Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Monday, February 16, 2009

Lepak bersama Karen Mok


Malam Sabtu lepas, aku, Ajak dan Norezal a.k.a Karen Mok sempat melakukan aktiviti sosial kitorang iaitu ngeteh bersama-sama@ brainstorming@ bertukar-tukar buah pemikiran di tempat wajib kitorang, iaitu Restoran Mamak Rosmerah, Puteri Wangsa dan berborak lah kitorang sambil melayan syahdu malam sebelum balik umah masing-masing. Yela, bila lagi nak dapat ngeteh bertiga macam ni lagi. Sob sob… (sedih!!) . Banyak jugak yang dibualkan kitorang, kerjaya, masa depan, anak-anak, impian hidup, kenapa Arsenal adalah team paling lauk BPL, kenapa Man Utd terrer sangat dan macam-macam lagi.

Aku dan Ajak banyak mendengar dari bercerita malam tu. Maklumlah, nak bagi can Rezal bercerita untuk kali terakhir sebelum flight ke Arab. Kat Arab nanti, dia dah sibuk kije dah. Anyway all the best 4 u my brother!! Jgn lupa pam RM banyak2 kat kitorang nanti!! Keh..keh..keh!!

P/S: Mesti Rezal teringat acara wajib kitorang ni nanti kat Arab iaitu ngeteh reramai kat kedai mamak. Takpe, kat Arab nanti, lu bikin teh sendri lepas tu lu ngeteh la sesame dengan unta, keh keh!!

1 comment:

name said...

gelas beso tu msti bang sudin punye kan..