tak tahu. Cuma memang saya tiada mood kot.

Saya juga ada menghadapi masalah berukband sejak sebulan yang lepas. Berukband yg saya biasa pakai (iklan kaler biru itu) sangat gampang serbisnya. Itu juga antara punca saya malas berblogging. Tapi sekarang saya dah tukar pada berukband kaler oren yang lebih murah dan setakat 1 minggu saya pakai ni, tiada masalah nampaknya. Alhamdulillah, cuma tempoh pemasangannya saja yang agak singkat, iaitu lebihkurang 1 bulan lamanya. . Berukband ini ada menggunakan Wi Fi router, jadi saya dan isteri boleh guna 2 kompiter untuk surfing pada masa yg sama. Danial juga boleh pilih untuk kacau siapa antara kami berdua, tetapi biasanya saya yg jadi mangsa kerana ibunya tak selalu guna kompite.

Sekarang musim World Cup. Tahniah pada Janos kerana Jerman menang bergaya. Saya tak sokong sesapa, kerana saya lebih menyokong kelab saya yang anda tau siapa. Cuma saya kini lebih minat kepada kelab penyokong seperti kelab penyokong 1Jerman, 1Argentina dan 1Ghana. Sekarang sambil menaip, saya sedang juga layan Belanda lwn Slovakia. Saya tak sokong 2 team ini kerana saya tak suka arjen robben dan saya tak kenal sgt dengan slovakia ini. Saya juga ambil pedekatan tak sokong negara mana-mana sebab tak nak kecewa sgt dengan kejohanan yg berlansung 4 tahun sekali ini.

Saya lihat Janos dan Fulim telah mengubah wajah blog mereka. Andy tanya adakah mereka berpakat. Mungkin juga. Walau apa pun saya suka. Fulim juga mengatakan dia akan lebih berusaha lebih untuk berkarya. Saya sokong kerana saya juga ingin meminjam semangatnya untuk diri saya sekarang. Errrr..mungkin saya pun nak tukar wajah blog jugak lah. Tapi kalo blog aje tukar, kalo bersawang jugak tak guna. Nanti lah saya pikirkan. Mengenai entry Fulim yg terbaru, saya hanya mampu bersimpati. Memang tindakan sebelah pihak tu tak patut, memang patut diajar mereka yang membuat tindakan melulu seperti itu. Cuma masih ada lagi yg baik dalam seluruh pasukan dan janganlah kerana seekor kerbau, habis semua terpalit lumpurnya. Terima kasih juga pada Janos yang mencuit saya dalam entry terbaru blognya. Saya paham dan kami berhak!! keh keh keh..

Saya rasa patut saya berhenti dulu. Sebelum saya lebih banyak mengelirukan orang lain dan diri saya sendri ini. Keh keh keh. Salam.

Read more...

Wednesday, May 26, 2010

Pesbuk atau Blog??


Salam..

Lambat pulak wife aku masak lunch ari ni. Danial pulak tgh tido. Sempatlah aku menukilkan sesuatu. Bukan apa, kengkadang aku ada pikir, ye lah melihat dari sudut aku yg malas ni, aku ni hari2 mesti nak kena online. Tak bole tidak. Ntah, mungkin aku ni dahagakan info. Info ape2 aje lah. Politik, sukan, hiburan dan mcm2 lagi. Bukan apa, tak nak ketinggalan zaman. Aku tak nak aku tak tau apa yg org lain tau. Ye lah, profession aku pun memerlukan aku tau apa2 perkembangan terbaru dalam dan luar negara.

Tapi, macam yg orang lain juga buat, kalau online, Pesbuk juga haruslah online. Walaupun aku ni bukan jenis setiap 1/2 jam update status atau hari2 update status, kengkadang ada jugak aku online pesbuk tapi tak update apa2, tapi macam dah wajib la pulak utk hari2 online pesbuk. So, apa jadi dgn blog? Ntah, ada kengkawan aku yg rajin online Fb, juga rajin update blog. Ada jugak kengkawan aku termasuk aku sendri rajin jugak online FB tapi blog bersawang!! Tapi yelah, itu masing2 punya pasal la ye tak mana satu yg diorang nak update. Janos ckp FB update pendek, Blog bole cerita panjang. Tapi ada gak aku tgk org update status panjang kat FB. Ye lah, suka ati diorang lah nak panjang ke, pendek ke? (yang aku ni sendri tanya, sendri jawab ni apahal??)

Hmmmm...aku harap pembaca semua faham aku yg aku nak sampaikan ni. Aku rasa aku cuba mencari kerelevanan blog ni selepas kemunculan pesbuk. Tak penting pun, saja nak berpikir. At least, panjang gak penulisan aku kali ni. ok guys..see ya later, my wife is calling me 4 lunch!!

Read more...

I'm back!!

Salam...

Aku kembali semula ye kengkawan. Lama benar aku tak menulis. Ntah...mood takde utk menulis. Kesian aku tgk blog aku nih. Yelah, sampaikan bro Janos telah mengucapkan tahniah kepada aku kerana aku adalah penulis yg paling kering idea..keh keh keh..Tak tahulah kalo dia mmg umpan aku utk menulis semula atau pun saje je nak ucapkan tahniah kpd aku.

Byk bende dan perkara yg berlaku dalam kehidupan kita selama ni yg aku tak dapat atau aku malas sebenarnya utk nukilkan dalam blog nih. Ok..kalo aku nak ingat2 balik, Man Utd dpt tpt ke 2 EPL (Hampeh!!), Chelsea menang EPL dan FA Cup, (Lagi lah hampeh!!) Inter Milan menang Champion League (yg penting Bayern dan Robben kalah!!), PRK Hulu Selangor BN menang, PRK Sibu PR pulak yg menang, hmmmm apa lagi ye, kes budak kena tembak, dan mcm2 lagilah isu menarik utk dirungkaikan, samada politik luar dan dalam negara, sukan, hiburan dan mcm2 lagi. Aku rasa kalau aku tak cerita pun semua org tau dan boleh baca di blog2 yg lain.

Cuma aku memang saspek lah kat bro2 aku nih iaitu Janos, Fulim, Andy dan yg lelain nih. Bkn apa, walaupun apa yg berlaku, masalah dan cabaran, ada masa ke tidak, namun mereka tetap menguatkan diri utk menulis dan mengupdatekan blog mereka. Aku nak jadik mcm diorang lah. Semoga Tuhan memberi aku kekuatan seperti kengkawan aku nih utk terus berkarya. Yelah, bak kata Janos, tulislah walaupun hanya satu baris ayat. Insyaallah, dengan Danial dan Latifah di sisi, aku akan berusaha mencapai tahap terbaik untuk berkarya.

Kepada Fulim, tahniah kerana mendapat Blackberry baru, kurangkan sikap bersedekah blackberry anda kpd org lain ye...hehehe..

Kepada Ben, selamat berjaya ditempat baru, hijrah itu baik dan Tuhan sentiasa bersama org yg sabar,

Kepada Andy, aku sanjungi keberanian saudara yg berjuang berhabis-habisan di klinik gigi,

Kepada Janos, aku saspek hang kerana hang selalu hupdet blog dan menceriakan kami dgn penulisan anda,

kepada Fitri adik aku, tak lama lagi dah nak balik, bawak2 bersabor la ye, miss u bro,

kepada Ajak dan Karen Mok, lps ni kita layan sesama world cup online dari jauh aje lah ye, miss those days at Rosmerah Stadium!!

kepada anak bini aku, aku sayang korang semua,

kepada pembaca blog ni tak kira sapa pun, aku berazam akan terus menulis. World Cup pun nak dekat, so byk bende yg boleh diulaskan nnti. Ok guys...see ya later. Nak solat Isyak sat.

Read more...