Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, February 25, 2009

Hi to All....


Hi to all…

Sekarang ni aku masih ada kat opis. Ada kije sket. Malam nanti ada miting dengan bebudak. Ari ni masuk opis lambat sket. Maklumla pagi tadi berjaga tgk bola. Ye…tgk bola!! Team terbaik dunia Man utd menentang juara liga Itali iaitu Inter Milan dalam pertandingan liga juara-juara Eropah. Ye lah bukannya senang bila dah sampai peringkat kalah mati ni. Well, mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari memenangi sesuatu kejuaraan.

Season ni, Man Utd dikabar-kabarkan untuk memenangi 4 kejuaraan sekaligus. Club World Cup dah dalam tangan. Ada Champion League, BPL Champion, FA Cup dan Carling cup. Carling Cup dah ke final dah jumpa Spurs. Mampos.. penat giler macam ni. Tapi bak kata Sir Alex, biar apa pun kata orang, we take each game at a time. Tak payah nak piker jejauh. Nanti kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Komen aku pasal game pagi td, walaupun seri 0-0, ternyata ia adalah lebih positif dari kalah. Main kat San Siro plak tu. Banyak aspek dari segi taktikal yang perlu dipikirkan. Wayne Rooney dan Tevez tak masuk 1st eleven dan Ronaldo kene main 2nd striker dibelakang Berbatov. Ini semua untuk Man Utd mewujudkan barisan midfield yang lebih protective kepada barisan pertahanan United untuk mengekang Ibrahimovic dan Adriano. Semua orang tau yang back four United pada pagi tadi agak lemah. Vidic digantung perlawanan, Nevill, Rafael dan Wes Brown pulak cedera dan tak dapat ikut ke Itali. Nasib baik last minit Jonny Evans dan O’Shea bole main. Itupun setelah diberi injection pain killer untuk tahan sakit.

Walaupun begitu, back four tetap berfungsi baik, manakala Fletcher dan Carrick bijak hold the ball yang mana memberi ruang kepada Giggs dan Park Ji Sung a.k.a Oxygen Tank membuat larian berbahaya. Pujian juga patut diberikan kepada keeper Inter Milan iaitu Julio Cesar yang berjaya (Nasib aje tu…) menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Ronaldo . No wonder he’s Brazil no 1 right now. Anyway, tak sabar untuk perhitungan kali ke 2 di Old Trafford yang mana pasti sengit dan Man Utd pasti akan menang game ni. Aku pulak kena berjaga lagi utk tgk bola. Yang penting semangat!!

To Arsenal, tahniah sebab menang 1-0 melalui penalty. Biasalah, kalo takde penalty, sure dah kalah atau seri. Next game, main kat Roma pulak, hehehe!! Baru tau langit tu tinggi ke rendah!! Well gang, cukup ulasan bola untuk hari ni, nak relax sekejap. Mata pun berpasir ni tak cukup tido!! Chow…

No comments: