Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, May 31, 2009

Hins..Hins!!


Salam..

Tak sangka, rerupanya blog kita ni dipantau skuad penilai carta blogger janjanos. tak tau la pulak. Tiba2 aje I dapat tempat pertama!! Hins hins hins... I bukan apa, menulis bukannya kerana pujian, juara carta dan sebagainya, tapi ikhlas untuk berkongsi cerita yang tak seberapa dengan khalayak yang sudi membacanya. Walaupun begitu, I tetap ingin mengucapkan terima kasih very strong kepada Bro Janos. Ini semua akan membuatkan I lebih berusaha untuk terus menulis dan menyajikan bahan rencana yang lebih bermutu untuk menguatkan minda.

Ok guys, see ya again. bye....

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

Heartbreak In Rome!!


Salam.

Tahniah kepada Barcelona. They were the better team tonight. Utd telah berjuang habis-habisan. Namun Barcelona telah memberi pengajaran berguna kepada Utd pada final kali ini. Tiada larian lipas kudung dari Messi, tiada skil menggelecek hebat dari Henry dan tiada ke'babi tonyok"an dari Eto'o. Yg penting, pegang bola seberapa lama yang boleh, passing yang sempurna, tidak buang bola dan taktikal yang bagus. Tahniah sekali lagi.

Utd tetap akan bangkit musim depan. Utd tetap akan ke final lagi musim depan. Inilah sikap Utd iaitu sentiasa belajar dari kesilapan dan kelemahan untuk menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Team ini masih muda dan hei..kami masih lagi juara EPL!! Champion League ni kira bonus aje!!

Lepas ni tinggal satu aje game yg tinggal iaitu final FA cup antara Chelsea dan Everton. Tapi tak la best sangat aku rasa pasal team aku tak terlibat. Lepas tu liga bercuti dan start balik pada hujung tahun kalo tak silap. Sementara tu, kaki bola macam aku, ajak dan karen mok akan jadik macam org bodo setiap hujung minggu sebab tak tau apa benda yang nak dibuat. Hmmm... Sabo ajelah. Mungkin masa terluang tu nanti bolelah diisik dengan bende berpekdah seperti bersiar-siar dengan famili di pasar borong dan menjadi blogger hujung minggu sepenuh masa!!

Mata pun dah ngantuk ni. Team aku pulak kalah. Pagi ni keje. Uuuuhhhh!! What a day!!! Tido kejap la. Satgi jangan tertinggal flight balik Malaysia sudah. Terpaksala aku jadik penduduk tanpa izin kat Rome ni nanti!! Arrivederci Roma, It's time to say goodbye. Time to wrap up this Rome adventure. It's been a marvellous european football season for us. We' ll meet again soon!! Chow!!


Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Cerita spital swasta!!


Salam.

Pg tadi aku pg spital. Ada rasa sakit kat bahagian rusuk kiri. Sakit dah lama dah. Cuma kali ni makin serious plak. Kalo makan aje musti rasa tak selesa rusuk aku nih. Tapi aku bukan nak cerita pasal sakit aku nih. Aku nak cerite pasal 2 spital swasta yang aku penah pergi dan beza yang amat ketara dari segi serbis.

Dulu aku biasa pegi ke satu spital swasta kat area Pandan Indah sebab rawatan kidney stone aku. 1st sekali bila patient @ customer datang (bukan kes emergency), dia akan suh korang bg IC dan duduk. Akan ada satu staffnurse muda belia isi korang punya borang pendaftaran. Korang takyah buat apa pong. Lepas tu dia akan tanya masalah perubatan, samada korang akan terus ke klinik pakar atau jumpa physicist. Nurse tu pulak akan stenby korang punya fail siap masuk beg, dan bawak korang secara beriringan jumpa doktor. Sambil tu dia akan tanya korang ada insuran ke atau pakai GL. Dia akan uruskan semua. Siap dpt air mineral free sebotol.

Lepas korang jumpa doktor, p.a doktor yang juga awek lawa akan panggil nurse tadi amik korang untuk amik ubat, set apoinment dan terus buat payment. Korang tak payah tanya banyak atau tunggu lelama. Orang pun tak ramai. Keadaan memang selesa. Nurse pulak muda-muda dan comel lote. Bila ngkorang balik umah, besoknya akan ada satu staff dari hospital akan tipon korang untuk buat survey serbis yang diberikan dan korang boleh komplen apa yang korang tak puas ati. Nak ngorat staff tu pun bole. (org lain yg buat, bukan aku, keh keh!!)

