Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Thursday, February 19, 2009

"SKYPING"

Pukul 4 petang semalam sempat aku ber ‘skype’ dengan kawan aku di Yanbu, Arab Saudi bernama Rezal @ Karen Mok. Kat Yanbu masa tu pukul 11.30 pagi. Karen baru lepas sarapan. Masa tu dia baru berada di hotel persinggahan sebelum masuk rumah sewa. Lama gak kitorang borak, l/kurang ½ jam. Maklumla, skype ni pun free, Bagi sapa yang tak tau pasal skype ni, skype adalah perkhidmatan video call internet secara percuma. Yang penting ada laptop, kamera kompiter dan line internet. Bole terus online.

Dari riak wajah member aku ni, aku rasa dia dah agak relax dan sedang dalam proses menyesuaikan diri di sana. Dia cakap cuaca kat sana sekarang macam kat Malaysia, Cuma siangnya lebih berangin dan malamnya lebih sejuk. Makan pulak lebih kepada yang berbakar dan berdaging. Sandwich yang dia makan pagi tu dia cakap besar sangat sampai tak abis dia makan. Tapi aku rasa kalau member aku yang nama Ajak tu yang makan, bukan setakat satu sandwich, ketuhar sandwich tu pun dia makan. Hahahahaha!!

Sebelum kami offline, Rezal sempat kirim salam pada kengkawan yang berada di Malaysia. Dia juga jemput aku datang ke sana untuk jalan-jalan. Hehe..insyallah, kalau berkesempatan, aku pasti sampe ke sana. Member aku ni cakap hari ni dia akan bersembahyang Jumaat di Madinah, salah satu bandar lagenda dan suci umat Islam. Alhamdulillah, akhirnya member aku berjaya menjejakkan kaki dan bersolat di sana.

Anyway, nice to hear from him ‘live’ from Yanbu. We’ll talk again my friend, meanwhile take care of your health and jaga diri di rantau orang. Aku sudahi post ini dengan lirik lagu dari kumpulan Black Dog Bone, yang mana mesejnya khas aku tujukan kepada member aku ni. Lagu “Joget Bujang Di Rantau”. Walaupun ada sedikit kekeliruan fakta mengenai perkataan “bujang” itu utk empunya diri namun yang penting. MESEJNYA!!! (Kalo tak ingat lagu ni carik kat youtube!!)

“Joget Bujang Di Rantau”

Rindu si pungguk pada sang bulan
Tidur tak lena makan tak lalu
Ketika dirimu di rantauan
Jagalah tingkah laku

Tupai melompat didahan tinggi
Air yang jernih nampaklah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan disayang

Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri
Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri

Kalau memburu si anak rusa
Janganlah sampai ke hujung tanjung
Buatlah baik taburkan jasa
Namamu kan disanjung

No comments: