Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Friday, October 30, 2009

Rehat Sat.

Salam..

Dah beberapa hari aku tak update blog. Bukan apa, skrg ada kat JB dgn family. Bila dah bersama family ni, aktiviti 'rakan blogger' (bak kata saudara Letssharehere) agak terhad sket. Maklumla, dah lama tak bersama family..heh heh.

Bsk kami anak beranak nak berlepas ke Kuching, Sarawak. Nak bercuti sat dalam 2-3 ari. Wife aku nak tinjau2 umah kitorang kat sini nanti. If anything aku update nanti ajelah bila dah sampai sana nanti. Ok guys, see ya soon, stay safe ok!! Bye.

Read more...

Monday, October 26, 2009

Jatuh & Bangun!!

Salam...

Topik hari ni yg cukup hangat, kekalahan Man Utd kpd Liverpool 0-2. Kat mana2 org bercerita. H/phone aku tak abis2 msg masuk, sampai jem h/phone aku. Facebook pulak toksah ckp, PANAS!! berbalas kutukan, makian sesama sendri mempertahankan team masing2 berlaku!! Memang Makan Dalam!! Dah lah luka, lepas tu ditaruk garam, air limau. Tak cukup tu, letak pulak kerengga dgn semut api kat luka tu!! Perggh!!

Aduhh!! Mau makan seminggu nak pulihkan semangat nih!! Tapi kita kena bangun lepas jatuh. Itulah pengajaran dalam hidup. Bukan pasal bola aje, dalam kehidupan pun sama. Jatuh, bangun, jatuh, bangun balik dan terus ke depan. Barulah kita dinamakan org yang belajar dan cekal!! Bila jatuh, sekurang2 nya buat kita tersedar dari lamunan dan mimpi yang melekakan. Ia juga buat kita sedar yang kita ni lemah dan harus sentiasa bersedia hadapi segala kemungkinan, walaupun kemungkinan yang datang tu mungkin pahit untuk diterima.

Aku harus positif, ini bukan kali pertama aku jatuh, aku kena bangun kembali. Saje je aku nak lepas marah aku, dan aku tahu memang aku kena bangun kembali, demi keluarga, demi kehidupan, demi Man Utd, aku akan bangun!!!!! GLORY GLORY MAN UTD AND JOETIEFA!!

Read more...

Sunday, October 25, 2009

BANGSAT!!


Aku dah cakap!! Jgn oberkompiden!! Degil!! Kan dah kena!! bangsat betul!! Susah sgt ke nak kalahkan Liberpool sial nih!! Seri pun takpelah!! Dah lah ref bias macam czibai!! Carragher tu patut dah kena kad merah!! Lucas sial tu tackle bangsat sampai 4 kali pun, satu kad pun tak kena!! Memang sial!! Ni yang aku rasa nak terajang org aje nih!! Ini bukan pasal point..memang la diorang takkan menang liga season ni sebab diorang tu bangang, tapi ini soal MARUAH, tau tak!! MARUAH!!

Takpe...korang tunggulah nanti kat old trafford, aku musti balas dendam, main defensive, tackle Torres dgn Gerrad sampai kaki patah, lepas tu referree letak Mike Riley!! Baru korang tau!! SIAL!!

Read more...

Saturday, October 24, 2009

BLOCKBUSTER!!


Salam..

Besok ada Blockbuster!! Man Utd vs Liverpool!! Main kat Highbury. Torres dgn Gerrard injured. Rooney dengan Fletcher pun injured. Semua tak kompom main besok. Man Utd tgh ompom. Liverpool pulak tgh melalui permulaan paling buruk dalam liga sebab dah 4 kali kalah stret. Skrg diorang berada di tpt ke 8 dan ketinggalan 7 point di belakang Man Utd.

Tapi tu semua tak penting. Yang penting besok kena menang. Aku masih ingat season lepas, aku konpiden Man Utd menang. Siap tgk kat Sunway Lagoon lagi!! Man Utd tgh ompom dgn rekod tanpa kalah beberapa game, Liverpool pulak keadaannya sama mcm skrg, iaitu lemau, main pulak kat Old Trafford. Last2 Liverpool menang 5-2!! Hangin je aku. So aku takkan tertipu lagi. Aku takkan oberkompiden!! Team aku mesti menang. Kalo terpaksa sembunyikan spanar dalam seluar pun takpe!! (Mcm Shaolin Soccer!) Yang penting Man Utd Menang!! GO GO MAN UTD!!

Read more...

Orang Tua.



Salam...

Tu hari ada baca posting pasal respect org tua kat blog bro Letssharehere.blogspot.com. Bro Fulim ada mengulas topic respect dan peningkatan usia yg semakin dewasa. Interesting topic. Memang kita ni semakin dewasa. Bila dah berkeluarga dan ada anak ni, rasa makin tua pulak. Bila bercakap pasal tua ni, teringat kat orang tua aku, terutama bapak aku.

Banyak memori aku pasal bapak aku. Walaupun kami ada berbeza pendapat kengkadang, bapak aku adalah bapak Mithali. Aku respek kat bapak aku terutama dari segi cara dia bagaimana dia besarkan kami adik beradik walaupun kehidupan kami tak berapa senang. Bila aku dah jadik seorang bapak, bapak aku adalah role model dan contoh terbaik untuk aku ikut bagaimana caranya besarkan anak-anak.

Bapak aku dulu seorang askar. Kerja kat P.Dickson dan aku dijaga nenek aku kat B.Pahat. Pernah satu ketika bapak aku balik sensorang tgh2 malam ke kampung semata2 nak amik aku untuk dibawa balik kejap kat PD. Mak aku keje masa tu. Kerana kerinduan yang amat sangat, dia tetap balik untuk tgk dan jaga aku kejap. Masa tu umur aku l/kurang 1 tahun lebih, baya2 anak aku sekarang. Dia masukkan aku kat dalam walker, walker tu pulak letak kat seat penumpang depan, ikat dengan seatbelt. Yang bagusnya aku tak nangis pulak tu. Sampai kat tengah jalan kena tahan dengan polis buat roadblock. Polis tu datang kat tepi keta bapak aku dia tanya:

Polis: Ni anak sapa awak kidnap ni??
Bapak: Kidnap?? Ni anak sayalah, rindu punya pasal la aku amik dia tgh2 malam ni. Kenapa? nak tgk surat beranak ke?
Polis: Nak balik mana?
Bapak: Kem askar.
Polis: Ok, jalan jalan.

Skrg ni, aku pun dah macam bapak aku jugak, tgh2 malam sanggup balik untuk tgk Danial. Aku rasa apa yang bapak aku rasa. Aku rasa apa yang setiap bapak rasa.

Kenal A. Ramli?? Bapak aku cukup minat dengan A.Ramli (al-fatihah untuk allahyarham). Allahyarham A. Ramli ni seorang penyanyi yang amat terkenal masa zaman2 60an dulu. Masa aku kecik2 lagu penyanyi inilah yang bapak aku suka main kuat2 sampailah sekarang kat radio. termasuk radio kereta. So sampai sekarang, bila aku terdengar lagu nyanyian A.Ramli, aku teringat kat bapak aku. Dan pada masa yang sama, aku pun minat lagu2 A.Ramli ni dan semua lagu2 lama. Sampai siaran klasik nasional fm kat radio tu pun aku minat dengar. Tu belum Final Bintang Klasik Nasional secara lansung kat TV. Hmm..dah tua ke aku? Entah, tapi mungkin aku sekarang ialah cermin diri kepada bapak aku satu ketika dulu kot.

Apapun, Aku memohon kepada Tuhan untuk panjangkan umur bapak dan mak aku, kedua mertua aku, sihatkanlah mereka, terimalah amal ibadat mereka, bahagiakan mereka, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi aku ketika kecil, berikanlah mereka kesejahteraan dan matikanlah mereka dalam keadaan iman. Aku sayang orang tua aku dan keluarga aku.

Ada seorang penyanyi nih. Namanya Rozaimi Bin Razali, orang kata dia ni jelmaan A.Ramli. Suara dan wajah sejibik sama. Korang bole layan video persembahannya kat atas. Enjoy!!
Read more...

Pasar Minggu Satok.

Salam..

Hari ini aku dan kawan aku sempat mengunjungi Pasar Minggu Satok, yang terletak di Satok, Kuching, Sarawak. Pasar minggu yang terkenal ini beroperasi pada pagi hari Sabtu sampai tengahari Ahad setiap minggu. Tempat ini famous dengan macam2 barang termasuklah barangan kraf, hasil kampung, makanan, heiwan peliharaan dan macam2 lagi. Masa aku sampai tengahari tadi, tempat ni dah penuh dengan orang ramai yang sibuk dengan urusan jual beli dan jenjalan bersama keluarga. Nice place for sightseeing, shopping and cucimata. Banyak pelancong kat sini. (aku ni kira pelancong ke?). Well korang layan ajelah gambar yg sempat aku snap kat bawah ni. Enjoy the pics.

Cantikkan pokok2 bunga orkid nih?? Nescaya kopak wallet aku kalau wife aku nampak nih!! heh heh heh!!

Macam2 jenis ikan dan makanan laut yg dimasinkan!! Ikan tenggiri masin pun ada. Seketul RM 2 hinggit!! Ada berani??

Ikan terubuk masin yang famous tuh!! Sedap nih kalo cicah sambal!! perggh!!

Ikan terubuk bakar!! Kenapalah aku tak beli tadi?? Sekarang terliur pulak!!

Antara hasil kampung, pucuk paku.

Sayur kampung.

Ulat Mulong dalam baldi. Ada berani??

Ulat Mulong @ ulat sagu, basuh bersih2, lepas tu bolehlah digoreng, masak kari, black pepper atau ikut suka koranglah. Sekor 30 sen, mahal jugak menatang nih!!

Buah Dabai, macam bijik kelapa sawit rupanya. Member aku ckp, rebus lepas tu makan, memang sedap!! Kat Sibu byk mende nih!!

Hasil2 kampung yg byk kat sini.

Lagi kek Lapis Sarawak yg best!!

Ubat2 tradisional...heh heh heh!!

Kek Lapis Sarawak yg masyhur utk korang rasa dulu sebelum beli. Sedap tahap dewa tu kuih ni!!

Mcm2 jenis rasa dan kaler Kek Lapis Sarawak utk korang pilih!!

Kayu hujan panas, didapati dari hutan, Ada kayu jantan dan betina. Disimpan kat umah utk tujuan perlindungan sebagaimana kepercayaan kaum tempatan.

Tanduk rusa dan seladang. Lupa pulak aku nak tanya tujuan mende2 ni.

Mcm2 jenis parang dan keris yg diukir cantik. Walaupun untuk perhiasan, tapi tajam tuu..

Antara kraftangan yang dijual untuk korang jadikkan cenderahati

Hasil sulaman kain yang cantik untuk hiasan atau alas meja. Kain ni dipanggil Pua Kumbu.

Macam2 jenis beg boleh pilih!!

Mari beli kuih muih Makcik Samsiah!! Sedap rasanya!!

Puppy yg kiut utk dijual.

Hamster pun ada kalau korang nak!

Arnab sedang menunggu bakal pemilik. Lihat ada sekor anak kucing disitu kan?? Dia menyangka dirinya juga seekor arnab sehingga hari ini!!

Ulat, tapi aku tak ingat untuk sapa makan, ikan ke atau hamster yg makan?? Err.. hamster makan ulat ke??

Ayam. Kat atas jantan, kat bawah betina. heh heh heh!!

Mcm2 ikan peliharaan utk dijual. Ikan lumba2 pun ada dijual kalau korang nasib baik!! Tuntung pun ada gak!!


Read more...

Thursday, October 22, 2009

MJ Station.

Salam..

Kepada kengkawan dan pembaca blog aku yang berada di lembah Klang, member aku Janjanos and co' telah pun membuka kedai printing dan alatulis. Butiran seperti di bawah.

MJ Station

Alhamdulillah, Mozal Jaya berjaya membuka cawangan kedai fotostat dan perkhidmatan seangkatan dengannya di alamat berikut:

10G, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.

Ianya bersebelahan dengan IZZI Laundry.

Perkhidmatan:

1. Fotostat
2. Binding
3. Laminating
4. Prepaid Top Up
5. Lain-Lain perkhidmatan yang seangkatan dengannya...

Sila beri sokongan.

Terima kasih.



Read more...

Sunday, October 18, 2009

Kari punya citer..


Salam..

Malam semalam sempat aku minum2 dengan kawan aku si Pahang. Keluar pun dah lewat lps gamu Man Utd main. So kitorang sempat minum kat Satok aje. Banyak jugak yang dibualkan. Maklumla, lama tak jumpa. Last jumpa pun masa grad UUM tahun 2001 dulu. Member tu dah masuk 5 tahun mengajar kat sekolah rendah kat sini. Kahwin pun orang sini. Lepas minum dia bwk aku pusing2 area Waterfront. Cuma dah lewat sangat, tak bole round lelama. Lps tu kitorang pun balik. Thanks, Pahang, bebila kita jumpa lagi.

Siang tadi sempat jugak aku pusing2 kat area Satok dengan budak aku. Aku cakap aku nak carik restoran mamak. Rindu aku dibuatnya dengan kari mamak ni. Padahal, masa kat Semenanjung, bukan rajin sangat aku makan kari mamak nih, setakat ngeteh teh tarik aje. Mungkin aku rindu teh tarik kot. Ye, ngeteh dengan kengkawan kat kedai mamak. Bestkan?, tapi kat sini nak carik kedai mamak, susah. Malam tadi ngeteh dengan Pahang pun kat gerai makan biasa. Pekena mi kolok goreng. Tu pun gerai dah nak tutup. Mi kolok ni macam maggi goreng atau mi yang org cina selalu makan tu la.

Kat sini takde kedai mamak 24 jam. Tengahari tadi jumpa satu kedai. Dapat la beli nasi putih dengan kari ayam. Alhamdulillah, tercapai juga hajat anak tekak aku ni. Sempat aku tanya mamak jaga kaunter tu bukak sampai pukul berapa hari ni, Ahad bukak setengah hari, dari pagi sampai 2.30 petang, kalo hari lain dari pagi sampai 4.30 petang. Malam tutup. Perggh, banyak senang, pekerja dia kat sini, malam bole relax, kalo kat semenanjung jangan harap la korang, kalo tak kerja 14 jam satu hari, jangan haraplah..keh keh keh.

Takpelah, at least, aku dah tau gak la pot-pot nak makan makanan semenanjung kat sini serba sikit. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku nak survey lepas nih. So jumpa lagi guys!

Read more...

Saturday, October 17, 2009


Salam 1 Malaysia...

Happy Deepavali to all my Indian friends!! Wishing you and you family happiness and joy in this Festivals Of Lights!! Enjoy the holiday!!

ps: Tak pasal2 aku lapo kari kepala ikan la pulak nih!! mana la aku nak carik kat Kuching nih!!

Read more...

1st Open House

Salam...

Malam tadi member ajak aku pergi ke jamuan Aidilfitri kat Dewan kat HQ Sarawak ni. So secara tak lansung ia adalah open house pertama yang aku hadiri kat Kuching ni. Banyak jugak makanan yang dihidangkan. L/kurang makanan kat semenanjung aje. Cuma yang menariknya ialah Laksa Sarawak. Pagi semalam aku breakfast makanan ni. Tak sangka malamnya jumpa lagi. Tak macam laksa Johor atau Penang, ia menggunakan mi hoon sebagai bahan utama. Ada telur goreng yang dipotong nipis, sambal belacan, limau nipis, dan kuah yang tak berapa masam la pada aku. Yang penting, rasanya memang sedap. Marvellous!!

Lepas tu balik umah, sambil rehat2kan diri, ingat nak update blog, tapi macam nak relax, tu yang update petang ni. Hmm.. kalu nampak gaya, hari2 aku update blog, boleh mencabar si Hardiness ni, heh heh heh. Kalo ada masa ingat petang ni nak ajak member aku pusing2 kat bandar Kuching ni, Tu pun kalo dia angkat call aku. Takde, surf Internet aje lah petang ni.

Well, thats all 4 now. see ya soon.

Inilah dia Laksa Sarawak. Rasa memang sedap, nak suh wife aku belajar masak nih!!

The famous Sarawak Kek Lapis. (Dapat snap dari jauh aje..)

Hudangan rutin iaitu mee hoon goreng!! Bedal aje lah!!



Read more...

Thursday, October 15, 2009

Touchdown...

Salam..

Sebelum apa-apa aku nak ucapkan selamat kepada kawan baik aku si Karen Mok yang telah pun berlepas ke Arab ari tu dengan membawa bersama keluarganya. Tak sempat aku nak ucap apa-apa hari tu. Aku harap bro aku lagi kuat bekerja dengan keluarga disisi sebagai penyumbang motivasi.

Aku pulak touchdown kat airport Kuching jan 2.30 ptg tadi. Barang aku bawak tak banyak. 3 luggage aje!! Pada aku taklah berat sangat. Sampai kat Senai masa nak bertolak memula pergi kaunter check in. Tiket aku beli taklah mahal. Seratus lebih aje pasal dah booking awal. Tapi yang buat aku nganga kejap pasal berat luggage aku dah lebih dari yg dibenarkan, so kena caj lebih. 1 kg di caj RM 15.00. So semua sekali aku kena caj RM 405.00!!! Mak aih!! aku bawak si Ajak ke apa yang kena mahal sgt nih. Korang kira berapa beratnya!! Nasib baik ada bwk duit extra. Dah mcm naik 1st class lah pulak!!

Sampai kat airport, bebudak aku dah tunggu. Kitorang minum kejap kat Kuching, sebelum aku pg ke opis dan tempat menginap aku. Malam tadi keluar makan lak kat satu tempat kat Kuching. Makan kat restoran tah apa nama tah. Pekena Nasi ayam penyet. Ramai jugak pengunjungnya. Tak sempat nak snap gambo pasal dah lapo sangat. Lain kali lah ye! Dah mcm satu priviledge pulak dapat makan makanan semenanjung macam ni, padahal kat KL berlambak aku tak kisah pun nak makan mende2 macam ni. Member aku pun cakap nak makan makanan semenanjung kat sini kena tau tempat, baru senang. Takpelah, lama-lama aku tau la tu.

Sini pukul 6 ptg dah gelap. 6.30 dah maghrib. So aku tak jenjalan mana-mana sangat ni ari. Masih nak sesuaikan diri dengan masa dan tempat kat sini. Dari pandangan pertama aku, Kuching ni memang bandaraya besar dan maju, macam JB dan KL gak la lebih kurang. Opis baru aku ni pulak memang baru, tempat tinggal pun baru. Aku harap akan bertemu ketenangan kat sini. Cuma buat masa sekarang ni, aku terlalu rindukan keluarga aku terutama si Danial. Rindu sangat2!! Aku harap tak lama lagi, bolehlah aku bawak anak bini aku tinggal dengan aku kat sini selepas aku setelkan beberapa perkara.

Besok dengan rasminya aku akan bergelar seorang penjawat awam yang bertugas di Sarawak. Semoga pekerjaan dan perjalanan aku ini dipermudahkan oeh Allah SWT. Korang doakan aku ye kengkawan!! Nanti kita sembang lain. Buat Jan dan Fulim, moga2 apa yang kita usahakan berjaya dan dirahmati Allah hendaknya. Usaha tangga kejayaan ye Bro!! OK bye 4 now!!

Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Hijrah..


Salam,

Banyak benda yang aku nak buat kat blog aku ni sebenarnya. Ntah..nampak macam mandom la appearancenya. Bukan itu aje, banyak jugak yg aku nak citer dalam blog aku nih, cuma masa je yang tak membenarkan. Memulalah, aku ingat nak ubah siket kaler blog aku nih, biar nampok best. Lepas tu pulak sikit demi sikit aku nak sambung upload gambor dan citer2 pasal Man Utd dtg Malaysia arituh. Ye lah, diorang dtg bulan Julai, sekarang dah bulan Oktober, apemende pun aku tak update lagi. Takpelah, sikit2 akan aku cuba try test.

Untuk pengetahuan semua, aku akan berhijrah tempat kerja kat Kuching, Sarawak pada 16/10/2009. Aku transfer ke sana dengan tugas baru dan suasana kerja yang baru. Besok aku gerak ke airport Senai tengahari. Mungkin tiba masanya aku bertukar angin dan yang penting aku akan lebih relax di sana. Aku pergi bujang dulu, family menyusul kemudian. Semoga Allah memudahkan perjalanan ku ke sana, Amin. Well, see you guys soon and I promise you, a brand new joetiefa.blogspot.com will emerge soon. God bless us and chow for now.

Read more...

Sunday, October 4, 2009

Kembali...

Salam...

Kesian blog ni. kalo tgk kat catitan akhir last aku post something ialah pada bulan Julai 2009. Skrg dah bulan Oktober 2009. L/kurang 3 bulan blog ni sepi tanpa apa-apa post. Bukannya apa...blog ni tak salah apa2. Sebenarnya ada sesuatu terjadi dalam idup aku. banyak yg terjadi dalam hidup aku ari tu, menyebabkan tgn aku berat nak menulis dan update sesuatu. Aku harap posting yg ini merupakan permulaan untuk sesuatu yang baru dan positif untuk aku kembali berblogging. InsyaAllah, sikit demi sikit aku akan titipkan usaha dan keringat untuk aku tulis sesuatu dengan lebih kerap.

Terima kasih pada semua yang masih dan ingin membaca sesuatu dari aku. Terima kasih juga pada yang terus memberi semangat dan galakan. Terima kasih semua.

Read more...