Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, February 25, 2009

Hi to All....


Hi to all…

Sekarang ni aku masih ada kat opis. Ada kije sket. Malam nanti ada miting dengan bebudak. Ari ni masuk opis lambat sket. Maklumla pagi tadi berjaga tgk bola. Ye…tgk bola!! Team terbaik dunia Man utd menentang juara liga Itali iaitu Inter Milan dalam pertandingan liga juara-juara Eropah. Ye lah bukannya senang bila dah sampai peringkat kalah mati ni. Well, mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari memenangi sesuatu kejuaraan.

Season ni, Man Utd dikabar-kabarkan untuk memenangi 4 kejuaraan sekaligus. Club World Cup dah dalam tangan. Ada Champion League, BPL Champion, FA Cup dan Carling cup. Carling Cup dah ke final dah jumpa Spurs. Mampos.. penat giler macam ni. Tapi bak kata Sir Alex, biar apa pun kata orang, we take each game at a time. Tak payah nak piker jejauh. Nanti kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Komen aku pasal game pagi td, walaupun seri 0-0, ternyata ia adalah lebih positif dari kalah. Main kat San Siro plak tu. Banyak aspek dari segi taktikal yang perlu dipikirkan. Wayne Rooney dan Tevez tak masuk 1st eleven dan Ronaldo kene main 2nd striker dibelakang Berbatov. Ini semua untuk Man Utd mewujudkan barisan midfield yang lebih protective kepada barisan pertahanan United untuk mengekang Ibrahimovic dan Adriano. Semua orang tau yang back four United pada pagi tadi agak lemah. Vidic digantung perlawanan, Nevill, Rafael dan Wes Brown pulak cedera dan tak dapat ikut ke Itali. Nasib baik last minit Jonny Evans dan O’Shea bole main. Itupun setelah diberi injection pain killer untuk tahan sakit.

Walaupun begitu, back four tetap berfungsi baik, manakala Fletcher dan Carrick bijak hold the ball yang mana memberi ruang kepada Giggs dan Park Ji Sung a.k.a Oxygen Tank membuat larian berbahaya. Pujian juga patut diberikan kepada keeper Inter Milan iaitu Julio Cesar yang berjaya (Nasib aje tu…) menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Ronaldo . No wonder he’s Brazil no 1 right now. Anyway, tak sabar untuk perhitungan kali ke 2 di Old Trafford yang mana pasti sengit dan Man Utd pasti akan menang game ni. Aku pulak kena berjaga lagi utk tgk bola. Yang penting semangat!!

To Arsenal, tahniah sebab menang 1-0 melalui penalty. Biasalah, kalo takde penalty, sure dah kalah atau seri. Next game, main kat Roma pulak, hehehe!! Baru tau langit tu tinggi ke rendah!! Well gang, cukup ulasan bola untuk hari ni, nak relax sekejap. Mata pun berpasir ni tak cukup tido!! Chow…

Read more...

Sunday, February 22, 2009

Terkenang-kenang!!

Hai..kengkawan.

Dalam aku boring-boring aritu, aku pun masuk web isuhangat blogspot.com yang mana aku ada masukkan linknya dalam blog aku nih. Cuma ada 2 artikel dalam web tu yang membuatkan aku tersenyum sensorang dan terkenang masa masa dulu. So aku pun amik keputusan untuk masukkan urlnya untuk kengkawan aku baca sendri. Mungkin korang yang baca ni pun akan tersenyum sensorang. Cuma jgn senyum lama sangat kalao kat opis tu, nanti org cakap tak berapa betul la pulak. URLnya ada kat bawah ni. So folks, enjoy reading!!

1)http://isuhagat1.blogspot.com/2009/01/kalau-korang-lahir-pada-tahun-1973-1984.html

2)http://isuhagat1.blogspot.com/2009/01/tanda-tanda-kita-dah-tua.html


Read more...

Thursday, February 19, 2009

"SKYPING"

Pukul 4 petang semalam sempat aku ber ‘skype’ dengan kawan aku di Yanbu, Arab Saudi bernama Rezal @ Karen Mok. Kat Yanbu masa tu pukul 11.30 pagi. Karen baru lepas sarapan. Masa tu dia baru berada di hotel persinggahan sebelum masuk rumah sewa. Lama gak kitorang borak, l/kurang ½ jam. Maklumla, skype ni pun free, Bagi sapa yang tak tau pasal skype ni, skype adalah perkhidmatan video call internet secara percuma. Yang penting ada laptop, kamera kompiter dan line internet. Bole terus online.

Dari riak wajah member aku ni, aku rasa dia dah agak relax dan sedang dalam proses menyesuaikan diri di sana. Dia cakap cuaca kat sana sekarang macam kat Malaysia, Cuma siangnya lebih berangin dan malamnya lebih sejuk. Makan pulak lebih kepada yang berbakar dan berdaging. Sandwich yang dia makan pagi tu dia cakap besar sangat sampai tak abis dia makan. Tapi aku rasa kalau member aku yang nama Ajak tu yang makan, bukan setakat satu sandwich, ketuhar sandwich tu pun dia makan. Hahahahaha!!

Sebelum kami offline, Rezal sempat kirim salam pada kengkawan yang berada di Malaysia. Dia juga jemput aku datang ke sana untuk jalan-jalan. Hehe..insyallah, kalau berkesempatan, aku pasti sampe ke sana. Member aku ni cakap hari ni dia akan bersembahyang Jumaat di Madinah, salah satu bandar lagenda dan suci umat Islam. Alhamdulillah, akhirnya member aku berjaya menjejakkan kaki dan bersolat di sana.

Anyway, nice to hear from him ‘live’ from Yanbu. We’ll talk again my friend, meanwhile take care of your health and jaga diri di rantau orang. Aku sudahi post ini dengan lirik lagu dari kumpulan Black Dog Bone, yang mana mesejnya khas aku tujukan kepada member aku ni. Lagu “Joget Bujang Di Rantau”. Walaupun ada sedikit kekeliruan fakta mengenai perkataan “bujang” itu utk empunya diri namun yang penting. MESEJNYA!!! (Kalo tak ingat lagu ni carik kat youtube!!)

“Joget Bujang Di Rantau”

Rindu si pungguk pada sang bulan
Tidur tak lena makan tak lalu
Ketika dirimu di rantauan
Jagalah tingkah laku

Tupai melompat didahan tinggi
Air yang jernih nampaklah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan disayang

Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri
Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri

Kalau memburu si anak rusa
Janganlah sampai ke hujung tanjung
Buatlah baik taburkan jasa
Namamu kan disanjung

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

Jemput Kenouri.

3 minggu lepas (rasa-rasa aku la) aku ada terima sms dari sorang kawan bertanya samada aku akan datang tak kenduri akiqah jiran aku hujung minggu tu. Jiran aku ni duduk satu lorong rumah aku dan merupakan kawan kitorang jugak la masa zaman persekolahan menengah dulu, cuma tak la rapat sangat. So aku jawab balik yang aku tak dijemput. Kawan aku forward kat aku sms jemputan kenduri yang dia dapat. Rupa-rupanya dia pun hanya dijemput melalui sms dan memandangkan aku duduk berjiran dengan member tu, dia assume aku dijemput sekali. Kawan aku yang dapat sms ni pulak tinggal kat taman perumahan seberang dengan taman perumahan aku. Kira lagi jauh la.

Aku bukannya apa. Aku tak kisah. Dijemput aku datang, tak jemput tak payah datang. Senang, takde orang kacau aku. Mungkin jiran aku ni tak suka aku kot. Maklumla bukan semua orang suka kat kita. Mana tau aku ada buat salah kat dia ke. Rasa-rasa aku tak de la pulak. Berbual pun bila terserempak depan rumah aje. Tu pun kalau selisih dalam keta main angkat tangan aje. Standard la tu. Ataupun dulu aku pernah jemput dia face to face datang kenduri kat umah aku, tapi dia tak datang dan kali ni dia malu nak jemput aku pulak.

Cuma bila pikir2 balik, mungkin ada hikmahnya perkara ni terjadi. Sekurang-kurangnya aku ingat pesan dan adat orang-orang tua kita zaman aku kecik dulu. Ye la, bila kita hidup berjiran ni, banyak adab dan caranya. Terutamanya bila jiran kita ni sebangsa dan seagama dengan kita. Biasanya kalo kita nak buat kenduri, jiran-jiran kita kena jemput face to face, baru la diorang akan datang. Macam jemput saudara-mara rapat masa kenduri kawin jugak lah. Mana yang jauh tu, kalo tak berkesempatan baru kita telefon untuk jemput. Sms-sms ni dah kira tahap jemput mcm tak ikhlas ajelah. Bagi jiran yang dah dijemput face to face tu kalo tak datang jugak, kira sepatutnya malu sendiri lah. Ye la, mana tau lepas ni giliran dia pulak kenduri, ha.. kalau orang yang dijemput tak datang, sapa nak jawab. Tu yang timbul istilah 'tunjuk muka' tu. Datang kejap pun takpe, yang penting 'tunjuk muka'. Macam tu lah l/kurang bunyiknye.

Ye la kadang-kadang tu kita buat kenduri untuk sedara-mara kita aje, tapi kalo jiran sebelah rumah pun boleh bau apa yang kita masak dan sedara mara kita ataupun kawan kita siap parking kereta block pintu gate rumah dia sedangkan dia sebangsa dan tidak dijemput, agak kurang enak jugak. Tepuk dada tanya selera lah kot. Mungkin perkara ni orang lain pernah lalui jugak aku tak tau la. Perkara ni mungkin juga biasa berlaku di bandar-bandar besar, tapi sepatutnya dengan zaman yang yang lebih maju ni, adat dan budaya yang mana elok ni tak sepatutnya diketepikan.

Dulu masa remaja dan bujang mungkin benda macam ni kita tak pikir, tapi bila diri dah semakin dewasa dan dah hidup berkeluarga, banyak benda dan aspek kehidupan ni yang perlu dinilai dan dilihat semula walau sekecil mana pun perkara tersebut.

Menarikkan kehidupan ni? Hehe..

Read more...

Monday, February 16, 2009

Chief Lauk Antara Lauk.


Kepada Ajak, Eleh, baru menang 4-0 dah kecoh!!Setahun sekali je beb. Tu pun lawan team lauk Cardiff City!! Lainla team aku yang dah memang champion!! Eduardo kalo berani turunla 1st eleben nanti main kat Old Trafford!! Tu ari kaki kanan kan?? lepas ni hempedu kanan plak la!! Hahahah!!Aku juga akan pastikan kekalahan Arsenal nanti turut dirasai di seluruh Yanbu kat Arab nanti, Cewwah!! Jangen marah aaaa!!!
Read more...

Sepetang di Senai


Petang Isnin, aku n wife berada di Senai untuk menghantar Rezal flight ke Yanbu, Arab. Ramai jugak dah berada di sana, family dia, parent dia, kengkawan kilang dia pun ada. Aku nengok mamat ni cool jugak la nak tinggal family jejauh dan aku memang ‘saspek’ mamat ni. Macam tak percaya pun ada. Sedih jugak pasal member aku nak pegi jauh ni, hilang member aku sorang. Anyway, semua orang ada perjuangan dan pengorbanan sendri yang harus dilalui dan sebagai seorang kawan, aku 'saspek' setiap keputusan member aku ni. Pesanan aku kepada brader aku ni, harap kau stay strong, ingat tujuan ko berada kat sana dan ‘NO GUTS, NO GLORY”. We wish you all the best my brother!!

P/S: Jak, mlm ni ngeteh d'lamding!!
Read more...

Lepak bersama Karen Mok


Malam Sabtu lepas, aku, Ajak dan Norezal a.k.a Karen Mok sempat melakukan aktiviti sosial kitorang iaitu ngeteh bersama-sama@ brainstorming@ bertukar-tukar buah pemikiran di tempat wajib kitorang, iaitu Restoran Mamak Rosmerah, Puteri Wangsa dan berborak lah kitorang sambil melayan syahdu malam sebelum balik umah masing-masing. Yela, bila lagi nak dapat ngeteh bertiga macam ni lagi. Sob sob… (sedih!!) . Banyak jugak yang dibualkan kitorang, kerjaya, masa depan, anak-anak, impian hidup, kenapa Arsenal adalah team paling lauk BPL, kenapa Man Utd terrer sangat dan macam-macam lagi.

Aku dan Ajak banyak mendengar dari bercerita malam tu. Maklumlah, nak bagi can Rezal bercerita untuk kali terakhir sebelum flight ke Arab. Kat Arab nanti, dia dah sibuk kije dah. Anyway all the best 4 u my brother!! Jgn lupa pam RM banyak2 kat kitorang nanti!! Keh..keh..keh!!

P/S: Mesti Rezal teringat acara wajib kitorang ni nanti kat Arab iaitu ngeteh reramai kat kedai mamak. Takpe, kat Arab nanti, lu bikin teh sendri lepas tu lu ngeteh la sesame dengan unta, keh keh!!

Read more...

Saturday, February 14, 2009

Mee Rebus






Sabtu 14/2, ptg, aku dan wife pg Balai trafik, kat sebelah stadium tertutup JB, untuk buat repot eksiden aritu. Putera kitorang Danial tak ikut, duduk dengan atuknya aje kat umah. (Lain kali nanti ayah bawak ye Sayang!!). Lepas tu masa nak balik rasa lapar la pulak. Kat mana nak singgah makan ye, haa... kita pegi makan mee rebus jom..Mee rebus ni adalah salah satu makanan peberet org Johor selain asam pedas, mee bandung dll.

So kami pun menghala ke Jalan Mahmoodiah kat JB (dekat Muzium Seni) untuk pekena mee rebus tulang. Tempat ni agak famous jugak. Ramai artis dan VIP datang makan kat sini. Nama tempat ni Restoran Mee Rebus Tulang ZZ. Apa maksud ZZ ni aku pun tak tau. Dalam gambar dah tak nampak pun nama restoran ni kat banner dia. Hilang dah kot. Aku dah ke sini sejak aku bujang lagi. Kat sini selain mee rebus tulang, mee rebus biasa, ikan bakar, jongkang -jongkit pun ada! Kah kah kah!!. Korang bole makan bawah pondok atau makan bersila. (pun bawah pondok gak).

Dulu mee rebus dia siap ada cikedis. Lepas tu sekarang ni ganti dengan bawang goreng aje. Bila tanya tokay apasal tukar, dia jawab "biasa la dik, sekarang harga barang semua naik". Nasib baik rasa dia masih sedap macam dulu. Harga makin mahal pulak. Dulu tak silap, harga sepinggan mee rebus tulang RM 5, skrg dah RM 7. Aku order mee rebus tulang n wife order mee rebus biasa. Balik bungkus 2 lagi mee rebus tulang untuk parent aku. Anyway it still delicious and when you come here, just enjoy the food ok!! Chow!!

Read more...

Eksiden!!



Ptg Jumaat hari tu memang aku nak balik je JB. Tapi kat opis banyak sangat kije ari tu. Tekak aku pulak tak baik-baik ditambah pulak dengan batuk yang tak kurang-kurang.Lepas telan ubat batuk dengan ubat sakit tekak, apa lagi terus mengantuk. Sampai umah ptg tu, lepas packing apa-apa yang patut, aku pun tido dulu nak dapatkan rehat yang secukupnya sebelum drive balik ke JB. Kira rancangannya malam la aku nak bertolak balik, lepas layan berita kat TV dulu.

Jam 6.30 ptg aku dikejutkan oleh deringan h/phone aku. Wife aku call. Aku pun angkat la. Berderau aku bila wife aku nangis nangis. Aku tanya apa hal? Dia cakap keta dia eksiden masa baru balik beli lauk k.pasar malam kat depan Esso Puteri Wangsa. Aku tanya dia ok ke? Dia cakap dia takde mende. Cuma keta dia pecah lampu depan belah kiri, bumper jatuh sket sebab langgar satu keta kancil. Kancil tu kemek pintunya. Dia cakap salah dia sebab tak perasan keta kancil lalu depan dia masa dia nak belok keluar dari Esso tu.

Aku pun syukur tak jadik apa-apa kat wife aku. Keta takpe, bole repair, kalau orangnya jadik apa-apa, susah jugak. Nak dipendekkan cerita, Cina tu pun pg buat repot kat balai, wife aku tunggu aku balik, besoknya baru nak pg balai buat repot. Cina tu dah tentu claim insuran keta bini aku, Cuma aku je nak kena keluar duit sendri repair keta bini aku. Bukan tak nak claim insurans, tapi kalo nak tunggu insuran, mau makan seminggu baru keta tu siap kat bengkel. Nak tunggu adjuster amik gambaar la! documentation la! Keta nak pakai cepat. So kena la keluar duit sendri. Kopak Lagi poket gue!!

Read more...

Thursday, February 12, 2009

Aktiviti sehari.

Hello again.

Hari ni bole dikatakan sebahagian besar masa aku diperuntukkan mengadap kompite aje. Baru kejap tadi aku call Jan, member tu dgn wife dah pun sampe kat A.Star. Walaupun letih memandu keta, beliau tetap sabar melayan pertanyaan aku yang bermacam-macam pasal blog nih. Bagus member aku ni. Seorang consultant dan P.A yang berdedikasi, berkaliber dan berkharisma tinggi. (Bukan bodek!!)

Sebelum tu aku ada call bespren aku kat JB bernama Karen Mok (bukan pelakon Hong Kong tu!!). Dia ada kat P. Gudang tengah berpenat lelah buat blognya dengan Tok Gurunya di P. Gudang. Kamon Mok!! Macam ni lah semangat yang kita mau. Diharap blognya cepat siap. Tak sabo nak nunggu postingnya yang terbaru!! Nak launching nanti bagi tau datenya. Kita selebrate sesama!! Kepada Bespren aku sorang lagi bernama Razak (ajakcute!! Muntah aku!!), Cepat siket update blog tu. Dari ko surf benda bukan2 kat opis tu, baik buat blog ko tu!! Hehehe!!

Pkl 10 malam tadi sempat ber3g dengan wife. Tgh muka baby aku Danial tgh tido!! Comelnya!! Tak sabar ayah nak balik peluk Danial!! Rindu giler. (Dengan maknya pun rindu gak!! Keh Keh!!)

Well, have to sum things up. Besok ada miting. Baju pun tak bergosok lagi. To my frendz and love ones, see you again next time!

Read more...

Wednesday, February 11, 2009

Tak sihat!!

Entah. Dah 2 minggu aku batuk. Agak teruk gak la. Ni ari siap amik MC lagi. batuk ada kahak lagi tu. ubat batuk sebotol abis dah. ni tadi baru lagi amik sebotol dari klinik. Lepas pegi klinik singgah opis sat. tgk apa yang perlu, lps tu tgk orang tukar air-cond kat opis, kejap aje, lepas tu aku pun balik. On da way balik, tipon jan, dia kata tgh lepak dgn bro Fulim kat Ukay Perdana, tgh cuci keta. Dia kata nak balik A.Setar ptg ni. So selamat memandu ye Bro. Member lagi sorang tu plak kata nak pg KLCC carik idea. Ingat nak join jugak, tp bila pikir balik aku ni tak sihat, kensel ajelah.

Balik umah, on kompite, edit le blog aku ni apa yang patut. Jenuh jugak la. Tapi kira berpekdah la jugak dari membuta aje atas katil. Ye la, lagi la lepas makan ubat batuk, mata layu aje. Ok la. jumpa lagi. Aku nak edit something ni.

Read more...
Assalamualaikum. Selamat malam. Ini adalah merupakan tulisan pertama aku dalam blog aku nih. 1st of all, Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita aku untuk menubuhkan blog sendiri nih. Ada jugak aku story dengan wife pasal cita-cita aku nih, wife aku pun bersemangat menyuruh aku start tulis something. Kebetulan pulak malam ni aku free. Boring la pulak duk sensorang. Tu yang start explore menatang blog ni yang mana impian nak buatnya dah masuk 2 bulan lebih dah.

Apa lagi, berbekalkan lampu meja yang agak suram dan suara radio Sinar FM yang berkumandang, aku pun on kompite aku nih. Terima kasih pada Jan dan Fulim yang sentiasa menyokong aku dalam segala hal blogging nih dan yang paling penting, untuk wife aku Queen Lateefa dan anakku yang amat aku rindui, Muhammad Danial Zulkarnain, ayah akan coretkan segala kerinduan ayah untuk mu dalam blog ini, insyallah.

Ok, jumpa lagi kita di lain masa, aku nak repair layout blog aku nih dulu. Jumpa lagi!!!

Read more...