Ptg Jumaat hari tu memang aku nak balik je JB. Tapi kat opis banyak sangat kije ari tu. Tekak aku pulak tak baik-baik ditambah pulak dengan batuk yang tak kurang-kurang.Lepas telan ubat batuk dengan ubat sakit tekak, apa lagi terus mengantuk. Sampai umah ptg tu, lepas packing apa-apa yang patut, aku pun tido dulu nak dapatkan rehat yang secukupnya sebelum drive balik ke JB. Kira rancangannya malam la aku nak bertolak balik, lepas layan berita kat TV dulu.
Jam 6.30 ptg aku dikejutkan oleh deringan h/phone aku. Wife aku call. Aku pun angkat la. Berderau aku bila wife aku nangis nangis. Aku tanya apa hal? Dia cakap keta dia eksiden masa baru balik beli lauk k.pasar malam kat depan Esso Puteri Wangsa. Aku tanya dia ok ke? Dia cakap dia takde mende. Cuma keta dia pecah lampu depan belah kiri, bumper jatuh sket sebab langgar satu keta kancil. Kancil tu kemek pintunya. Dia cakap salah dia sebab tak perasan keta kancil lalu depan dia masa dia nak belok keluar dari Esso tu.
Aku pun syukur tak jadik apa-apa kat wife aku. Keta takpe, bole repair, kalau orangnya jadik apa-apa, susah jugak. Nak dipendekkan cerita, Cina tu pun pg buat repot kat balai, wife aku tunggu aku balik, besoknya baru nak pg balai buat repot. Cina tu dah tentu claim insuran keta bini aku, Cuma aku je nak kena keluar duit sendri repair keta bini aku. Bukan tak nak claim insurans, tapi kalo nak tunggu insuran, mau makan seminggu baru keta tu siap kat bengkel. Nak tunggu adjuster amik gambaar la! documentation la! Keta nak pakai cepat. So kena la keluar duit sendri. Kopak Lagi poket gue!!
Jenguk-jenguk
Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"
Sejarah Lama.....
Saturday, February 14, 2009
Eksiden!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment