Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, January 31, 2010

Damn.. We 're GOOD!!

"Kalah, kalah, kalah.....kenapa la Man Utd ni terer sangat!!! Bila la team aku ni nak abis kesengalannya!! Mampus la aku mcm ni!!! Huuuuuu!!!"

Salam...

Mata pun dah ngantuk, Nani, Rooney and Park Ji Sung, kita bagus, bukan itu saja, kita hebat, memang hebat. Nak belasah banyak-banyak, dah janji ngan Wenger pulak tak nak bg dia malu!! Besok aje la aku ulas bebanyak..Happynya aku ari ni!! Tidur lena la nampaknya!! keh keh keh!!

p/s: Ajak, kenapa tak bls msg aku, tipon pun tak nak angkat!! Purak purak tidor konon!! Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!

Read more...

Mmmmuuuuaaaaahhhh!!!!


Danial....Ayah and Mak love you so much!! Hugs n kissess from us to you!!

Read more...

Mat Perak Nasik Kandaq!!

Salam..

Lama dah ruangan jalan2 singgah makan ni tak di update. Hari ni aku nak bg tau satu tempat makan menarik dan popular di Ulu Kinta tempat aku kursus nih. Nama kedai makan ni ialah "Mat Perak Nasi Kandar Penang". Kedai makan ni selain jual nasi kandar Penang, ada jual makanan lain seperti makanan western dan jugak goreng2.

Tokei kedai ni namanya Abg Mat Perak. Beliau dulu pernah kerja di Pelabuhan Penang. Beliau juga terer bermain badminton hinggalah menjadi wakil Penang pada sekitar tahun 70-80an. Sekarang tangan yang dulu hebat menyemash (betul ke perkataan nih?) bulu tangkis kini hebat memasak resepi nasi kandar.

Kalo nak datang dari Ipoh, terus menuju ke Tambun, terus ke Tanjung Rambutan, sampai trafik lite ke PGA Ulu Kinta, kedai dia betul2 kat simpang tu.

Servis bagus, pantas dan pembantu kedai ramah tamah. Harga makanan pulak berpatutan. Sedap dan maarii sungguh karinya!!!. Jom singgah!! (Lapaq la pulak aku nih!!)

Abg Mat Perak, ramah orangnya!!

Mailah makan, jgn lupa bayaq sudah!

Antara juadah....menyelerakan..

Baik punya!!

Besaqnya periuk!! Dapat kat Ajak settel dia sorang aje!!

Read more...

Friday, January 29, 2010

Clash of The Titans lagi!!


Salam..

Ok..ok..Besok ada satu lagi Clash of The Titan bagi semua peminat bolasepak dunia termasuklah aku, Ajak, Hardiness, Janos dan lain2 lagi. Manchester United VS Arsenal. Venue: Emirates Stadium.

Perspektif United: 1st game Utd menang dgn Arsenal 2-1 di Old Trafford. Itu jugalah yang akan terjadi besok dan selama-lamanya iaitu Utd tetap menang dan menang dan menang lagi manakala Arsengal tetap akan kalah dan kalah dan kalah sampai bila2!! Wayne Rooney sedang ompom, manakala Vidic pula akan kembali turun utk memperkuatkan pertahanan. Cuma Perdinand pulak tak dpt main sbb kena ban pasal hayun muka player masa lawan Hull ari tu!! (Kayu punya org!!). Utd pulak makin berkobar-kobar lps mng terhadap City ari tuh!! Arahan terbaru Ferguson, pakuk kaki dulu, baru bola!! keh keh keh!!

Perspektif Arsengal: FA Cup dah out lwn team lauk. Haritu game midweek pulak seri o-o lawan Aston Villa. Thomas Vermaelen patah kaki maka sup cendawan Campbell si kuda tua mungkin akan diturunkan dan mungkin juga akan patak kaki jugak bila bermain, Eduardo hamstring dgn cirit birit. Van Persie demam denggie. So prestasi Arsengal sejak kebelakangan ni agak sengal walaupun memang diketahui mereka mmg sengal. Harap Pabregas ajelah.

Prediction: Mestilah team aku menang kurang2 pun 4-0!! Tapi aku tak kisah yang penting menang, kalau tidak telinga aku tidak akan mampu menahan abuse dari Ajak dan Hardiness!! Tu tak masuk serangan bertalu talu di Muka Buku lagi!! Nasib baik saya telah stenby sebuah jet pribadi utk bawa saya bersembunyi di Uganda jika ditakdirkan perlawanan ini tidak memihak kepada team saya!! Keh keh keh!!

Go Go Utd!!

"Sen, tolong lah..mintak bebudak ko score tak lebih 6 bijik, malu aku nanti Sen dgn org kampung!!"


"Ye lah, yelah..tgk lah nnti aku cakap kat budak Runi tu, dia kalo main, ko tau lah, dah macam badak sumbu dah, aku pun tak leh nak ngontrolnya!! Ko ni pun..dah tua2 asik nak merajuk aje!!"

Read more...

Ucapan Kemenangan!!


Salam..

Pagi semalam ada pertandingan tarik tali Final dan team saya telah menang mudah straight set.

"T/Kasih pada yang mendoakan kejayaan saya dan pada yang memberi sokongan. Alhamdulillah, Saya tujukan kemenangan ini pada kedua ibu bapa saya, isteri kesayangan yang tidak jemu memberi sokongan, anak saya Danial yang menjadi sumber inspirasi saya dan kepada semua peminat saya yang sentiasa berada di sisi saya sejak hari pertama lagi. Tanpa saya siapalah anda semua!! Tq skali lagi!!"

Keh keh keh!!

Read more...

Thursday, January 28, 2010

King Of Manchester!!

Betul la!! Team aku dan Arsengal memang kayu!! Utd memang Champion Of The World and The Universe!! Mampus aku mcm ni!! Dgr2 Kelantan FC nak pakai coach...


Salam..

Walaupun aku tak tgk, aku puas hati sbb team aku menang 3-1. Aggregate 4-3. Wayne Rooney tgh ompom!! Padam muka kau Mancini!! Takde team yang lbh kuat selain Utd kat muka bumi ni!! (Arsengal kuat jugak, Kuat Kalah dan Kuat Sengal!! Keh Keh Keh!) Dan Raja di Manchester ialah Utd!! Ko boleh pg mampus dgn City ko tu!!

Baru ko tau di atas langit ada langit lagi!!! Huh!!


Read more...

Tarik Tali


Salam..

Pg tadi aku ada pertandingan tarik tali antara platun. Macam nak patah bahu aku dibuatnya. Nasib baik menang masuk Final pagi besok. Kuat jugak aku ni!! Keh keh keh!! Ok Guys..doakan kemenangan aku besok ye!!
Read more...

Bukak La Wei!!


Salam..

Ingat pg nnti nak tgk bola. Utd vs City, semi final Carling Cup. Sbl ni Carling cup nih taklah penting sgt. Tak ngk pun takpe. Tapi kali ni best. Tu ari dah kalah 2-1. So this time is revebge time at Old Trafford. Teves pulak gaduh dgn Neville. Tu yg buatkan game ni lagi panas.

Plan nak tgk kat mes. Mlm tadi aku suh member aku bgtau budak mes supaya jgn kunci pintu mes sbb kitorang nak tgk bola pagi nanti. So, bila member aku pg, pintu tak kunci, budaknya takde. Member aku balik bilik jap. Bila dia kuar balik 1/2 jam kemudian, pintu dah kunci dan budak mes dah balik, padahal jam blm pkl 10 mlm lagi. Hamjadah punya budak. Abis tu nak tgk kat ner? Kat area Tambun ni bukan mcm KL or JB, ada kedai mamak 24 jam. Kalo ada pun tak tyg bola. Kayu btl.

Akhirnya kami pun membuta sampai pg tak tgk bola. Sakit ati betul!!



Read more...

Wednesday, January 27, 2010

Scratch Scratch!!

Sebenarnya aku rasa bersalah sangat kat blog nih. Dah lama tersadai. Bukan apa, aku penat, sibuk, bizi, tension, dan lain-lain lagi, membuatkan blog nih terbengkalai. Banyaknya alasan, tapi dah aku rasa mcm tu, nak buat macamana. Byk isu2 penting yang aku terlepas utk ulas, dari hal bola hinggalah isu semasa.

Rasa macam nak kena start from the scratch la. Design blog ni pun rasanya mcm dah tak uptodate. hmmmm..kena buat sesuatu la. kena buat setapak dan setapak lagi (bukan setapak kat KL tuh ye!!!). JanJanos pun dah perli dah apasal tak update blog. Ntah, aku perlukan something utk start balik la. Maap bebanyak ye!! aku akan cuba.....!!
Read more...