Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, March 25, 2009

Iqra'



Aku ada banyak hobi. Antaranya ialah membaca. Banyak benda yang aku suka baca. Majalah, novel, suratkhabar, rencana, blog, isu semasa dan macam-macam lagi. Genre pulak macam2, sukan, hiburan, seram, komedi, politik dan lain-lain. Walaupun sesibuk mana, mesti aku tetap luangkan masa dalam sehari untuk membaca sesuatu yang baru walaupun tak banyak.

Kali ni aku nak cerita sket mengenai novel yang aku ada baca. Aku minat dengan seorang penulis iaitu Dan Brown (macam nama aku jugak l/kurang). Dia ni penulis novel "The Da Vinci Code" yang glamer tu sehingga novel tu diadaptasikan ke dalam filem. Antara novel lain yang ditulisnya ialah "Angels & Demons", "Deception Point" dan "Digital Fortress". Genre penulisan mamat ni lebih kepada misteri, penyiasatan, politik dan konspirasi. Satu genre yang amat aku minat.

Setakat ni aku dah baca 2 buku beliau iaitu "The Da Vinci Code" dan "Angels & Demons". Best citer dia. Dan untuk informasi Filem "Angels & Demons" yang diadaptasikan dari novel beliau akan menemui penonton pada pertengahan tahun ini. Filem ini sebenarnya adalah prequel kepada "The Da Vinci Code". Pelakonnya masih Tom Hanks yang memegang watak Robert Langdon, seorang professor dari Universiti Harvard (tempat aku belajar dulu..) dan seorang pakar dalam symbologist dan sorang lagi Ewan Mcgreggor, pelakon filem Starwars yang jadi Obi Wan Kenob tuh. Sama-sama kita nantikan filem tersebut.

Kebanyakan novel mamat ni digarap kemas kombinasi dari fakta benar dan juga fiction dan itulah yang menjadikan novel-novel tersebut agak controversial sehinggakan menjadi perdebatan ilmiah antara cendekiawan2, historian dan juga pemikir filem seantero dunia. Sebagai contoh, "The Da Vinci Code" yang menjadi perdebatan mengenai faktanya mengenai Jesus yang agak kontroversi sehingga menimbulkan kekecohan antara pihak Gereja di Vatican City dengan cendekiawan yang lain sehingga menjadikan Dan Brown ni popular seluruh dunia dalam sekelip mata. Sehingga National Geographic pun telah wujudkan beberapa siri rencana mengenai isu ini. Kita sebagai umat Islam ada pegangan sendiri mengenai Nabi Isa. So bahan bacaan sebegini kita jadikan sebagai pengetahuan am dan tidak sedikit pun akan menggoyahkan akidah kita. Bior diorang kat sana ajelah yang berdebat sesama sendri!

Berbalik kepada novel tadi, sekarang ni aku sedang membaca novel beliau bertajuk "Deception Point" yang mengisahkan penemuan alien di antartika oleh NASA dan penglibatan white house dalam hal ini. Menarikkan? ya.. memang menarik sehingga novel yang aku baca dari awal 2008 ni aku masih tak abis baca sampai sekarang ni sebab aku terlalu sibuk sejak kije kat KL nih. So aku berazam nak abiskan baca dalam tahun ni. Sehari satu page hujung tahun abis la kot, ye tak? Hehehe.

Kat area Peberet Aku, aku ada masukkan link ke laman rasmi web Dan Brown. Sesiapa yang nak tau lebih lanjut, boleh la tgk. Kita kan wajib menambah ilmu pengetahuan. Dari duduk sesaja, why not take reading as a hobby? Well, ketemu lagi di lain masa!!

No comments: