Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Sunday, February 28, 2010

We win!! (Again!!)


Tahniah!!

Kami memang terer, sebab tu kami menang!! Dan kami akan menang EPL, Champion League, Superleague, pemilihan JKKK, Juara Lagu dan lain2 lagi!! Asal ada pertandingan je kami akan menang!! Tak kira lah pertandingan apa pun sbb kami bukan sengal mcm Arsengal!! Hahahahahahaha!!
Read more...

Tuesday, February 23, 2010

Emosi sket!!


Salam..

Sebenarnya dari aritu lagi nak ulas. Bukan apa, tak sempat pasal sibuk sgt. Well, better late than never, I guess. Sebenarnya ada 2 perkara aku nak ulas sket. 1st, pasal team aku iaitu Man Utd dan keduanya pasal team kengkawan aku yang aku sayangi iaitu Arsengal.

Man Utd hari tu menang 3-2 dgn Milan. Lepas tu kalah dgn Everton 3-1. Pg tadi menang balik dgn West Ham 3-0. Bukan tak boleh terima kekalahan, tapi cara kalah tu yg buat sakit hati. Sejak kebelakangan ni, defend Utd dah macam defend sekolah menengah Tiram dah aku tgk. Bila Perdinand dgn Vidic takde, Hancus!! Time Rooney tgh ompom, time tu lah defend buat taik. Paling sakit hati masa lwn Everton ari tu. Kudos buat Everton yg ari tu main sungguh2, taktikal dan teknikal yg cantik. Man Utd pulak kata kalah sebab penat main dgn Milan aritu. Penat kejadahnya, Milan aritu main pun standad Norwich City aje dah kata penat. Tu pun boleh bolos dgn si Seedorf si kuda tua tu!! Nasib baik menang!! Masa lawan Everton pulak masa gol ketiga, si Jonny Evans bole lari beriringan dgn striker tu dpn gol!!! Keluarlah kaki, Bodo!! kalau nak berlari beriringan ke, hapa ke, masuk lah rancangan Sehati Berdansa!! Takyah main bola!! Kayu macam Ajak betul la!! Huhh!! Baik si Pegesen amik player Harimau Muda lagi bagus!!

Malam sebelum game Arsengal lwn Porto aritu Ajak ada cakap, biarlah orang lain yg main, jgn si Fabianski tu yg jadik keeper sebab dia terlalu sengal. Last2 betul, 2 gol tu memang salah dia. Sampai Pabregas pun bole cakap gol yg bolos tu standad gol budak sekolah. Dah la sebelum tu lawan Chelsea kalah, memang la Arsengal ni tak boleh harap. Lps ni title EPL ni Utd dgn Chelsea ajelah yg fight. Nak harapkan Arsengal, lauk patin masak lemak cili api la jawabnya. Aku tak kisah sebenarnya, lagi Arsengal ni ni sengal, lagi la aku suka. Cuma masalahnya aku kesian kat kengkawan aku yang kebanyakannya penyokong Arsengal mcm Ajak, Haji Karen Mok, Isyam, Ep (Othman bersaudara!!), Hardiness dan banyak lagi. Diorang ni tak abih2 di sogok dgn janji2 dan harapan palsu yang mengatakan team diorang ni bole menang EPL. Yang lebih kesian lagi pasal diorang percaya pulak tu walaupun pada dasarnya diorang tau team Arsengal ni terlalu sengal utk menang!! Sedih aku melihat mereka!! ye lah, dah la muka tak berapa nak hensem, team pulak kayu!! Aku sedih pasal aku sayangkan kengkawan aku ni dan aku tak mahu lihat mereka kecewa setiap tahun. Hahahahahahaha!!!!! (ooopss lupa...takleh ketawa sebab aku sedih!! hihihih..)

Akhir sekali semoga kedua-dua team ini dan juga penyokong2nya lebih maju dan berjaya di masa2 mendatang. Majulah sukan bola sepak untuk negara kita!! Chow guys.

Read more...

Begin.....

Salam..

Hari ni hari kedua masuk opis selepas 3 bulan berkursus. Macam biasa opis aku tenang, kerja bertimbun dan banyak bende perlu dihandle. Agak sibuk gak 2-3 minggu kebelakangan ni. Tu yang sampai takde masa nak update blog. Banyak jugak bende yang nak diulas tapi terlepas. Harap2 lepas ni aku lebih rajin untuk berkarya hendaknya.

Read more...

Friday, February 5, 2010

Danial and Calvin!!


Terjumpa plak gambo ni. Lebih kurang la pulak kan?? Danial is Calvin and I am his Hobbes!! Love Danial soooooo much!!

Read more...

Clash Of The tak berapa Titan sangat la..!!


Salam...

Besok malam Man Utd vs Potsmouth..Satu game yang pastinya mmg Utd akan menang, tapi kali ni aku nak bercakap pasal Arsengal!! Ya!! Arsenal yg sengal tu!! Arsengal akan lawan Chelsea pada Ahad malam, dan buat pertama kalinya, aku akan menyokong Arsengal!! Ya!! Aku akan menyokong Arsengal!

Tapi kenapa?? sebab sekarang semua game dah sama iaitu 24 game semuanya. Aku nak supaya Chelsea kalah. Bila kalah, Man Utd akan top the league dan Arsengal jatuh no 2, Chelsea pulak jatuh no 3. Tapi aku tak perlu risau sebab Arsengal bukanlah saingan sebab minggu depannya pulak Arsengal akan lawan dgn Liberpool dan mereka pasti akan kalah sebab mereka sengal!! Keh keh keh keh!! Hmmmm..What a great week!! See ya at the game!!

Read more...

It's Over.....For Now!!


Salam...

Besok 6 Februari 2010, merupakan hari terakhir aku akan berada di Ulu Kinta ni. Dah 3 bulan aku berkursus di sini. Banyak kenangan pahit dan manis dah aku coretkan sepanjang berada di sini. Diajar erti pengorbanan berjauhan dengan keluarga tercinta, erti persahabatan dan kerja berpasukan, dipertemukan dgn kawan2 lama dan kawan2 baru, membina kekuatan mental dan fizikal, mendalami ilmu-ilmu yang perlu diwarisi sejak zaman kemerdekaan, berkongsi gelak dan tawa, tangis dan air mata, dan macam-macam lagi.

Kawan-kawan di luar ada bertanya, kursus apa yang aku pergi, lama sgt sampai 3 bulan, dan kursus apa jugak yg aku ikuti ni, sampai latihannya tahap mengalahkan Rambo, aku hanya tersenyum aje, aku cuba terangkan apa yang aku mampu dan boleh ceritakan. Kalau aku ceritapun, bukan kawan2 aku paham sangat apa yg aku cakap. Mungkin aku belum bersedia dan belum mampu untuk bercerita semuanya, tapi aku harap satu hari nanti sikit demi sikit aku boleh luahkan apa yg berlaku sepanjang aku berkursus di negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Yang penting sekarang, aku rasa aku jadi lebih sihat fizikal dan mental, kalo tak banyak pun sikit, dan aku rasa aku lebih bersedia untuk menghadapi hidup dgn lebih matang dan menempuh kerjaya aku yang mencabar ni dgn lebih yakin. Alhamdulillah!! Thanks to God for giving me this wonderful opportunity in my life!!

Well...Ulu Kinta....we'll meet again someday!!

Read more...

Tahniah!!

Salam..

Aku nak ucap tahniah pada Bob n family sebab dapat cahayamata lelaki beberapa minggu lepas. Makin besar la nampaknya keluarga En.Othman. Bob, kalo buat kenouri aqiqah ke, majlis tari-menari ke, prom night ke, jgn lupa jemput aku sekali ye!!

2ndly, aku juga nak ucap tahniah pada Hisyam sebab masuk umah baru di Setia Indah. Kalo buat majlis house warming juga jgn lupa jemput aku sekali!! Yg penting ada sate!!

Hmmmm....itu je kot..

Read more...