Pg tadi kat satu spital swasta area berdekatan Ampang, sampai aje org cukup ramai, so dah stat tak selesa. Pg kaunter satu awek kategori ok ok aje tanya nak bayar pakai apa, GL ke insurans. Aku cakap pakai GL company, awek kaunter suh pg satu ruang kat hujung, tulis nama lepas tu akan ada org panggil utk kompom GL. So aku pong pg tunggu kat ruang tu, org ramai jugak tgh tunggu, kena tulis nama sendri. Nasib baik awek yang panggil aku utk kompomkan GL ni lawa. So takpe.

Lepas dia print GL, dia suh aku naik lif sendri pg tkt 2 bilik no 5 bwk GL yang dah siap print. Aku sampai kat bilik tu, ada 6 patient tgh tggu doktor. Aku dah hangin. Nasib baik kerani kat bilik doktor tu lawa. Takpe lagi. Setelah aku tertidur hampir sejam, aku dipanggil jumpa doktor. Dia tanya apa masalah, aku pun citer. Yang bestnya dia boleh agak2 apa masalahnya, cuma punca dia tak kompom. Dia nak bagi ubat, aku cakap tak perlu X-ray ke, scan ke, dia ckp terpulang aku lah. Tu yang aku rasa nak lempang aje doktor tu. So setelah aku insist, dia hantar aku pg X-ray.

Skali lagi aku kena jalan sensorang pg ground floor carik bilik x-ray. Setelah puas menunggu aku pun buat x-ray. Jam masa tu pukul 1. Lepas tu bila selesai, tukang x-ray kata aku boleh amik result pukul 2.30 ptg pasal diorang nak lunch. Aku sound balik, patient kena tggu korang lunch ke?? Spital swasta hamjadah apa nih?? Pompuan tu ckp doktor takde, dia pun muka dah agak kaget. Aku pun blah. Terpaksa aku ke shopping complex berdekatan pg saloon gunting rambut aku! (terpaksa konon!!).

2.30 ptg sampai, amik result x-ray, pg balik bilik doktor, ada notis kat pintu, pukul 3 baru bukak. Aku pun pg smayang zohor, datang balik pukul 3, pukul 3 lebih baru doktor masuk. Aku jumpa dia, dia tgk x-ray, dia kata semua normal. Pg bawah amik ubat, kena tunggu dalam 1/2 jam lagi, baru bole balik.

Habis satu hari pengalaman aku di spital ini. So guys, kalo korang ada choice, buat la pilihan yang terbaik sbb kat Malaysia ni ada byk spital swasta utk dipilih. Pada pendapat peribadi aku dari segi serbis dan kecomelan nursenya, spital swasta tempat aku berubat kidney stone tu is the best. Tapi tu terhad jugak pada panel spital mana yg company korang punya. Kalo ok, ok lah, kalo idak, Spital gomen aje lah Yeob!! Ok chow.

Moral of the story: Lebih bagus serbis dan tahap kecomelan nurse sesebuah spital itu, lebih tinggi peratus untuk anda lebih sihat dan bermotivasi!! keh keh!!


Read more...

Sepetang di Tesco Ampang.

Salam.

Semalam bro Fulim dgn Jan MC (cuti sakit, bukan MC hammer!!). Aku tak mc. Ada miting dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah, badan pun dah sihat dan agak kuat. So petang tu kitorang sepakat menghabiskan masa petang kat Tesco Ampang. Bole la aku beli barang sket nak letak kat opis.

Aku dgn Fulim sampai dulu. Terus masuk dalam Tesco. Jalan punya jalan, sampai kat area barang elektronik. Sampai kat rak kamera, aku pun jenguk2. Kebetulan memang aku bercadang nak carik kamera digital dalam masa terdekat. Ye la, bulan Julai, Man Utd turun Bukit Jalil tu! takkan nak snap gambo pakai h/phone! Apa kelas!! Aku musti prepare awal. Kamera terunggul untuk bergambar bersama team terunggul!! Chaiyok!!

Akhirnya dengan nasihat profesional bro Fulim aka "rakan blogger", alhamdulillah aku telah berjaya menyambar sebijik kamera 'Olympus stylus TOUGH 8000'. (Dah macam cyborg citer terminator la pulak bunyiknye!!).

Lepas tu kitorang lepak kat kedai mamak Restoran Kandar Che Abang Tesco Ampang untuk minum petang menanti bro Janos sampai sambil test kamera baru!! keh keh!!

2 of my best buddies in the whole wide world!!

ABC yg best. (Fulim punya tapi aku yang habiskan!! keh keh!!)

Snek petang: mee goreng mamak dan teh tarik!! (snek??)

Read more...

Sunday, May 24, 2009

Berita Gempar!!

Bintang baru Man.Utd!!

Berita Gempar!!

Alex Ferguson dikhabarkan telah berjaya menandatangani bintang baru untuk Manchester United bagi menggantikan Carlos Teves. Pemain yang juga diintai oleh Barcelona dan Real Madrid ini bermain di posisi striker dan akan di 'unveil' dalam sidang akhbar minggu depan. Pemain yang dikenali dengan nama Danial ini dikhabarkan bernilai hampir 500 juta pound dan mempunyai kemahiran menggelecek bola, larian yang pantas serta shooting yang amat tepat ke arah pintu gol. Kelebihan lain yang dimilikinya ialah beliau dapat membuatkan pemain lawan tidak sampai hati merebut bola darinya kerana ke'kiut'annya yang amat sangat. Sama-sama kita nantikan kemunculannya!! (keratan akhbar 'The Times, Oliver Neil, 25/5/09)

Read more...

Mentaliti & Standard!!

Salam,

Hari ni hari terakhir game BPL kat tv. Bagi team champion mcm team aku, dah takde apa lagi, cuma fokus untuk final Champion League menentang Barca di Rome minggu depan nanti. Malam ni Utd telah turunkan 2nd team untuk lawan Hull. Hull kena menang game ni dan kalo diorang kalah jugak, diorang kena harapkan Newcastle kalah dgn Aston Villa untuk diorang kekal dalam Premiere League musim depan.

Seperti dijangka, walaupun main dgn 2nd team, United menang 1-0. Patut letak Alex Pegesen dgn staff aje yg main, pun mesti menang jugak!! (Riak!!). Tapi at last yang paling hepi ialah Hull sebab walaupun diorang kalah, Newcastle yang dipimpin Alan Shearer kalah dengan Aston Villa yang menyebabkan Newcastle yang akan turun ke Championship season dpn. Penyokong Hull yg kegembiraan mula bersorak dan ada yang masuk padang lagi!! Macam gampang!! Selebret sebab kekal dlm premiere league mcm selebret menang Champion League tuu!!! Rendah betul mentaliti team2 bawahan ni. (Dengan riak sekali lagi!!)

So guys, minggu depan moh le reramai ke ROME untuk melihat team bertaraf DUNIA main bola!! Keh keh keh!!

p/s: Arsenal tu kira team bawahan jugak ke?? Hmmmm.......lu pikir la sendri!!(Keh keh keh!!!)

Read more...

"Shopping!!"

'koleksi ubat aku. Ni tak masuk ubat klinik bagi. Dah boleh buat farmasi sendri nih!!'

Salam..

Ntah, dah 3-4 hari aku tak sihat. Badan letih, lesu. Nak kata demam tak plak. Pening pun idak. Cuma kengkadang sakit kepala dan mengantuk. Semalam pg klinik, Dr kata blood pressure ok, demam takde, cuma tekak bengkak sket. Dr kata kalau tekak bengkak pun badan boleh pancit. Ntah ye atau tidak. Lepas amik ubat aku pun balik. Mintak-mintak la ada perubahan. Jan cakap mungkin aku stress dgn keje. Mungkin jugak. Macam2 hal berlaku kat opis skrg ni.

Siang sebelumnya sempat aku shopping kat Tesco blakang umah. Bukan apa, shopping ubat. Sampai budak yang jaga farmasi tu tanya aku "abang ni nak buat first aid ke bebanyak ni?". Tapi aku senyum aje. Banyak jugak la ubat-ubatan yang aku beli utk stenby kat umah. Dari panadol sampai la ke Ameltz Yoko yoko. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Doakan aku ye semua kengkawan!! Amin.

Read more...

Teloq!!

Korang tgk ayat kat belakang lori nih! keh keh keh!!

Salam..

Tu ari gi pusing-pusing Ampang dgn Bro Fulim, jalan pulak jem, kitorang duk belakang satu lori ni. Aku pun snap gambar ni. Ingat, walau apa pun jenis telur yang korang makan, pastikan ianya "telur yang prihatin!!" kah kah kah kah!!

p/s: Jak, telur ko prihatin tak?? keh keh keh!!

Read more...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, majlis doa selamat dan aqiqah anak aku berlansung dengan selamat dan jayanya. Thanks to orang surau Bukit Jaya, kengkawan, sanak saudara dan mereka yang menjayakan majlis samada secara lansung atau tidak. Allah saja yang membalas budi kalian. Nanti aku upload gambo majlis. (kameraman tak bg lagi kat aku!). Ok bye.

Read more...

Champion!! (Again..)


Kami Champion lagi!! Tahniah Manchester United!! Next stop.. ROME!!.
(arsenal, liberpool n chelsea, anda boleh cuba lagi tahun depan!! keh keh!!)

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

Break!!

"With this cute face, I can get away with anything, he he he!!"- Danial

Salam.

Minggu ni seminggu aku berada di JB. Saje bercuti nak melapangkan pikiran yang agak serabut dan badan yang agak penat bekerja. Minggu ni aku merancangkan adakan majlis aqiqah untuk putera aku Muhammad Danial Zulkarnain Bin Izuddin pada 15 hb Mei 2009 (Jumaat). Harap semuanya berjalan lancar InsyaAllah. Apa2 aku akan update nanti dalam blog ni. Hoping to have a nice cuti break 4 myself and my family. Until then take care and stay safe everybody, Bubbye!!

Read more...

Wednesday, May 6, 2009

Kembali Berpijak di Bumi Nyata!!


Salam semua.

Setelah aku pikir, aku amik keputusan teruskan jugak menulis. Rehat sekejap ajelah . Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi buah pandangan. Dalam artikel aku kali ini, ingin aku gantikan kata nama "aku" sebagai "kami" yang membawa pengertian yang lebih mendalam.

Kepada Karen Mok dan Ajak dan semua penyokong Arsenal, kami ingin berbicara dari sudut hati yang tulus lagi murni. Dengarkan ya.....

Ye kami dah lama tau, team kami mmg hebat. Kami telah ke Final tahun lepas dan kami ke final lagi tahun ini. Kami menang tahun lepas dan kami akan menang lagi tahun ini. Itu lah kami, The Greatest Football Team EVER!! in the World and the Universe!!

Tahniah juga kepada Arsenal kerana berani mencuba. Bukan itu sahaja, anda berani berangan untuk menang ke atas kami. Bukan itu sahaja, anda berani berangan untuk ke Final dan menang Champion League. Tak mengapa, tak salah mencuba dan tak salah berangan. Teruskan mencuba dan berangan dan bila anda rasakan anda sudah berupaya untuk bersaing dengan kami, kami akan bawa anda semula berpijak di bumi nyata dengan mengalahkan anda lagi dan lagi dan lagi.

Kami tak riak, kami tak takbur. Tapi inilah kami. Dilahirkan sebagai juara. Atas dasar itulah ramai orang tak suka dan benci pada kami. Tapi apa kami boleh buat. Kami tak minta dijadikan sebegini hebat dan terer. Salahkah kami terer, power, magical, mystical dan sebagainya?? Inilah resam dunia, memang mereka sentiasa cemburukan kami yang sentiasa lebih daripada mereka. Bila kami bantai Arsenal 3-1, dengan jaringan free kick yang cantik daripada Ronaldo, dengan jaringan counter attack yang efektif dan berkesan, kami tidak berniat memalukan mereka, walaupun mereka patut rasa malu dengan diri mereka!! Kami cuma hanya tunjukkan kepada mereka bahawa jika ingin bersaing di peringkat dunia, inilah standard yang perlu mereka ada dalam pasukan mereka. Jika mereka masih enggan mengakui kebobrokan yang ada dalam diri mereka, sampai bilalah mereka takkan belajar!!


We are Numero Uno!!

Macamanala boleh tersadung tadi!! Hamjadah punya but Power!!

Kalah lagi, Johor FC ada kerja kosong kot!!


Membangun Bersama Asia!!

ROME!! Here we come!!

Selama 4 tahun, mereka hanya mampu mendabik dada, kamilah itu, kamilah ini, tapi jangankan kejuaraan, satu piala pun mereka tak ada. Kami bukannya benci, kami lebih kepada kasihan. Kami rela membantu, tapi nanti kami dilihat sebagai menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Pada kami, mengalahkan mereka adalah salah satu cara untuk membantu mereka. Entahlah. Kalau kamilah, tak sanggup berhadapan dengan dunia tanpa apa-apa kejuaraan untuk dipamerkan. Mungkin muka mereka sudah agak tebal, tak tahu lah. Maklumlah, kata orang, alah bisa, tegal biasa. Memang mereka ini spesies muka tak malu agaknya.

Hujung bulan Mei ini kami amat sibuk. Ini kerana tidak seperti org lain, kami akan berada di ROME setelah kami bergelar juara bertahan liga perdana Inggeris (LAGI!!!) season ini. Tapi kami akan sentiasa cuba meluangkan masa untuk menulis, kerana kami tahu anda pasti merindui kami yang Champion ini! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!

p/s: Apa yg anda baca ini ikhlas, kami tiada sedikit pun niat untuk menunjuk2 dan berlagak! mahupun menghina walaupun nampak macam begitu, kami cuma merungkaikan apa yang kami rasa!!! HAHAHAHAHAHAHA!!!!


Read more...

Sunday, May 3, 2009

pause..

Salam

Terima kasih pada mereka yg telah beri sokongan. Aku tgh pikir samada nak rehat kejap atau berhenti terus dari menulis. TQ very much.
Read more...