Jagged Edge Featuring Ashanti "Ummph In It"

Sejarah Lama.....

Wednesday, March 25, 2009

Muzik Aktif!!


Aku dulu tak berapa gemar tgk RTM. Pada aku rancangan dia tak menepati sanubari aku (dulu!).Sekarang aku agak minat jugak la. Bukan apa semenjak bapak mertua aku duk sekali dengan aku, bapak aku ni minat tgk Bintang Klasik Nasional, Bintang RTM, Orkestra RTM dan mcm2 rancangan hiburan klasik kat RTM terutamanya RTM 1. So aku yang menantu mithali ni (cewwah) turut sama terjebak dengan minat bapak aku nih. Lagipun aku ni kan berjiwa sentimental dan patriotic. (ye ke??)

Sekarang ni selaras dengan inovasi dan hasrat untuk lebih global, RTM telah mewujudkan beberapa channel baru selain dari RTM 1 dan 2 yang dah agak lapok tu. Diorang skrg dah go into digital la beb. Antaranya ialah channel RTM Musik Aktif. Setakat ni diorang dalam proses percubaan yang mana setakat ni channel ni hanya bole ditgk oleh org yang ada Astro aje iaitu di saluran 180.

Pengisiannya setakat ni aku tgk ok la untuk permulaan, Siaran muzik 24 jam yang mengetengahkan artis2 dan muzik2 dulu dan terkini. Ada dangdut, tradisional, nasyid dan macam2 lagi. time2 maghrib ada nasyid. Best jgk la. Sapa2 yang rindu kat Amelina dgn Mas Idayu, bole tgk channel ni, kompom terubat rindu. Tu ari ada Konsert Diraja. Best jugak la layan.

Ketika post ini ditulis, aku tgh layan channel ni, tgh dengar lagu Waheeda. Ok la, aku tak minat dia ni, dia aje minat kat aku. So, sapa-sapa yang berhasrat nak tukar taste, apa kata engkorang bertukar ke RTM Muzik Aktif di saluran 180 ASTRO.

P/S: Aku bukan promote RTM tau, jgn salah sangka ye. Aku cuma bagitau info terkini kat you guys aje. Cubala try test tengok. (dah macam RTM plak aku nih, keh keh keh!)

No comments: