Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, April 29, 2009

Hari yang indah dan manis!!!

Setakat team lauk ni, bior teman aje yg score!! kome duduk aje le ye!! Keh keh keh!!

Salam sejahtera.

Ngantuk giler ari ni aku. Tido sempat 2 jam aje sebelum kena hadir penutup bengkel ISO kat Cheras. Lepas tu masuk opis plak mengadap kerja yang tak pernah susut. Tapi itu semua berbaloi. Dan pagi ini merupakan pagi yang indah dan manis buat diriku. Yaaa.. ini kerana team terhebat di galaksi ini iaitu Man Utd seperti biasa telah mengalahkan team paling kuat berangan dalam dunia ini iaitu Arsenal, the 'water' gunners (pistol air) dalam saingan semifinal 1st leg Champion League pagi tadi!! Keh keh keh!!

Korang pun tau sejak kebelakangan ni aku malas nak provoke sesapa sebab aku tau team aku memang champion, tapi Si Ajak dan Karen tak abis-abis nak bagi aku panas!! So bila diorang dah berpijak di bumi nyata pagi tadi, diam semua. Msg tak balas, tipon tak angkat, baru korang tau bila keranda dibawa, baru bercucuran air mata!! Korang tak tau ke diatas langit ada langit lagi, So bila seorang champion yang cool macam aku ni diam, jgn sekali2 nak bising2!! Baru dikejutkan dari mimpi, time tu la korang semua nak bagi alasan macam2!! Pepatah ada menyebut, team gemilang menghasilkan keputusan, team lemau mencarik alasan!! Keh keh keh!!

"training betul2 la kayu!! kita ni dah la tak terer, ko pulak bole main2 lagi! aku sumbat bola ni nanti kat b$nt%t ko baru ko tau!!Hamjadah punya budak!! aku suruh ko sepak bola ni, bukan suruh tengok!!"

Wenger: Bang Usen, tak payah score bebanyak la, kesian kat bebudak aku tu!!
Pegesen: Tengok la Nger!! bebudak aku tu bukan reti kesian!!

"Bodo!! Main mcm gampang, sampai nak terberak aku tgk korang main ni!! Mana pulak duit singgit aku nih!!"

Cesc: "Uncle, kita kalah lagi, diorang memang hebat!!"
Wenger:"aku dah suruh training, ko tak nak, pegi pasar borong la, balik air tawar la, kan dah kalah!! Kayu punya budak!!"


So minggu dpn kita bersua lagi di Emirates. Tak kisah kat mana pun, even kat padang sekolah menengah Tiram sekalipun, team pistol air takkan mampu memadamkan api kegemilangan Man Utd ini!! So mari kita menyanyi lagu ini reramai "maniiiiiiiiiiiiiiiiis, masa bercinta, indah di mataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Keh keh keh!!!

p/s: Lagu rasmi team pistol air "hatinya jadi tertekan, dimana jua berada, disitu aku menantiiiiiiii!! Keh keh keh!!

No comments: